omniture

Tinjauan Kepuasan Seks Asia-Pasifik yang terkini membuka mata ke atas krisis perhubungan yang dihadapi oleh pasangan

Menarini Group
2013-05-30 09:00 366

SINGAPURA, 30 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Tinjauan Kelakuan dan Kepuasan Seks Menarini Asia-Pacific mendedahkan bahawa lebih 50 peratus daripada pasangan tidak berpuas hati di dalam bilik tidur

Dan hampir satu daripada tiga orang lelaki mengalami salah satu jenis ejakulasi pramatang berdasarkan diagnosis yang menggunakan Alat Diagnostik Ejakulasi Pramatang (Premature Ejaculation Diagnostic Tool, PEDT)

Lebih daripada 80 peratus responden yang melaporkan pengalaman mengalami ejakulasi pramatang mengatakan bahawa ia mempunyai kesan negatif ke atas perhubungan mereka dengan pasangan

Salah satu daripada tinjauan terbesar terhadap kepuasan seksual di Asia-Pasifik hari ini mendedahkan tahap tekanan dan kekecewaan yang dialami oleh lelaki serta pasangan mereka disebabkan oleh ejakulasi pramatang (premature ejaculation, "PE") amat serius. Hasil daripada tinjauan tersebut menunjukkan kesan kawalan klimaks ke atas hubungan antara lelaki dan wanita dan sebab lelaki dan wanita tidak mencari bantuan.

Tinjauan ini, yang boleh diakses di www.controlpe.com, dilaksanakan oleh Kantar Health yang ditugaskan oleh syarikat biofarmaseutikal antarabangsa Menarini Asia-Pacific. Lelaki dan wanita dari sembilan negara, termasuk Australia, China, Hong Kong, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand terlibat dalam tinjauan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Menarini Asia-Pacific, John A. Graham berkata: "Tinjauan ini mendedahkan keadaan sebenar kesan kepuasan seksual terhadap hubungan lelaki dan wanita di Asia-Pasifik. Ia amat membimbangkan apabila ramai pasangan menyuarakan kekecewaan dengan kehidupan seks mereka. Lebih penting lagi, tinjauan ini tahap  kesan ejakulasi pramatang ke atas pasangan, dari segi keyakinan diri dan perhubungan mereka."

Quantiti adalah penting, begitu juga dengan kualiti

Tiga daripada empat orang di rantau Asia-Pasifik menginginkan hubungan seks yang lebih kerap. Namun, kepuasan seksual juga sama penting, dan dua daripada tiga responden (67 peratus) mempercayai bahawa kepuasan seksual bersama memainkan peranan yang sangat ketara atau amat penting dalam hubungan yang berjaya.

Kepuasan seksual dan keharmonian hubungan antara lelaki dan wanita amat terjejas disebabkan oleh ejakulasi pramatang -- kegagalan seksual yang paling biasa di kalangan lelaki

Tinjauan tersebut mendedahkan bahawa ejakulasi pramatang adalah masalah perubatan yang tersebar luas di rantau ini, dengan hampir satu daripada tiga lelaki di Asia-Pasifik didapati mengalami salah satu jenis PE mengikut diagnosis Alat Diagnosis Ejakulasi Pramatang (Premature Ejaculation Diagnosis Tool, PEDT).

Di antara responden yang melaporkan PE, 30 peratus lelaki dan 40 peratus wanita berkata ia menyebabkan mereka mengelakkan hubungan seks sepenuhnya.

Dari segi hubungan dengan pasangan mereka, 44 peratus daripada pasangan berkata PE menyebabkan jurang antara hubungan mereka dengan pasangan menjadi lebih besar. Dalam kes terburuk, 15 peratus lelaki dan 14 peratus wanita berkata PE boleh membawa kepada perpisahan sebenar atau penceraian.

Berbicara mengenai ejakulasi pramatang -- pakar menekankan kepentingan berbincang secara terbuka dengan pasangan anda

Walaupun terggangu dengan isu dalam hubungan dan kepuasan seksual disebabkan oleh PE,  kebanyakan lelaki dan wanita tidak berbincang tentangnya, dan halangan terbesar di antara mereka berpunca daripada perasaan malu yang dikaitkan dengan keadaan ini.

Profesor Ganesh Adaikan, Pakar Seksologi Klinikal di Pusat Wanita Hospital Universiti Kebangsaan Singapura, berkata: "Walaupun perbincangan mengenai seks seolah-olah lebih terbuka pada masa kini, ejakulasi pramatang masih perkara yang pantang.  Seperti yang didedahkan dalam tinjaun ini, PE membawa stigma yang besar kepada lelaki dan wanita, dan menghalang mereka daripada berbincang bersama dengan jujur. Mereka harus tahu mereka bukan bersendirian, dan kepuasan seksual berada dalam kawalan mereka."

Kebanyakan lelaki dan wanita yang terjejas kerana isu ini enggan mendapatkan bantuan

Berkenaan dengan inisiatif  mencari bantuan untuk ejakulasi pramatang,

  • Hampir lapan daripada sepuluh lelaki yang menghidapi salah satu jenis PE kekal belum melalui proses diagnosis
  • 55 peratus menyenaraikan kekurangan pemahaman mengenai PE sebagai halangan utama untuk berjumpa dengan doktor. Ada juga yang mempercayai bahawa PE disebabkan oleh tekanan, keletihan, gaya hidup atau kekurangan pengalaman, dan ia mungkin dapat diselesaikan dengan sendiri selepas seketika dan ia tidak perlu dirawati
  • Hampir separuh  berkata mereka tidak mengambil tindakan kerana stigma dan rasa malu
  • Untuk wanita di mana pasangan lelakinya menghadapi PE, 47 peratus tidak pernah menggalakkan pasangan lelaki mereka untuk mendapatkan rawatan

Dr Chris McMahon, Pakar Kesihatan Seksual dan Bahagian Pakar Perubatan Seksual Fellow Kolej Diraja Australia, berkata, "Ketika menghadapi isu kegagalan seksual, perbincangan merupakan langkah pertama ke arah menangani masalah ini. Mendapatkan rawatan tidaklah sukar seperti mana yang difikirkan dan ia menjadi langkah penting untuk diambil jika pasangan memang serius tentang memperbaiki kehidupan seks mereka dan mengukuhkan hubungan mereka. Mulakan perbincangan awal supaya rawatan boleh dimulakan lebih awal, demi kejayaan dan kepuasan yang lebih baik."

Mengenai Tinjauan Kelakuan dan Kepuasan Seks Menarini Asia-Pacific

Tinjauan Kelakuan dan Kepuasan Seks Menarini Asia-Pacific melibatkan lebih 3,500 lelaki dan wanita berumur 18-45 tahun dari sembilan negara di Asia-Pasifik, termasuk Australia, China, Hong Kong, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand, untuk memahami kesan ejakulasi pramatang ke atas perhubungan dan kepuasan seksual pasangan. Tinjauan ini, yang dilaksanakan oleh Kantar Health dan ditajai oleh Menarini Asia-Pacific, telah dijalankan di antara 18 Mac 2013 dan 2 April 2013, dan merangkumi lima soalan Alat Diagnosis Ejakulasi Pramatang (Premature Ejaculation Diagnostic Tool, PEDT), alat yang diperakui bagi mendiagnosis ejakulasi pramatang. Menarini komited terhadap meningkatkan kesedaran tentang PE yang kurang dikesan, kurang diagnosis dan kurang dirawati. 1,2

Untuk melihat hasil tinjauan serantau yang lengkap, sila lawat [www.controlpe.com]

Mengenai ejakulasi pramatang

Ejakulasi pramatang adalah kegagalan seksual paling biasa yang dihadapi oleh lelaki dan bercirikan kesukaran dalam pengawalan ejakulasi. Ejakulasi pramatang diperakui sebagai keadaan perubatan oleh organisasi kesihatan global seperti Organisasi Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO), Persatuan Urologi Amerika Syarikat (American Urological Association, AUA), Persatuan Psikologi Amerika Syarikat (American Psychological Association, APA) dan Persatuan Antarabangsa Perubatan Seksual (International Society of Sexual Medicine, ISSM) 4,5,6,7,8  . Rawatan berkesan bagi PE boleh memperbaiki kawalan ke atas ejakulasi dan meningkatkan kepuasan seksual dan kualiti kehidupan keseluruhan bagi kedua-dua lelaki dan pasangan mereka.3

Untuk maklumat lanjut mengenai ejakulasi pramatang atau PEDT, sila lawat www.controlpe.com.

Mengenai Menarini

Menarini adalah syarikat biofarmaseutikal yang terbesar di Itali dan ditubuhkan sejak 127 tahun dahulu. Menarini kini bertapak di lebih daripada 100 negara dan mempunyai seramai 17,000 pekerja. Visi Menarini Asia Pacific adalah sebagai pengedar terkemuka jenama barangan kesihatan untuk meningkatkan kesihatan penggunanya. Menarini Asia-Pacific beroperasi merentasi keseluruhan bidang komersial, daripada kelulusan kawal selia dan pelancaran produk hingga ke pengurusan kitar hayat. Jenama Menarini Asia Pacific kini boleh didapati di bidang therapeutik utama seperti dermatologi, kesihatan am, allergi/respiratori, cardiovaskular, oncologi, kesihatan lelaki and produk kesihatan konsumer.

Untuk maklumat lanjut sila lawat: www.menariniapac.com

Rujukan

  1. Wespes E, Eardley AE, Giuliano F, Hatzichristou D, Hatzimouratidis K, Montorsi F, et al. European Association of Urology: Guidelines Male Sexual Dysfunction: Erectile dysfunction and premature ejaculation. [Internet] 2013 Mar [cited 2013 Mar 18]. Available from: http://www.uroweb.org/fileadmin/guidelines/2012_Guidelines_large_text_print_total_file.pdf.
  2. Sotomayor M. The burden of premature ejaculation: the patient's perspective. J Sex Med. 2005;2 Suppl 2:110-114.
  3. Revicki D, Howard K, Hanlon J, Mannix S, Greene A, Rothman M. Characterizing the burden of premature ejaculation from a patient and partner perspective: a multi-country qualitative analysis. Health Qual Life Outcomes. 2008;6:33.
  4. McMahon CG, Lee G, Park JK, Adaikan PG. Premature ejaculation and erectile dysfunction prevalence and attitudes in the Asia-Pacific region. J Sex Med 2012;9(2):454-65.
  5. Althof SE, Abdo CH, Dean J, Hackett G, McCabe M, McMahon CG, et al. International Society for Sexual Medicine's guidelines for the diagnosis and treatment of premature ejaculation. J Sex Med 2010;7(9):2947-69.
  6. Rowland DL, Patrick DL, Rothman M, Gagnon DD. The psychological burden of premature ejaculation. J Urol. 2007 Mar; 177(3): 1065-70.
  7. Sharlip I. Diagnosis and treatment of premature ejaculation: the physician's perspective. J Sex Med. 2005. May; 2 Suppl 2(1): 103-9.
  8. Gurkan L, Oommen M, Hellstrom WJ. Premature ejaculation: current and future treatments. Asian J Androl 2008;10(1):102-09.

SUMBER  Menarini Group

Source: Menarini Group
Keywords: Health Care/Hospital Survey, Polls & Research