-- Melonjakkan Nama Walmart dalam Pasaran E-Dagang
QINGDAO, China, 29 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Hisense (http://www.hisense.com) dan Walmart bersama-sama mengumumkan pada 23hb Mei (waktu New York tempatan) bahawa tablet siri Sero 7, yang sedia terpasang dengan pakej aplikasi termasuk VUDU dan walmart.com, akan sedia dijual serta-merta di lebih 3,300 buah kedai Walmart di seluruh A.S.
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130528/CN20990 )
Ini adalah kerjasama penting yang membawa keuntungan kepada semua antara Hisense dan Walmart, berbanding sekadar pelancaran produk baharu.
Sejak perluasannya ke dalam pasaran e-dagang global pada tahun 2000, Walmart telah membeli beberapa syarikat-syarikat internet dalam sebuah langkah bagi memperluaskan tapak dalam taliannya. Selain daripada pelaburan penting bagi memperoleh Kosmix pada tahun 2011 dan pembentukan @WalmartLabs, yang menumpukan pada strategi internet, Walmart telah membeli beberapa firma teknologi mudah alih sosial termasuk Tasty Labs dan OneOps sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk mempertingkatkan lagi teknologi e-dagangnya serta kehadirannya dalam internet.
Sementara Walmart menyasarkan untuk berada di kedudukan No.1 dalam sektor pengkomputeran meja mudah alih, Hisense pula menyasarkan untuk mempelbagaikan pilihan produk elektronik semasanya. Kerjasama dengan Walmart ini akan mempercepatkan kadar penjualan TV pintar Hisense dalam dan luar talian.