Audi bergantung kepada teknologi pengujian yang aktif dan jaminan perkhidmatan hujung ke hujung Mobileum untuk menyampaikan Perkhidmatan Kereta Terhubung yang berkualiti dan bagi mengurangkan kos.
CUPERTINO, California, 6 Julai 2021 /PRNewswire/ --Mobileum Inc. ("Mobileum"), penyedia global terkemuka dalam perkhidmatan penyelesaian rangkaian dan perayauan, pengurusan risiko serta pengujian dan pemantauan berasaskan analisis, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Audi (AUDVF) akan menggunakan penyelesaian Ujian Kereta Terhubung Mobileum untuk menguji dan memantau kualiti perkhidmatan (QoS) kereta terhubung mereka dengan lengkap serta memastikan kawalan dan jaminan perkhidmatan berpiawai tertinggi terhadap pengalaman pelanggan.
Menurut CounterPoint, tiga perempat daripada kereta baharu akan menjadi kereta terhubung menjelang tahun 2025. Dengan melaksanakan penyelesaian Ujian Kereta Terhubung Mobileum, Audi memastikan bahawa pelanggannya akan menikmati maklumat hiburan, keselamatan, navigasi dan keupayaan komunikasi dalam talian yang terbaik semasa berada di dalam kereta. Audi kini menyokong lebih 5 juta kereta terhubung di 74 buah negara.
Penyelesaian Ujian Kereta Terhubung Mobileum membolehkan Audi menguji kereta terhubung mereka secara jarak jauh dari sebuah lokasi berpusat dan memberikan prestasi yang tiada tandingan dalam memantau dan meningkatkan pengalaman kereta terhubung. Kapasiti untuk menguji secara jarak jauh telah membolehkan Audi menjimatkan sejumlah besar perbelanjaan dan mengurangkan tekanan pada rantaian bekalan globalnya melalui kos yang dikurangkan dengan sokongan dan penyelenggaraan pasukan tempatan serta penghantaran kereta ke luar negara. Penyelesaian ini telah terbukti penting terutamanya semasa pandemik Covid-19 yang membolehkan Audi meningkatkan kualiti perkhidmatan (QoS) dengan meningkatkan masa hidup perkhidmatan dan meminimumkan gangguan yang berpunca daripada kehilangan atau kerosakan komponen asas.
Ini dapat direalisasikan oleh platform ujian perayauan global Mobileum iaitu GlobalRoamer® yang menampilkan jejak pengujian terbesar di dunia dan membolehkan penyedia perkhidmatan mengautomasikan pelbagai fungsi seperti pembekalan e-SIM jarak jauh dan pemantauan serta pengujian yang berkualiti dari hujung ke hujung. Di samping itu, Mobileum akan membolehkan Audi menyokong ciri-ciri keselamatan yang penting seperti e-Panggilan yang membolehkan kenderaan membuat panggilan kecemasan secara automatik serta berkongsi lokasi, butiran kenderaan dan bilangan penumpang kepada kakitangan perkhidmatan kecemasan sekiranya terlibat dalam kemalangan yang serius. Ujian Perkhidmatan Kecemasan Mobileum ialah penyelesaian pengujian aktif yang lengkap yang memantau dan menyelesaikan masalah platform dan perkhidmatan kecemasan. Dipatenkan di AS dan EU, penyelesaian Mobileum merangkumi nombor standard, nombor dipertingkat dan e-Panggilan yang membolehkan pengendali memastikan ketersediaan, pemindahan maklumat lokasi dan pemantauan prestasi.
"Dengan kereta terhubung, dunia automotif dan komunikasi digabungkan. Bagi memenuhi harapan pengguna, pengeluar automotif perlu bekerjasama dengan peneraju industri komunikasi untuk memastikan bahawa cabaran kereta terhubung semasa dan baharu dapat ditangani dan diselesaikan. Kami berbangga kerana Audi mempercayai kami untuk menyokong keperluan ujian dan pemantauan kereta terhubung mereka," ulas Goce Talaganov, Naib Presiden Kanan, Ujian & Pemantauan Mobileum.
Ujian Kereta Terhubung Mobileum memberikan jaminan kualiti kepada e-Panggilan, Telemetri IoT, pembekalan e-SIM jarak jauh dan ketersediaan aplikasi perniagaan. Ia membolehkan akses kepada meter petunjuk prestasi, trend dan daya pemprosesan serta memantau kemerosotan perkhidmatan secara proaktif di seluruh dunia sekali gus menyediakan pengesahan perkhidmatan dan kesalinghubungan mudah alih bebas SLA bagi kampus kilang dan perkhidmatan kereta terhubung.
AUDI AG
AUDI AG bermaksud kenderaan sporti, reka bentuk yang berkualiti tinggi dan progresif – bagi "Vorsprung durch Technik." Audi Group merupakan antara pengeluar kereta premium terkemuka di dunia.
Bagi memainkan peranan yang penting dalam membentuk transformasi ketika mereka memasuki era mobiliti baharu, Syarikat ini sedang melaksanakan strateginya satu demi satu.
Tentang Mobileum Inc.
Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan ujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta kecerdasan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Active Intelligence yang menyediakan penyelesaian berasaskan analitik canggih dan membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata serta meningkatkan hasil, pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos. Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Dubai, Jerman, Greece, India, Portugal, Singapura dan UK.
Maklumat lanjut di www.mobileum.com dan ikuti @MobileumInc di Twitter.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600