omniture

San Marino Meluluskan Pas Hijau Negara yang Membolehkan Warganegara dan Penduduk Melakukan Perjalanan dengan Bebas

VeChain
2021-07-07 21:44 80

HØVIK, Norway, 7 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Majlis Umum dan Agung San Marino meluluskan Perundangan Dekri no. 109 bertarikh 16 Jun yang meluluskan pas vaksinasi hijau miliknya. Kelulusan ini membolehkan warganegara, penduduk dan lain-lain yang telah divaksin di wilayah ini memperoleh sijil yang selaras dengan piawaian EU.

Sijil Digital Covid San Marino ini merangkumi vaksinasi Sars-Cov2, jangkitan terdahulu atau keputusan ujian negatif serta mempunyai tempoh sah selama 1 minggu yang bermula 15 hari setelah dos pertama vaksinasi atau 9 bulan setelah kitaran vaksinasi yang lengkap.

"Sijil Digital Covid San Marino ini merupakan alat penting yang menyelaraskan Republik tersebut dengan piawaian teknologi yang digunakan oleh EU dan menjamin saling kendali sepenuhnya serta menambah kaedah pensijilan 'universal' berdasarkan teknologi rantaian blok," ulas Lorenzo Spadoni, seorang Jurutera yang juga Presiden San Marino Innovation.

Sijil ini mempunyai dua kod QR:

  • Kod yang pertama selaras dengan keperluan EU;
  • Kod yang kedua boleh disahkan oleh sesiapa sahaja di mana-mana sahaja. Ia didayakan oleh Token Tidak Sepiawai (NFT) iaitu sijil unik dan tidak boleh diulang yang menjamin tidak boleh diubah disebabkan ia berdaftar pada rantaian blok awam VeChainThor.

Penyelesaian inovatif ini dibangunkan dengan sokongan VeChain iaitu salah sebuah platform rantaian blok awam terkemuka di dunia. DNV ialah peneraju bebas dalam perkhidmatan penilaian dan pelopor bagi penyelesaian jaminan digital.

Renato Grottola, Pengarah Pertumbuhan dan Inovasi Global DNV berkata: "Sijil Digital Covid San Marino ialah suatu sijil yang bersifat amat mudah alih. Sesiapa sahaja berpotensi untuk mengesahkan sijil tanpa perlu memuat turun aplikasi tertentu. Penggunaan teknologi rantaian blok VeChain dan khususnya NFT yang membolehkan peningkatan keyakinan terhadap kesahihan maklumat ini."

Renato Grottola, VP and Global Innovation & Growth Director in DNV (left) and Roberto Ciavatta, Secretary of State, Ministry of Health and Social Security, Republic of San Marino (right)
Renato Grottola, VP and Global Innovation & Growth Director in DNV (left) and Roberto Ciavatta, Secretary of State, Ministry of Health and Social Security, Republic of San Marino (right)

Sistem maklumat negara telah disediakan untuk membolehkan muat turun sijil dilakukan secara langsung daripada rekod elektronik milik seseorang individu. Semua pemprosesan data peribadi adalah mengikut Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR). Set data minimum yang diperlukan untuk mengesahkan kesahihan tidak termasuk sebarang data peribadi.

Sunny Lu, Ketua Pegawai Eksekutif VeChain berkata, "Tidak lama setelah kami memperkenalkan idea NFT perusahaan, Sijil Digital Covid menjadi kes yang sempurna dalam sektor ini yang juga merupakan penyelesaian baharu bagi membantu kerajaan memperoleh sokongan dalam memerangi COVID-19. VeChainThor menyediakan infrastruktur yang seimbang bagi sektor kerajaan, awam dan swasta untuk bekerjasama mewujudkan sistem pengesahan tunggal yang standard."

Penyelesaian Rantaian Blok 

Sijil Digital Covid San Marino menggunakan kunci awam untuk pengeluaran dan pengesahan bagi memastikan integriti, kesahihan dan kawalan data yang terkandung di dalamnya. Penyelesaian ini dihasilkan daripada gabungan sinergi antara San Marino Innovation S.p.A, pasukan bersama DNV dan VeChain serta Sekretariat Negara bagi Kesihatan Republik San Marino.

Menurut Kementerian Kesihatan dan Keselamatan Sosial, pembangunan yang amat cekap ini adalah sepenuhnya hasil daripada kejayaan kerjasama pelbagai lapisan antara entiti awam San Marino dengan rakan niaga swasta DNV dan VeChain. Penyelesaian dan teknologi di sebaliknya telah dibentangkan pada bulan Jun kepada WHO dalam mesyuarat Jawatankuasa Eropah serta dana RDIF Rusia.

Contoh sijil: https://www.sanmarinortv.sm/uploads/media/media/60/60c0efffdc68c004413824.pdf

Institute for Innovation, Republik San Marino 

Institute for Innovation Republik San Marino ialah sebuah syarikat swasta milik negara. Institut ini mempunyai tugas utama untuk mewujudkan ekosistem bagi pembangunan inovasi di Republik ini dalam menyokong inkubasi perusahaan berteknologi tinggi. Malahan, ia turut menyokong negara dalam pelaksanaan teknologi inovatif untuk memberi perkhidmatan kepada warganegara dan pentadbiran awam.

DNV 

DNV ialah penyedia jaminan dan pengurusan risiko bebas yang beroperasi di lebih 100 buah negara. Melalui penyelesaian penilaian dan jaminan digital, DNV membantu syarikat membina kepercayaan dan ketelusan berkaitan produk, aset, rantaian dan ekosistem bekalan.  Melalui gabungan kelestarian, rantaian bekalan dan kepakaran digital, DNV berusaha untuk mewujudkan model jaminan baharu yang membolehkan ketelusan interaksi dan transaksi di seluruh rantaian nilai. Dengan memanfaatkan kepakaran teknikal dan industri kami yang luas, kami bekerjasama dengan syarikat-syarikat di seluruh dunia untuk menghubungkan jurang kepercayaan dalam kalangan pengguna, pengeluar dan pembekal.

VeChain 

Ditubuhkan pada tahun 2015, VeChain berhasrat untuk menghubungkan teknologi rantaian blok dengan dunia sebenar melalui ekosistem yang dibina khas untuk perniagaan. VeChain mempelopori penggunaan rantaian blok awam dalam kes penggunaan dunia sebenar serta telah bekerjasama dengan syarikat awam dan swasta yang besar pada skala global.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1558795/picture1.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/738221/VeChain_Logo.jpg?p=medium600   

Source: VeChain
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Blockchain