omniture

A10 Networks dan Brocade Capai Kata Sepakat Selesaikan Pertikaian Undang-undang

A10 Networks
2013-05-29 11:17 118

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Mei 2013 /PRNewswire/ -- A10 Networks™, pemimpin teknologi dalam Perangkaian Aplikasi, mengumumkan hari ini bahawa ia dan Brocade Communications Systems, Inc. ("Brocade") telah mencapai persetujuan penuh dan lengkap mengenai semua pertikaian undang-undang yang telah berlarutan selama beberapa tahun yang lalu. Kesemua pertikaian undang-undang antara A10 dan Brocade telah diselesaikan, membolehkan A10 maju ke hadapan, menumpu kepada memperkembangkan perniagaan dan meneruskan komitmennya  dalam memberikan pelanggan produk dan perkhidmatan dengan kualiti tertinggi. Syarat-syarat penyelesaian itu tidak dinyatakan.

"Kami berpuas hati dengan keputusan A10 dan Brocade menyelesaikan pertikaian melalui persetujuan damai," kata Lee Chen, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) A10 Networks. "Ini membolehkan A10 untuk terus mengutamakan pelanggan dengan fokus tertumpu kepada memberikan platform paling versatil, boleh diskala dan cekap bagi perkhidmatan pintar Awan."

"A10 mempunyai peluang pasaran yang besar dengan pertumbuhan pesat aplikasi dan peranti dalam talian awan dan platform teknologi kami berkedudukan sesuai untuk menjadi pemimpin global," kata Greh Straughn, CFO A10 Networks. "Penyelesaian ini membolehkan kami maju ke hadapan dengan lebih jelas untuk memenuhi dan melangkaui keperluan pelanggan kami dan memacu pertumbuhan yang lebih pesat."

Mengenai A10 Networks

A10 Networks telah ditubuhkan pada suku keempat 2004 dengan misi untuk memberikan penyelesaian sekuriti dan perangkaian inovatif. A10 Networks mengeluarkan  produk berprestasi tinggi yang membantu organisasi mempercepat, mengoptimum dan memastikan keselamatan aplikasi mereka. A10 Networks beribu pejabat di Silicon Valley dengan pejabat-pejabat di Amerika Syarikat,United Kingdom, Perancis, Belanda, Jerman, Sepanyol, Brazil, Jepun, tanah besar China, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan Malaysia. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.a10networks.com

A10 Networks, A10 Thunder, vThunder, ACOS, aCloud, aFleX, aXAPI, aVCS, Virtual Chassis, SoftAX, dan aFlow merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar A10 Networks, Inc. di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Hubungi:


Raymond Tan

Garene Tay

Arcis Communications (Singapura)

Arcis Communications (Singapura)

+65-9673-9029

+65-8112-1797

Raymond@arciscommunications.com

Garene@arciscommunications.com


SUMBER  A10 Networks

Source: A10 Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Legal issues