omniture

Vynn Capital Umum Rakan Kongsi Baharu, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz

Vynn Capital
2021-07-06 09:00 178

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Vynn Capital, syarikat modal teroka Asia Tenggara terkemuka yang telah melabur dalam syarikat-syarikat seperti Carsome, Dropee dan Travelio, hari ini mengumumkan bahawa ia telah berganding bahu dengan Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz ("Tunku Ali") yang kini juga merupakan Rakan Kongsi firma berkenaan.

Vynn Capital dan beberapa syarikat portfolio. Kiri atas: Victor Chua, Rakan Pengasas & Pengurusan Vynn Capital; Kanan atas: Lennise Ng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Dropee; Barisan kedua paling kiri: Hendry Rusli, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Travelio; Barisan kedua paling kanan: Eric Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Carsome
Vynn Capital dan beberapa syarikat portfolio. Kiri atas: Victor Chua, Rakan Pengasas & Pengurusan Vynn Capital; Kanan atas: Lennise Ng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Dropee; Barisan kedua paling kiri: Hendry Rusli, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Travelio; Barisan kedua paling kanan: Eric Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Carsome

Membawa pengalaman kepimpinan strategik, pelaburan dan tadbir urus selama lebih 20 tahun, Tunku Ali akan membantu usaha pelaburan Vynn Capital di rantau ini, selain daripada banyak peranan korporat, lembaga dan penasihat yang lain, bagi membantu mengenal pasti pelaburan baharu serta mengembangkan syarikat-syarikat portfolio sedia ada.

Tunku Ali, yang melabur secara peribadi dalam syarikat-syarikat teknologi peringkat awal sejak sedekad yang lalu berkata, "Jalinan kerjasama dengan Victor Chua dan pasukan di Vynn Capital nampaknya sangat sesuai dengan saya. Victor menggabungkan latar belakang dan pengalaman modal teroka, dengan usia muda dan dinamisme, bagi membolehkan Tunku Ali mencari peluang baharu dalam pasaran yang pesat berubah ini, set kemahiran yang saya rasakan pelengkap bagi kemahiran saya."

Victor Chua, Rakan Pengasas & Pengurusan Vynn Capital berkata, "Kami gembira dapat bekerjasama dengan Tunku Ali memandangkan profesionalisme dan keluasan pengetahuan Tunku Ali akan menjadi aset yang penting untuk pelabur dan penerima pelaburan kami. Dengan pengalaman serta hubungan interpersonal Tunku Ali di seluruh rantau ini, saya berharap dapat melibatkan kumpulan pelabur yang lebih luas dan syarikat portfolio yang berpotensi. Setelah mengambil kira segala aspek, ini merupakan satu perniagaan yang berasaskan orang ramai, dengan tumpuan kepada bekerjasama dengan individu dan pasukan yang bersesuaian untuk membina nilai bagi keseluruhan ekosistem.

Selain daripada itu, Tunku Ali ialah Pengerusi di dua syarikat tersenarai dalam pasaran saham, Bumi Armada Berhad dan Taliworks Corporation Berhad. Di samping itu, Tunku Ali juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah termasuk Bangkok Bank Berhad dan Sun Life Malaysia Assurance Berhad serta Pengerus untuk beberapa Oraganisasi bukan-komersil termasuk WWF-Malaysia, Teach For Malaysia dan Yayasan Munarah. Tunku Ali juga merupakan Penasihat kanan TPG Capital, salah satu syarikat pelaburan ekuiti swasta terbesar di dunia. Sebelum ini, Tunku Ali merupakan Pengarah Pelaburan di Khazanah Nasional Berhad serta perunding pengurusan bersama McKinsey & Company. Tunku Ali berkelulusan ijazah daripada University of Cambridge dan John F Kennedy School of Government, Harvard University serta diiktiraf sebagai Pemimpin Muda Global oleh Forum Ekonomi Dunia pada tahun 2013.

"Vynn Capital amat terlibat dalam ekosistem perniagaan yang kini pesat dengan aktiviti  keusahawan dan syarikat pemula teknologi di Asia Tenggara. Sebagai seseorang yang berminat dalam inovasi, saya teruja dapat menjadi sebahagian sebuah syarikat yang mendorong syarikat-syarikat baru yang terlibat dalam teknologi, khususnya pengaktifan perniagaan" kata Tunku Ali. "Selain daripada melabur, komitmen Vynn Capital untuk membangunkan bakat melalui 'hackathon' dan kerjasama dengan mahasiswa universiti sangat sesuai dengan diri saya – kami bukan sahaja melabur untuk pulangan kewangan, tetapi juga untuk pembangunan pengetahuan dan impak modal insan yang positif, yang amat penting untuk kemampanan jangka panjang industri teknologi serta komuniti secara keseluruhan."

Latar Belakang Vynn Capital 

Sejak peringkat awal, Vynn Capital, sebuah syarikat modal teroka, di tubuhkan dengan matlamat untuk merapatkan jarak antara industri tradisional dan ekonomi baharu melalui pembangunan teknologi. Industri-industri penting yang menjadi tumpuan termasuk Mobiliti, Hartanah, Makanan dan FMCG, Ekonomi Wanita serta Penggerak Perniagaan (termasuk logistik dan teknologi kewangan).

Pasukan ini terdiri daripada golongan profesional yang berpengalaman dalam pelaburan peringkat awal hinggalah pembiayaan peringkat akhir serta operasi perniagaan. Vynn Capital menekankan falsafah pelaburan berkisarkan penciptaan nilai sinergi antara rakan kongsi dan syarikat yang disokong oleh Vynn. Selain daripada melabur, Vynn Capital membantu pelaburnya atau Rakan Kongsi memahami industri dan pasaran baharu menerusi pasukan dan rangkaian setempatnya di seluruh bandar-bandar utama Asia Tenggara. Ketika ini, Vynn Capital aktif di Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Myanmar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.vynncapital.com

Source: Vynn Capital
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Venture Capital Financial Technology