omniture

Microsoft mengumumkan pemenang dan finalis Rakan Niaga Terbaik 2021

Microsoft Corp.
2021-07-09 01:00 85

Rakan niaga diiktiraf atas penyelesaian inovatif dan menjadikan sesuatu lebih mudah untuk para pelanggan di seluruh dunia

REDMOND, Washington, 8 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pada Khamis, Microsoft Corp. mengumumkan pemenang dan finalis Anugerah Rakan Niaga Terbaik Microsoft 2021. Anugerah tahunan ini mengiktiraf rakan niaga Microsoft yang menunjukkan kecemerlangan dalam inovasi dan pelaksanaan penyelesaian pelanggan berdasarkan teknologi Microsoft. Pemenang dan finalis anugerah tersebut dari seluruh dunia akan diiktiraf di acara Microsoft Inspire yang diadakan secara digital sepenuhnya pada 14-15 Julai 2021.

Pada tahun ini, Microsoft memperakui rakan niaga dalam 56 kategori yang meraikan setiap bidang penyelesaian, industri dan sektor yang menggunakan teknologi Microsoft secara global. Beberapa anugerah dan kategori baharu telah diumumkan pada tahun ini, termasuk kategori Impak Sosial baharu, yang meliputi maklum balas, keterangkuman dan kelestarian komuniti.

Microsoft memilih para finalis dan pemenang untuk semua Anugerah Rakan Niaga Terbaik daripada lebih 4,400 pencalonan yang dikumpulkan dari lebih 100 buah negara yang berbeza di seluruh dunia. Para pemohon dinilai berdasarkan komitmen mereka kepada pelanggan, kesan penyelesaian mereka terhadap pasaran dan penggunaan teknologi Microsoft yang boleh dicontohi.

" Mengumumkan pemenang dan finalis untuk Anugerah Rakan Niaga Terbaik sentiasa menjadi acara kemuncak bagi kami setiap tahun," kata Rodney Clark, naib presiden korporat, Penyelesaian Rakan Niaga Global, Jualan Saluran dan Ketua Saluran di Microsoft. "Syarikat-syarikat ini membawa penyelesaian inovatif kepada cabaran perniagaan yang rumit dan menyediakan peluang transformasi digital kepada pelanggan mereka daripada sistem awan hingga pinggir. Tahniah kepada setiap pemenang dan finalis atas pencapaian luar biasa ini."

Butiran tambahan berkenaan Anugerah Rakan Niaga Terbaik Microsoft 2021 boleh didapati dalam blog Rangkaian Rakan Niaga Microsoft yang dikemas kini:  https://blogs.partner.microsoft.com/mpn/congratulations-to-the-2021-microsoft-partner-of-the-year-awards-winners-and-finalists .

Senarai lengkap kategori, pemenang dan finalis, termasuk pemenang Anugerah Rakan Negara Terbaik Microsoft 2021, boleh didapati di  https://partner.microsoft.com/en-us/inspire/awards .

Tentang Microsoft Inspire
Microsoft Inspire ialah acara rakan niaga tahunan yang terbesar. Persidangan ini menghimpunkan rakan niaga dari seluruh dunia, peneraju industri dan pakar Microsoft untuk membincangkan inovasi awan Microsoft, menyediakan peluang kepada pertumbuhan dan keuntungan rakan niaga, serta sebagai laluan untuk mewujudkan dan mengukuhkan hubungan. Pada tahun ini, acara Inspire akan diadakan pada 14–15 Julai 2021. Maklumat lanjut boleh didapati di  https://partner.microsoft.com/en-us/inspire .

Tentang Microsoft
Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) membolehkan transformasi digital menuju era awan pintar dan pinggir pintar. Misi syarikat tersebut adalah untuk memperkasakan setiap individu dan setiap organisasi di dunia demi mencapai lebih banyak kejayaan.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/24227/Microsoft_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Awards Future Events