omniture

Teknologi kabel superkonduktor untuk transmisi kuasa DC: ASG menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Chubu University

ASG Superconductors S.p.A
2021-07-08 13:53 23

GENOA, Itali, 8 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Chubu University dan ASG Superconductors mengumumkan kerjasama menandatangani Memorandum Persefahaman untuk mempercepat pembangunan dan promosi teknologi kabel superkonduktor bagi transmisi kuasa DC jarak jauh mereka.

 

Melangkah ke arah dunia yang lebih hijau dan lebih lestari, transmisi kuasa DC melalui superkonduktor dijangka akan memainkan peranan penting dalam grid kuasa, bandar-bandar pintar dan pelabuhan hijau serta semua kawasan yang memerlukan kuasa yang sangat tinggi dan juga aktiviti-aktiviti yang terlibat dengan elektrifikasi secara positif, terutama apabila tenaga boleh diperbaharui menjadi sebahagian besar daripada sumber bekalan kuasa.

Transmisi tenaga pada jarak yang jauh secara amnya menimbulkan masalah kepada alam sekitar kerana jejak talian yang besar dan pemanasan tanah yang berpunca daripada lesapan tenaga. Teknologi superkonduktor membolehkan impak alam sekitar dibendung (-10X kuantiti dan jejak bahan) dan tidak menyebabkan kehilangan kuasa malah mengurangkan kos pemasangan dan operasi dengan ketara.

Chubu University, dengan sokongan kerajaan dan industri Jepun telah mempromosikan pembangunan teknologi superkonduktor transmisi DC selama lebih 15 tahun untuk dilaksanakan ke dalam masyarakat, termasuk pembinaan dan pengendalian talian transmisi DC 1,000 m terpanjang di dunia dan talian 500 m yang memperlihatkan transmisi kuasa dari loji kuasa solar ke pusat data Internet.

ASG pula mempunyai pengalaman selama 60 tahun dalam pembangunan magnet, sistem dan peranti superkonduktor untuk aplikasi perubatan dan gabungan tenaga Fizik Bertenaga Tinggi - MRI, sedang aktif mengusahakan aplikasi baharu superkonduktor dengan bahan Superkonduktor Bersuhu Tinggi dan MgB2 untuk mencapai penyelesaian kos yang cekap dalam sistem kualiti kuasa dan industri.

Prof. Motojima dari Universiti Chubu mendedahkan: "Saya amat percaya bahawa dengan gabungan pengalaman, pengetahuan dan usaha berterusan di Universiti Chubu dan ASG, kita dapat mencipta suatu inovasi dalam sistem grid kuasa untuk mewujudkan masyarakat rendah karbon dalam masa beberapa tahun lagi. Saya berharap kerjasama dalam memanfaatkan kepakaran dan sumber ini akan membuahkan sinergi sekali gus menghasilkan pembangunan yang pantas dan cekap dalam mencapai matlamat kami yang akan memberi manfaat kepada masyarakat secara global."

"Perjanjian ini merupakan satu lagi langkah penting untuk meningkatkan kedudukan kami dalam membangunkan teknologi kabel superkonduktor yang inovatif," kata Sergio Frattini, Ketua Pegawai Eksekutif ASG Superconductors. "Hasil kerjasama dengan rakan yang pakar dan berprestij seperti Chubu University akan mempermudah ASG meneroka dan membangunkan bahan, wayar dan sistem superkonduktor bersuhu tinggi untuk penghantaran dan penyimpanan tenaga hijau serta penggunaan tenaga yang tinggi dalam proses perindustrian."

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1558969/ASG_and_Chubu_video.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1558956/asg_superconductor_cable_technology.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1558955/ASG_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1558954/Chubu_University_Logo.jpg?p=medium600

ASG_Superconductor_Cable_Technology
ASG_Superconductor_Cable_Technology

 

 

 

 

Source: ASG Superconductors S.p.A
Keywords: Alternative Energies Broadcast Technology Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Education Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Higher Education Internet Technology Oil/Energy Semiconductors Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities Wireless Communications Contracts Corporate Expansion Corporate Social Responsibility Environmental Issues Financing agreements Joint ventures New products/services