omniture

SonoScape peroleh Tanda CE untuk ekoendoskop tatasusunan linearnya EG-UC5T

SonoScape Medical Corporation
2021-07-05 17:02 142

SHENZHEN, China, 3 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pada 30 April, SonoScape menerima tanda CE, iaitu "Pasport ke Eropah" produk tersebut untuk ekoendoskop tatasusunan linearnya, EG-UC5T. Ini dapat memperluaskan lagi portfolio ultrabunyi endoskop (EUS) SonoScape dalam pasaran antarabangsa. Meraih manfaat daripada berdekad-dekad pengetahuan teknologi ultrabunyi, barisan produk EUS SonoScape secara rasminya diperkenalkan buat julung kali pada September 2019 apabila ekoendoskop tatasusunan radial 360° EG-UR5 memperoleh Tanda CE, lalu melonjakkannya menjadi syarikat ke-4 di dunia yang menguasai teknologi teras EUS.

Tanda CE
Tanda CE

EG-UC5T dicirikan oleh saluran instrumen 4.0-mm yang besar dan hujung distal tegar yang pendek, lalu menerobos sempadan kecemerlangan terapi. Dengan kedatangan ekoendoskop tatasusunan linear EG-UC5T, pengguna SonoScape bukan sahaja dapat melakukan pensampelan tisu yang mencukupi, tetapi juga pelbagai prosedur endoskop intervensi terapi di bawah panduan sonografi. Inilah yang dikatakan kelebihan daripada dua ciri berbeza yang sebenar, iaitu kunci penting untuk mendedahkan apa di sebalik mukosa saluran gastrousus (GI) dan untuk menonjolkan kemungkinan endoskopi termaju yang semakin meningkat.

"Portfolio EUS SonoScape pastinya akan meluaskan laluan syarikat menuju hospital yang lebih besar dan lebih banyak. Ini sekali lagi menyokong peranan utama syarikat dalam pasaran endoskopi pencernaan global," kata Steven He, Pengarah Jualan Bahagian Endoskopi di SonoScape: "Kami telah mencapai keputusan yang hebat dengan endoskop gastrousus semasa kami dan saya yakin bahawa ekoendoskop tatasusunan linear baharu ini akan menyediakan kami untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi."

25 tahun yang lalu telah menyaksikan pengembangan EUS yang luas untuk pelbagai aplikasi, baik diagnostik mahupun terapeutik, seperti yang dinyatakan dalam Friedberg SR, Lachter J, World Journal of Gastrointestinal Endoscopy (2017). Memfokuskan untuk menyampaikan produk yang berkualiti tinggi, SonoScape terus membawa nilai penting ke dunia endoskopi.

Latar Belakang SonoScape 

Ditubuhkan pada tahun 2002 di Shenzhen, China, SonoScape komited untuk "Menjaga kehidupan melalui inovasi" dengan menyediakan penyelesaian ultrabunyi dan endoskopi serta memberikan perkhidmatan kelas pertama. Kini, ia mempunyai tujuh pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Shenzhen, Shanghai, Harbin, Wuhan, Tokyo, Silicon Valley dan Seattle. SonoScape melabur sebanyak hampir 20% daripada pendapatannya dalam R&D sejak 3 tahun kebelakangan ini, dengan lebih banyak produk canggih akan diperkenalkan ke dalam barisan produknya.

Source: SonoScape Medical Corporation
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements