omniture

Kumpulan Pertama Bas EV Diserahkan, Yutong Terhubung Terus ke Masa Depan Pengangkutan Mesra Alam Qatar

Qatar menyambut 10 buah bas Yutong elektrik sepenuhnya pertama ke dalam kumpulan pengangkutannya menerusi sebuah upacara di Mowasalat (Karwa)
Yutong Bus Co., Ltd.
2021-07-06 20:32 436

DOHA, Qatar, 6 Julai 2021 /PRNewswire/ -- TYT En. Jassim bin Saif Al-Sulaiti, Menteri Pengangkutan dan Komunikasi, TYT Dr. Eng. Saad bin Ahmed Al-Muhannadi, Presiden Lembaga Kerja Raya (Ashghal) dan Pengerusi Mowasalat (Karwa), TYT En. Hassan Abdulla Al-Thawadi, Ketua Setiausaha Jawatankuasa Tertinggi bagi Penyerahan dan Legasi, TYT En. Zhou Jian, Duta Republik Rakyat China ke Negara Qatar dan En. Pengxu, Pengarah Urusan Yutong International menghadiri upacara tersebut bagi meraikan kumpulan bas elektrik pertama di Qatar.

Di upacara berkenaan, TYT En. Jassim bin Saif Al-Sulaiti melakukan pengecasan bas elektrik yang pertama seumpamanya di Qatar. Ketibaan kumpulan bas EV ini memperlihatkan langkah penting dalam rancangan pengangkutan awam Qatar 2030, kata Menteri tersebut.


Ini merupakan kumpulan pertama pesanan 741 buah bas EV mencatat rekod Qatar daripada Yutong. Sejak menerima pesanan ini pada bulan November 2020, Yutong telah bekerjasama dengan kerajaan tempatan, pelbagai jabatan pengeluaran dan perkhidmatan bagi menjamin pengangkutan yang tepat pada masanya di tengah-tengah sekatan pergerakan akibat wabak ini.

Bas elektrik disesuaikan mengikut keperluan pengangkutan tempatan dan keadaan cuaca, dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair yang cekap dan bateri litium besi fosfat 350-kWj, iaitu teknologi yang paling selamat dalam iklim panas. Apabila dicas sepenuhnya, bas tersebut dapat memberi purata julat jangkauan melebihi 200km.

Yutong Bus bekerjasama erat dengan kerajaan Qatar dan rakan-rakan kongsi untuk membantu transformasi mesra alam kawasan tempatan. Pada masa akan datang, kilang KD akan ditubuhkan bagi merealisasikan reka bentuk dan pembuatan setempat bas EV yang lebih sesuai dengan keadaan geografi dan iklim khas Qatar.

Berpegang kepada konsep jenama iaitu "bas lebih baik, kehidupan lebih baik", Yutong memberi tumpuan untuk berganding bahu dengan pihak-pihak yang berkaitan seperti Mowasalat bagi mencapai kerjasama yang saling menguntungkan dalam membina sistem pengangkutan awam yang lebih mesra alam, lebih cekap dan lestari pada masa depan.

Latar Belakang Yutong

Yutong Bus Co., Ltd. ialah sebuah syarikat pembuatan moden yang mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan bas. Jumlah jualan tahunannya melebihi 70,000 unit, dengan lebih 140,000 buah bas tenaga baharu terjual setakat ini. Yutong Bus menjual bas dengan jumlah yang agak besar di lebih 30 negara merentas enam benua dengan bahagian pasaran melebihi 36% di China dan lebih 13% di seluruh dunia.

 

 

Source: Yutong Bus Co., Ltd.
Keywords: Auto Environmental Products & Services Transportation