omniture

AirAsia BIG Perluaskan Jangkauan Serantau

THINK BIG DIGITAL SDN BHD
2013-05-29 12:55 144

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Program kesetiaan pelanggan mengalu-alukan Bank Islam Brunei Darussalam ke gabungan serantaunya

AirAsia BIG, program kesetiaan pelanggan global milik Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia terus memperluaskan jangkauan serantaunya dengan memeterai perkongsian dengan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). Pemegang kad BIBD kini boleh menukarkan mata ganjaran mereka kepada BIG Points dan terbang bersama AirAsia dengan percuma.

(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/05/15/20130515190911798053.html )

"Ini adalah satu testimoni kepada sifat sejagat program BIG – kami boleh bekerjasama dengan mana-mana rakan kongsi dalam mana-mana bidang perniagaan di mana sahaja di dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia BIG, Alice Goh. "Walaupun BIG baru ditubuhkan, namun ia berkembang dengan pesat," tambah beliau. "Ia bakal menempa nama dalam pasaran ASEAN."

Program ini akan menerokai pasaran baru seperti China, India dan Filipina. "Negara-negara ini boleh menjadi pemacu pertumbuhan kami di rantau ini," kata Ketua Pegawai Operasi (COO) AirAsia BIG, Loh Wai Meng.

Dengan kebanyakan rundingan perniagaan sedang dilangsungkan, Program ini pasti dengan perkembangan jangkauan serantaunya dan menganggarkan sumber keuntungan baru bagi tahun kewangan 2014. "BIG menawarkan peluang yang besar," tambah beliau. "Kami sentiasa mencari rakan kongsi yang mahu memberikan nilai tambahan kepada pelanggan mereka."

Air Asia BIG telah memperluaskan jaringan sekutunya dengan agresif melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan. Mereka termasuklah Petronas, CIMB Bank dan Metrojaya di Malaysia; Dtac, Bangkok Bank dan Central di Thailand; Indosat, Mandiri Bank dan Kidzania di Indonesia, StarHub dan Genting World di Singapura, dan rakan kongsi global termasuk Budget dan Avis. Melalui perkongsian ini, Program ini telah melonjak kepada 500,000 keahlian dan dijangka akan menggandakan pendapatannya tahun ini.

Sehingga kini, lebih 225 juta BIG Points telah dikeluarkan kepada BIG Shots di 150 buah negara bagi program ganjaran penerbangan yang mudah ditebus.

Mengenai AirAsia BIG

BIG merupakan program kesetiaan pelanggan global AirAsia. Ahli-ahli dapat mengumpul BIG Points daripada rakan kongsi BIG di seluruh dunia dan menebus BIG Points untuk penerbangan Air Asia serta pakej hotel. AirAsia BIG diuruskan oleh Think Big Digital Sdn Bhd, satu usahasama antara AirAsia dan Tune Money. Layari airasiabig.com untuk maklumat lanjut.

Maklumat hubungan:


Peluang Perniagaan

Pertanyaan Media

Brian Fernandez

Zetty Yusof

+60-1-2303-0270

+60-1-2234-3593

brianfernandez@tunemoney.com

zetty.zuraidah@tunemoney.com


 

Kenyataan-kenyataan ini terkandung kenyataan ramalan. Sila layari airasiabig.com/media untuk penerangan lanjut.

 

 

SUMBER THINK BIG DIGITAL SDN BHD

Source: THINK BIG DIGITAL SDN BHD
Keywords: Airlines/Aviation Banking/Financial Service Transportation Joint ventures Licensing/marketing agreements
+OK