omniture

Ramesh Subrahmanian menyertai Ahli Lembaga Pengarah Everlife

Everlife Holdings Pte. Ltd.
2021-07-05 12:15 33

SINGAPURA dan MUMBAI, India, 5 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Everlife Holdings Pte. Ltd. ("Everlife"), pengeluar dan pengedar peranti perubatan, peralatan makmal serta barangan guna habis terkemuka di Asia, telah melantik Ramesh Subrahmanian sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat.

Ramesh Subrahmanian joins Everlife Board
Ramesh Subrahmanian joins Everlife Board

Ramesh merupakan seorang pemimpin yang berpengalaman dalam industri penjagaan kesihatan dengan lebih 25 tahun pengalaman pengurusan kanan global dalam bidang farmaseutikal, vaksin dan peranti perubatan. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Healthium, sebuah syarikat peranti perubatan global yang sedang berkembang pesat di samping menguruskan firma penasihatnya sendiri iaitu Alchemy Advisors yang membantu pelanggan global mengoptimumkan strategi pertumbuhan dan model organisasi mereka untuk menghasilkan prestasi yang unggul. Dalam jawatan baharunya sebagai Ahli Lembaga Everlife, Ramesh akan bekerjasama rapat dengan Ahli Lembaga Pengarah syarikat, Ketua Pegawai Eksekutif dan pasukan kepemimpinan untuk menyokong pembangunan pelan strategik syarikat termasuk menetapkan pemacu pertumbuhan utama, pengambilalihan, jejak digital dan pembangunan organisasi untuk memperluas kedudukan semasa Everlife sebagai peneraju pasaran dan segmen produk yang dikendalikannya.

Sebelum menyertai Everlife, Ramesh merupakan Presiden Operasi Antarabangsa Acelity, sebuah syarikat global yang terkemuka dalam penjagaan luka dan dimiliki oleh Apax Partners sehingga syarikat tersebut diambil alih oleh 3M pada nilai USD6.7 bilion pada bulan November 2019. Sebelum Acelity, Ramesh berkhidmat sebagai Presiden Kumpulan Antarabangsa Stryker - salah sebuah syarikat teknologi perubatan terkemuka di dunia antara tahun 2011 hingga 2016. Beliau mengetuai transformasi perniagaan Eropah, membangunkan strategi pertumbuhan yang agresif untuk pasaran baru muncul dan menyelesaikan pengambilalihan penting pertama syarikat di luar AS pada tahun 2013 iaitu perniagaan ortopedik di China yang terkemuka di pasaran. Sebelum menyertai Stryker, Ramesh mengetuai perniagaan farmaseutikal Merck di APAC antara tahun 2006-2011 dan memegang pelbagai jawatan dalam pucuk pimpinan di AS, Eropah dan Asia dengan Sanofi dan syarikat-syarikat terdahulunya antara tahun 1993-2006.

Selain mengetuai pelbagai perniagaan antarabangsa bernilai berbilion dolar, Ramesh juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Asia PhRMA dan merupakan ahli Lembaga yang mengasaskan Asia Pacific Medical Technology Association ("APACMed") – persatuan serantau pertama dan satu-satunya yang menyuarakan kesepakatan untuk industri teknologi perubatan di Asia Pasifik yang turut dianggotai oleh Everlife.

Dr. Arjun Oberoi, Pengerusi Eksekutif Everlife mengulas: "Kami berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan Ramesh sebagai Ahli Lembaga Pengarah kami. Pengalaman bekerja dengan Ramesh di Stryker meyakinkan saya bahawa beliau akan memberikan nilai yang tinggi kepada pasukan kepemimpinan dalam membantu membentuk dan memperbaiki hala tuju strategik dan digital kami sambil membina model organisasi masa depan syarikat ketika kami berusaha menyepadukan pelbagai pengambilalihan sepanjang tempoh 12-18 bulan akan datang. Pengalaman pengendalian Ramesh yang mendalam dan ketangkasan strategiknya akan membantu mempercepat perjalanan Everlife untuk menjadi platform peranti perubatan terkemuka di Asia Tenggara dan India."

Everlife kini beroperasi di 6 buah negara melalui pelaburannya dalam Diagnostik CPC, pengeluar dan pemasar produk diagnostik in vitro yang berpangkalan di India; Chemopharm Group, penyedia produk dan penyelesaian makmal, penyelidikan dan kemudahan perubatan yang terkemuka di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara; DV Medika, pengeluar dan pengedar perabot hospital, sistem pengimejan serta peralatan penjagaan kecemasan terkemuka di Indonesia dan Lifeline Diagnostics, pengedar terkemuka dalam produk diagnostik in vitro dan sains hayat di Filipina. 

Tentang Everlife 

Everlife Group merupakan salah satu platform pengedaran dan akses pasaran yang terkemuka dan paling dipercayai di Asia untuk peranti perubatan dan peralatan serta bekalan makmal. Dengan menggabungkan kepakaran kami di bidang penjagaan kesihatan dan Asia berserta pendekatan perniagaan yang mendalam dan dipacu hasil, kami berhasrat untuk meningkatkan keputusan kesihatan para pesakit serta prestasi perniagaan para pelanggan dan prinsipal. Syarikat-syarikat Everlife mewakili lebih 200 orang prinsipal dan sebuah pasukan dengan 800 orang pekerja yang beroperasi di 6 buah negara. Everlife ialah sebahagian daripada Everstone Group manakala Cure Capital merupakan pelabur minoritinya. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.everlifeasia.com atau lawati kami di LinkedIn.

Tentang Everstone Group 

Everstone ialah kumpulan pelaburan perdana yang memberi tumpuan kepada India dan Asia Tenggara dengan nilai aset melebihi USD6 bilion di seluruh ekuiti swasta, hartanah, kredit, infrastruktur dan modal usaha sama. Everstone mempunyai pangkalan sumber yang signifikan di tujuh buah pejabatnya di Singapura, India (Mumbai, Delhi, Bangalore), London, New York dan Mauritius yang terdiri daripada pelaburan, operasi dan sumber strategik terbaik dengan pengalaman dan kemahiran yang signifikan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.everstonecapital.com

Untuk pertanyaan, sila hubungi: 

Chermayn Chan
chermayn.chan@everlifeasia.com

Karan Anand
kanand@everstonecapital.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1556517/Everlife_Logo.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1556518/ramesh_subrahmanian.jpg?p=medium600

 

 

Source: Everlife Holdings Pte. Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements