omniture

Lebih 170,000 orang pelajar di seluruh dunia terima keputusan peperiksaan IB

International Baccalaureate
2021-07-05 20:00 92

GENEVA, 5 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pada hari esok bersamaan 6 Julai, lebih 170,000 orang pelajar di seluruh dunia akan menerima keputusan peperiksaan Program Berkaitan Kerjaya (CP) dan Program Diploma (DP) International Baccalaureate (IB) bagi sesi peperiksaan Mei 2021 lepas.

IB amat berbangga dengan para graduan Program Diploma dan Program Berkaitan Kerjaya baharu kami yang tabah sepanjang pandemik COVID-19 dan mencapai kejayaan ini. Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa komitmen dan sokongan kukuh daripada komuniti IB.

Olli-Pekka Heinonen, Ketua Pengarah International Baccalaureate berkata:

"Tempoh 18 bulan yang lalu adalah sangat mencabar bagi para pelajar, guru dan sekolah di seluruh dunia kerana COVID-19 telah menjejaskan banyak perkara yang kita ambil mudah sebelum ini. Saya menghormati semangat dan dedikasi mereka terhadap misi bersama kami: pendidikan untuk menjadikan dunia yang lebih baik.

Tanggungjawab utama IB pada tahun ini ialah memastikan para pelajar kami tidak terhalang disebabkan pandemik, termasuk permohonan mereka ke universiti dan institusi pendidikan tinggi. Kami telah melakukan banyak perubahan pada sesi musim panas ini yang merupakan sebahagian daripada komitmen tersebut bagi memastikan para pelajar tidak terjejas disebabkan keadaan yang sangat mencabar dalam tempoh pengajian mereka.

Kami memahami tekanan yang berlaku disebabkan COVID-19 terhadap sistem pendidikan secara keseluruhan dan kami berterima kasih kepada semua rakan kongsi kami, termasuk universiti atas sokongan dan pemahaman mereka ketika kami meneruskan perjalanan dalam tempoh yang mencabar ini."

Pada tahun ini, keutamaan IB adalah untuk menyediakan peluang yang sama kepada para pelajar untuk maju selepas gangguan global yang disebabkan oleh COVID-19 tanpa mengira sama ada mereka menduduki peperiksaan atau dinilai mengikut laluan bukan peperiksaan. Kami telah mempertimbangkan dengan teliti kesan pandemik ini terhadap para pelajar.

Pasukan IB kerap berbincang dengan para pendidik untuk memastikan mereka menerima kemas kini dan maklumat bagi menyokong kerja mereka dalam keadaan yang paling mencabar ini. Kami juga bekerjasama dengan pengawal selia kerajaan di seluruh dunia berkaitan situasi tempatan, sekatan dan kesan COVID-19 terhadap para pelajar.

Sekolah-sekolah telah ditinjau untuk menentukan pilihan antara dua laluan yang terbaik mengikut situasi mereka: peperiksaan bertulis yang boleh diuruskan dengan selamat atau laluan bukan peperiksaan yang menggabungkan penilaian dalaman kerja kursus dan gred ramalan guru yang tidak dapat diuruskan dengan selamat.

Berkenaan keputusan untuk menerima pakai sistem dengan dua laluan tersebut pada tahun 2021, Ketua Majlis IB berkata: "Kami percaya bahawa pendekatan IB untuk sesi peperiksaan bulan Mei 2021 yang lepas – dengan sekolah-sekolah menjalankan peperiksaan mengikut laluan tersebut – merupakan penyelesaian yang paling adil.  Kami juga percaya bahawa laluan bukan peperiksaan sebagai pilihan kepada para pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan adalah adil, jelas dan dibenarkan untuk gred yang akan dikeluarkan yang mencerminkan pencapaian dan keupayaan mereka."

IB bekerjasama rapat dengan universiti dan kementerian pendidikan untuk mengekalkan dan menggalakkan pengiktirafan terhadap kelayakan IB. Semasa pandemik COVID-19, IB sentiasa terlibat dalam perbincangan secara berterusan dan menyediakan universiti dan kementerian dengan kemas kini yang kerap termasuk mengadakan webinar.

Kami telah menerima mesej sokongan daripada pelbagai universiti di seluruh dunia.

"University of Warwick sedar akan gangguan dan kebimbangan yang dialami oleh ramai pelajar sepanjang tahun lalu; kami mengesahkan bahawa kami akan menerima kelulusan IB yang dianugerahkan pada tahun 2021 dengan senang hati sama seperti yang telah kami lakukan pada tahun-tahun yang lalu" – University of Warwick, UK.

"Cornell University berharap dapat menerima lebih ramai pelajar kelulusan IB yang baharu pada tahun ini. Kami telah mengikuti perancangan IBO yang teliti dan berterusan untuk keselamatan dan kemajuan para pelajar semasa gangguan COVID ini. Kami kekal yakin dengan penilaian IB yang ketat dan disesuaikan serta kami akan sentiasa menerima skor IB sebagai petunjuk yang tepat tentang persediaan para pelajar"– Cornell University, Amerika Syarikat

Data Gambaran Keseluruhan Keputusan:

  • Jumlah calon untuk sesi Mei 2021 ialah seramai 170,660 orang dan untuk Mei 2020 ialah 174,360 orang;
  • Daripada 170,660 orang pelajar tersebut, 104,275 orang mengambil laluan bukan peperiksaan manakala 65,576 orang mengambil laluan peperiksaan (dan 809 orang mengambil kedua-dua laluan);
  • Jumlah calon Program Diploma untuk sesi Mei 2021 ialah seramai 87,307 orang dan untuk sesi Mei 2020 ialah 86,657 orang;
  • Skor purata diploma bagi sesi Mei 2021 ialah 33.02 mata, meningkat daripada 31.34 pada bulan Mei 2020;
  • Jumlah pelajar yang memperoleh 40-45 mata ialah seramai 15,513 orang, meningkat daripada 9,701 orang pada bulan Mei 2020;
  • Gred purata diploma ialah 5.19, meningkat daripada 4.95 pada bulan Mei 2020;
  • Kadar lulus Diploma ialah 88.96%, meningkat daripada 85.18% pada bulan Mei 2020.

IB akan menerbitkan buletin statistik interim yang pertama dalam beberapa minggu akan datang. Dapatkan maklumat lanjut tentang sesi Peperiksaan Mei 2021 di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Stephanie Ban di +1 301-202-3169 atau media@ibo.org.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1556996/IB_Logo.jpg?p=medium600

Source: International Baccalaureate
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research