omniture

Pendapatan Jualan Produk Terlaris Hisense Melonjak 209%, Tonjolkan Kejayaan Teknologi dan Jenama di Eropah

Hisense
2021-07-08 18:57 304

QINGDAO, China, 8 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Perlawanan akhir UEFA EURO 2020 bakal bermula tidak lama lagi. Walaupun perlawanan ini ditangguh ekoran Covid-19, namun demikian keterujaan peminat sukan bola sepak tidak berkurangan. Sebagai penaja global rasmi UEFA EURO 2020, Hisense telah melancarkan beberapa kempen pemasaran dan menerima banyak pujian daripada peminat bola sepak yang berjaya mengukuhkan kehebatan dan pengaruh jenama Hisense.

Menurut Hisense, dari Januari hingga Jun 2021, jumlah pendapatan jualan ULED TV U7 dan U8 di UK, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Rusia meningkat sebanyak 209% berbanding tahun sebelumnya (YoY) dan jumlah jualan meningkat sebanyak 145% berbanding tahun sebelumnya. Hasilnya, pendapatan suku pertama (Q1) 2021 Hisense mencecah $5.366 bilion, dengan pertumbuhan sebanyak 66.65% berbanding tahun sebelumnya; pendapatan luar negara dari Januari hingga Mac mencecah $2.26 bilion, menyumbang sebanyak 42.1% daripada jumlah pendapatan.

Zon-peminat EURO 2020 meningkatkan pengalaman tontonan perlawanan 

Sebagai penaja rasmi, Hisense memperoleh peluang pendedahan jenama yang eksklusif dengan penampilan di Menara Festival zon-Peminat yang membantu Hisense meningkatkan kesedaran jenamanya. Selain itu, Hisense membangunkan beberapa paparan iklan di zon-Peminat bagi menayangkan produk Terlarisnya.

Jumlah pengguna yang menonton perlawanan melalui aplikasi UEFA.tv di Hisense Smart TV VIDAA Platform mengalami pertumbuhan besar dan jumlah pengguna juga telah meningkat dua kali ganda hanya dalam tempoh tiga bulan.

Kempen media sosial meningkatkan pengalaman EURO 2020

Hisense menghasilkan banyak kempen media sosial yang interaktif dan menarik bagi meningkatkan penglibatan peminat bola sepak untuk EURO 2020. Sebagai contoh, kempen video #UpgradeYourHome Hisense dan duta global Dwyane Wade mencecah lebih 1.69 juta tontonan di YouTube dan 176 ribu tontonan di Instagram.

Mulai 4 Julai hingga 12 Julai, Hisense melancarkan pemberian hadiah percuma yang istimewa di Twitter untuk pengguna Jerman bagi memenangi kad hadiah Amazon bernilai €50 dan rebat tunai €150 apabila membeli di laman sesawang Amazon Germany.

Produk berkualiti dan inovasi teknologi merupakan kunci kejayaan 

Melalui penajaan acara-acara utama di dunia, teknologi dan produk Hisense menerima banyak pengiktirafan.

Hisense melancarkan ULED TV U7 dan U8 sebagai produk terlaris EURO 2020 untuk memberikan pengalaman tontonan perlawanan yang sempurna kepada peminat bola sepak. Kedua-dua televisyen berkenaan direka dengan baik, dengan model-model nipis yang padat dengan ciri menggabungkan pemprosesan imej AI, Dolby Vision HDR dan rangkaian penuh perkhidmatan penstriman. Di samping itu, kedua-dua televisyen tersebut juga didatangkan dengan Mod Sukan yang mengoptimumkan bunyi dan penglihatan untuk perlawanan. Selain itu, dengan aplikasi UEFA.tv, pengguna boleh berkongsi perlawanan yang menarik bersama rakan-rakan rapat, semuanya hanya dengan satu klik jari.

Selama bertahun-tahun, pemasaran sukan telah menjadi taktik penting dalam strategi globalisasi Hisense. Hasilnya, mulai Januari hingga Mei 2021, pengeluaran TV Hisense Group (Hisense dan Toshiba) tersenarai di kedudukan pertama di Jepun dan TV Hisense tersenarai di tempat ke-2 di Australia dari segi jumlah jualan. Di samping itu, faedah-faedah daripada kempen media sosial dan pemasaran global, pengiktirafan jenama global Hisense mengalami peningkatan mendadak. Melangkah ke hadapan, Hisense akan terus memberi tumpuan pada inovasi teknologi dan pembangunan produk, bagi mengukuhkan lagi reputasi dan juga daya saing jenama ini.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements Sales reports