omniture

Trak Pikap Pintar Generasi Baharu, GWM POER Raih Pujian daripada Media

GWM
2021-07-01 22:17 218

BAODING, China, 1 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, acara pandu uji untuk beberapa model GWM telahpun diadakan di Australia, New Zealand dan tempat-tempat lain di dunia, yang telah menarik minat ramai peminat luar jalan untuk untuk hadir di lokasi. GWM POER memiliki reputasi yang bagus dalam kalangan ramai ahli profesional dan media berwibawa ekoran reka bentuk luarnya yang memukau, sistem rangkaian kuasa yang cemerlang dan lancar serta teknologi pintar yang luar biasa.

Selepas pandu uji ini, Carsales, media Australia yang berwibawa, memuji GWM POER berhubung aspek-aspek penampilan moden, Sistem Bantuan Pemandu versatil dan beg udara jarak jauh yang utama dalam industri, menambah bahawa model ini telah diberi penilaian keselamatan lima bintang daripada ANCAP, sebuah agensi keselamatan bebas, menurut standard baharu bagi tahun 2021. Wheels menilai GWM POER sebagai pilihan yang sempurna untuk peminat trak pikap menerusi prestasi luar jalannya yang luar biasa, reka bentuk bahagian dalam yang mewah dan anggun serta prestasi berkos tinggi. Menurut Motoring, trak pikap GWM POER yang dibangunkan dan direka bentuk berasaskan platform terkini GWM telah membalikkan paradigma imej tradisional trak pikap berbilang fungsi dua baris dan cemerlang dari segi penampilan, keselamatan, keselesaan dan prestasi, menawarkan daya tarikan yang hebat kepada pengguna Australia.

Sebagai Trak Pikap Pintar Generasi Baharu Dunia, GWM POER Meraih Pujian Tinggi daripada Media
Sebagai Trak Pikap Pintar Generasi Baharu Dunia, GWM POER Meraih Pujian Tinggi daripada Media

Alasan yang menjadikan GWM POER telah diiktiraf sebanyak berkali-kali ialah terdapat kajian yang jitu mengenai pengalaman pengguna. GWM POER, sebagai produk bertaraf dunia yang dibina dengan mengintegrasikan sumber-sumber terbaik GWM dari seluruh dunia, yang bukan sahaja mempunyai kapasiti muatan yang tinggi, tetapi juga menampilkan reka bentuk pintar yang baharu. Model ini mempunyai konfigurasi yang sempurna bagi memenuhi apa sahaja kehendak pemilik. Saiz badan kenderaan sangat menjadi idaman yang membolehkan pemilik membawa khemah, motobot dan basikal mereka sambil bersiar-siar untuk berseronok. Kabin yang sangat besar membolehkan pemilik meregangkan badan semahunya dalam perjalanan yang panjang, sementara tempat duduk kulit yang lembut menawarkan keselesaan yang sangat tinggi. NVH gred-SUV, setanding dengan jenama-jenama mewah, memberi peluang kepada pemilik untuk menikmati muzik atau berbual dengan bebas tanpa perlu bimbang mengenai bunyi bising di luar kabin apabila memandu di bandar-bandar yang sibuk. Dilengkapi dengan kombinasi rangkaian kuasa unggul 2.0T+8AT dan empat mod pemanduan semua rupa bumi (standard/perdagangan/sukan/4L), GWM POER cukup cekap untuk pemilik memandu di jalan kerikil berlumpur untuk berkhemah atau memandu laju merentas padang pasir untuk pengembaraan. Selain itu, penggunaan kawalan suara, pemanduan automatik tahap L2, Monitor Pemandangan Keliling 360 (360 Around View Monitor) dan teknologi pintar yang lain membolehkan pemilik mengalami cara perjalanan pintar yang baharu, membuka lebih banyak senario untuk memandu trak pikap dalam kehidupan seharian.

Kekuatan produk yang luar biasa telah meletakkan asas yang kukuh untuk globalisasi GWM POER. Pada masa akan datang, peningkatan pelaburan akan diberikan untuk penyelidikan dan pembangunan GWM POER. Dengan tujuan untuk menjadi trak pikap yang memenuhi kehendak pelanggan, GWM POER akan terus membawa pengalaman perjalanan yang berkualiti lebih tinggi kepada pengguna global, lalu menjadikan trak pikap Cina popular di serata dunia.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation