omniture

Ascend terima anugerah kualiti daripada General Motors

Ascend Performance Materials
2021-07-01 19:45 33

HOUSTON, 1 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Ascend Performance Materials telah menerima Anugerah Kecemerlangan Kualiti Pembekal General Motors 2020 untuk kilang poliamida 66 miliknya di Pensacola, Florida. Anugerah ini mengiktiraf pembekal GM yang memenuhi atau melangkaui kriteria prestasi kualiti yang ketat oleh syarikat tersebut dan menyokong pelbagai fungsi di seluruh organisasi GM.

A worker packages polymer at Ascend's Pensacola plant. The plant is the largest integrated polyamide 66 production facility in the world and was recently recognized by GM with a Quality Supplier Award
A worker packages polymer at Ascend's Pensacola plant. The plant is the largest integrated polyamide 66 production facility in the world and was recently recognized by GM with a Quality Supplier Award

Ascend, pengeluar terbesar bagi resin poliamida 66 bersepadu sepenuhnya, menghasilkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat alat ganti bagi meningkatkan keselamatan, prestasi dan kecekapan bahan api kereta, daripada pengikat dan penghubung elektrik hinggalah kepada beg udara dan tangki hujung radiator.

"Berfokus kepada pelanggan merupakan salah satu nilai teras kami di Ascend dan ia bermakna bahawa semua yang kami lakukan merupakan perkhidmatan kepada para pelanggan kami," kata Phil Jeszke, Ketua Segmen Automotif Ascend. "Kekuatan hubungan kami dengan GM dibina berdasarkan perkongsian di seluruh rantaian pengeluaran yang memberi tumpuan kepada kualiti dan prestasi, daripada bahan-bahan hinggalah kepada reka bentuk dan pembuatan."

Anugerah pada tahun ini menandakan tahun kedua berturut-turut Ascend telah diiktiraf oleh GM.

"Kami berusaha untuk menjadi rakan kongsi strategik kepada para pelanggan kami dan membantu mereka memacu pertumbuhan," kata Isaac Khalil, Naib Presiden Kanan Poliamida, Ascend. "Selama beberapa tahun yang lalu, kami telah melabur dalam jejak global, portfolio produk dan sumber teknikal kami untuk memberikan bahan-bahan dan sokongan yang diperlukan kepada para pelanggan kami. Kami menghargai pengiktirafan daripada GM dan berharap untuk terus menyokong mereka."

Tentang Ascend Performance Materials
Ascend Performance Materials mengeluarkan bahan berprestasi tinggi untuk keperluan harian dan teknologi baharu. Tumpuan kami adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan memberi inspirasi masa depan yang lebih baik melalui inovasi. Berpangkalan di Houston, Texas dan dengan pejabat serantau di Shanghai, Brussels dan Detroit, kami merupakan penyedia penyelesaian bahan bersepadu sepenuhnya dengan sembilan kemudahan pembuatan global di Amerika Syarikat, Eropah dan China. Tenaga kerja global kami seramai 2,600 orang menghasilkan plastik, kain, gentian dan bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat, tenaga yang lebih bersih, peranti perubatan yang lebih baik, peralatan yang lebih pintar dan pakaian serta barangan pengguna yang lebih tahan lama. Kami komited terhadap keselamatan, kelestarian serta kejayaan pelanggan dan komuniti kami.

Ketahui lebih lanjut tentang Ascend di www.ascendmaterials.com.

Sila hubungi: Ally Jahn, +1 713-210-9809, ajahn@ascendmaterials.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1555376/pensacola_manufacturing__14.jpg?p=medium600  

Source: Ascend Performance Materials
Keywords: Auto Chemical Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Awards