SHANGHAI, 29 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Kehadiran Weibo baharu bakal memacu penglibatan dalam talian lebih mendalam mengenai perancangan dan pengoptimuman rantaian bekalan di China
Quintiq, peneraju dunia dalam perancangan dan pengoptimuman rantaian bekalan (SCP&O), telah memperluaskan lagi kehadiran digitalnya di seluruh dunia dengan menyertai Weibo, platform blog mikro paling popular di China. Kandungan yang dipaparkan dalam halaman, http://weibo.com/quintiqcna, akan memberi pandangan yang lebih mendalam mengenai kemampuan Quintiq sambil menggalakkan perbualan tentang pengoptimuman rantaian bekalan dalam pasaran China.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130328/606756 )
Halaman Weibo akan diuruskan oleh Pasukan Pemasaran China Quintiq yang memberi perkhidmatan untuk bilangan industri yang semakin meningkat di China. Keputusan Quintiq untuk menyertai Weibo adalah respon langsung terhadap pertumbuhan dan perluasannya dalam rantau itu, dan Quintiq menyasarkan untuk menggunakan kehadiran media sosialnya dengan tujuan mempamerkan kepimpinan, inovasi dan pembangunan pengoptimuman rantaian bekalan. Dengan berinteraksi bersama pencetus pandangan industri dan berkongsi grafik, data serta bahan dalam Weibo, perniagaan yang sedang menggunakan atau berminat dengan pengoptimuman rantaian bekalan boleh berkongsi cabaran yang mereka hadapi dalam rantaian bekalan dan memahami dengan lebih jelas di mana terletaknya peluang untuk kemajuan optimum.
"Weibo adalah sebuah platform yang berkembang pesat yang membekalkan Quintiq dengan peluang untuk melibatkan diri dengan lebih ramai pengguna yang berminat untuk membincangkan perancangan dan pengoptimuman rantaian bekalan," kata Kris Kosmala, naib presiden Quintiq Asia Pasifik. "Kami teruja untuk memaksimumkan kehadiran kami di Weibo bagi meningkatkan kesedaran tentang jenama Quintiq di China, dan menjadikannya destinasi utama maklumat mengenai pengoptimuman rantaian bekalan dan sebuah forum bagi membincangkan isu-isu pengoptimuman rantaian bekalan."
Mengenai Quintiq
Platform perancangan dan pengoptimuman rantaian bekalan Quintiq yang canggih membolehkan perusahaan-perusahaan meningkatkan kelancaran pada setiap tahap perjalanan rantaian bekalan. Ia memberi kuasa kepada perancangan dan pengoptimuman kakitangan, sumber dan proses hujung ke hujung dalam satu persekitaran perancangan tunggal, merentasi semua ufuk perancangan. Kebanyakan daripada perusahaan-perusahaan terbesar dan paling berjaya di dunia bergantung kepada Quintiq bagi mencapai matlamat perniagaan mereka, memperkukuhkan kelebihan daya saing mereka, dan mencipta aliran hasil baharu.
Ditubuhkan pada tahun 1997 dan sejak itu berkembang dengan pesat, Quintiq dikenali di seluruh dunia dengan dwi-ibu pejabat di Netherlands dan di Amerika Syarikat, sebuah pusat perkembangan dunia di Malaysia dan cawangan-cawangan di seluruh dunia. Perisian Quintiq kini sedang digunakan di lebih 500 lokasi di 78 buah negara seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.quintiq.com atau ikuti Quintiq melalui Twitter, Facebook, LinkedIn dan YouTube.
Hubungan Akhbar:
Pertanyaan
Charlotte Poh
Pengurus Komunikasi Pemasaran Global
Tel:+31(0)736910739
pressrelease@quintiq.com