omniture

Gabungan yang hebat - IGEL Electric dan Solcon Industries bergabung tenaga

Solcon Industries Ltd.; IGEL® Electric GmbH
2021-07-09 08:00 54

DORTMUND, Jerman, 9 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat penjana motor berkeadaan pepejal, Solcon Industries dan pakar teknologi pemanduan yang terkemuka, IGEL Electric merancang untuk menggabungkan kekuatan mereka dan bergabung di bawah jenama SOLCON IGEL – POWERED.

 

 

SOLCON IGEL – POWERED akan menjadi sebuah syarikat terkemuka dalam industri, dengan penggabungan tersebut mempercepat pertumbuhan dan memaksimumkan liputan geografi organisasi tersebut serta terus memberi tumpuan kepada penyampaian sokongan pelanggan bertaraf dunia dan logistik yang dipertingkatkan.

Gabungan organisasi ini akan menampilkan portfolio produk, perkhidmatan dan penyelesaian percuma yang lebih luas di bawah visi dan strategi pertumbuhan bersama. (http://www.solconigel.com/)

Itai Zifroni, Ketua Pegawai Eksekutif Solcon Industries berkata "Penggabungan tenaga akan meningkatkan keupayaan, saiz dan keluasan geografi perniagaan kami dengan ketara. Kami telah mengenal pasti sinergi besar antara kami yang akan menghasilkan pendapatan yang lebih besar, menggabungkan bakat dan teknologi serta memacu jangkauan global sambil membolehkan kami mengurangkan kos asas kami. Kami percaya penggabungan ini menyediakan peluang luar biasa yang akan memberi manfaat kepada pelanggan Solcon dan IGEL, para pekerja dan keseluruhanan rangkaian pengedar kami di seluruh dunia".

Michael Kleiböhmer, Ketua Pegawai Eksekutif IGEL Electric bersetuju: "Penggabungan ini adalah tepat pada masanya. Para pelanggan kami memberikan perkhidmatan kepada pasaran global dengan pemasangan di seluruh dunia dan SOLCON IGEL – POWERED akan menjadi rakan niaga yang lebih menarik kerana kami dapat menyokong pemasangan dengan lebih baik walau di mana sahaja. Menggabungkan pengetahuan teknikal kami akan menghasilkan produk dan penggunaan yang lebih baik. Ini benar-benar merupakan situasi yang menguntungkan bagi semua pihak berkepentingan dan rakan niaga."

Tentang Solcon Industries 

Solcon Industries Ltd (www.solcon.com) ialah sebuah syarikat elektronik kuasa yang telah mereka bentuk, membangun dan mengeluarkan sistem elektronik perindustrian selama lebih 40 tahun. Sebagai peneraju industri global dalam teknologi pemula lembut dan kawalan motor, Solcon menyediakan penyelesaian untuk penggunaan yang paling sukar dalam semua industri utama.

Kriteria reka bentuk terbina medan Solcon memastikan kebolehpercayaan produk jangka panjang dan menyediakan penyelesaian inovatif yang berfokuskan masa hadapan. Pendekatan ini telah membolehkan syarikat memberikan perkhidmatan kepada lebih 76 buah negara di seluruh dunia.

Tentang IGEL Electric 

IGEL® Electric GmbH ( www.igelelectric.de ) telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan merupakan bahagian asal kepada "FANAL" Group Wuppertal serta mempunyai gabungan pengalaman selama lebih 100 tahun dalam teknologi pemanduan. Sebagai pakar dalam teknologi pemanduan, IGEL mengintegrasikan motor dan sistem kendiri selain daripada membekalkan penyelesaian yang dibuat khas untuk penyelesaian individu yang berdasarkan reka bentuk canggih.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi: 

Dina Slutzkin, Pengurus Pemasaran Global
dina.s@solcon.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1557589/Solcon_Igel_Logo.jpg?p=medium600

Source: Solcon Industries Ltd.; IGEL® Electric GmbH
Keywords: Auto Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Transportation Utilities Acquisitions, mergers, takeovers