S'-HERTOGENBOSCH, Netherlands, 29 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Quintiq, peneraju dunia dalam perancangan dan pengoptimuman rantaian bekalan (SCP&O) telah mencatat empat rekod dunia laluan kenderaan dalam penanda-penanda aras berasingan. Pencapaian Quintiq telah disahkan dan direkodkan oleh SINTEF, pusat penyelidikan bebas terbesar di Scandinavia, dalam Portal Pengoptimuman Kenderaan miliknya.
Dengan menggunakan platform SCP&O syarikat itu, Quintiq mencipta penyelesaian pengoptimuman bagi Masalah Laluan Kenderaan dengan penanda-penanda aras Jendela Masa (VRPTW), yang merupakan antara masalah pengoptimuman gabungan yang paling banyak dikaji di dunia. Penanda-penanda aras yang disasarkan oleh Quintiq adalah tika-tika VRPTW terbesar dan mempunyai kaitan paling praktikal dengan perniagaan yang mempunyai operasi logistik berskala besar.
Empat penanda aras logistik itu melibatkan 1,000 lokasi penghantaran kepada pelanggan dengan jendela masa penghantaran berbeza-beza, 100 kenderaan yang sedia untuk membuat penghantaran, semuanya bertolak dari sebuah depot pusat. Empat penanda aras ini dibezakan dengan mengurangkan jendela masa pelanggan yang ada. Untuk setiap penanda aras itu, Quintiq merangka laluan untuk membuat semua penghantaran itu yang menepati parameter penanda aras tersebut. Matlamat bagi setiap penanda aras adalah untuk menghasilkan pelan laluan yang menggunakan jarak perbatuan yang paling pendek. Laluan-laluan yang dirangka oleh Quintiq memerlukan jarak perbatuan terpendek untuk setiap daripada empat tanda aras ini dan mengatasi setiap cubaan pengoptimuman yang dilaksanakan sebelum ini.
"Mencari penyelesaian yang bagus bagi penanda aras Gehring & Homberger adalah suatu pencapaian yang penting, tetapi memecahkan empat rekod dunia dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut adalah bukti yang menakjubkan mengenai kemampuan dan kepakaran yang kami boleh tawarkan kepada pelanggan kami," kata Wim Nuijten, Naib Presiden Teknologi Pengoptimuman Quintiq. "Rekod dunia pertama yang kami catatkan adalah hasil daripada persaingan sihat antara pakar-pakar dalaman Quintiq. Berikutan itu, kami mahu meneruskan dengan cabaran-cabaran yang lebih besar untuk melihat apa lagi yang boleh dicapai. Hasilnya begitu jelas. Kami belum lagi menemui cabaran pengoptimuman yang terlalu besar atau terlalu rumit untuk Quintiq. Mengaplikasikan teknologi pengoptimuman yang mencatat rekod dunia untuk sebuah perniagaan yang menghadapi cabaran yang serupa bakal menjimatkan jutaan dolar setiap tahun."
Quintiq memecahkan rekod dunia pertama, C1_10_4, pada bulan Oktober 2012 dan kemudian memperbaiki keputusan pada bulan April 2013. Kemudian Quintiq terus memecahkan tiga rekod dunia berturut-turut, C1_10_3, C1_10_9 dan C1_10_10, semuanya disahkan oleh SINTEF pada bulan April 2013.
Mengenai Quintiq
Platform perancangan dan pengoptimuman rantaian bekalan Quintiq yang canggih membolehkan perusahaan-perusahaan meningkatkan kelancaran pada setiap tahap perjalanan rantaian bekalan. Ia memberi kuasa kepada perancangan dan pengoptimuman kakitangan, sumber dan proses hujung ke hujung dalam satu persekitaran perancangan tunggal, merentasi semua ufuk perancangan. Kebanyakan daripada perusahaan-perusahaan terbesar dan paling berjaya di dunia bergantung kepada Quintiq bagi mencapai matlamat perniagaan mereka, memperkukuhkan kelebihan daya saing mereka, dan mencipta aliran hasil baharu.
Ditubuhkan pada tahun 1997 dan sejak itu berkembang dengan pesat, Quintiq dikenali di seluruh dunia dengan dwi-ibu pejabat di Netherlands dan di Amerika Syarikat, sebuah pusat perkembangan dunia di Malaysia dan cawangan-cawangan di seluruh dunia. Perisian Quintiq kini sedang digunakan di lebih 500 lokasi di 78 buah negara seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.quintiq.com atau ikuti Quintiq melalui Twitter, Facebook, LinkedIn dan YouTube.
Hubungan Akhbar:
Pertanyaan Amerika Utara
Jon Temerlies
Racepoint Group
Tel: +1-202-349-0859
Quintiq@Racepointgroup.com
Pertanyaan EMEA
Charlotte Poh
Pengurus Komunikasi Pemasaran Global
Tel:+31(0)736910739 z
pressrelease@quintiq.com