EDENKOBEN, Jerman, 2 Julai 2021 /PRNewswire/ – European Wellness Biomedical Group (European Wellness) melalui cawangan pendidikannya, European Wellness Academy (EWA), telah menandatangani Surat Hasrat (LOI) dengan Kerajaan Rakyat Zhifu Bandar Yantai, Wilayah Shandong, China untuk menubuhkan Pusat Pendidikan Perubatan Regeneratif Biologi Antarabangsa pertama di Wilayah Shandong melalui acara Menghubungkan Shandong dengan syarikat Fortune Global 500 & Pengeratan Kerjasama Shandong – EU.
"Prof. Dato’ Sri Dr. Mike Chan dalam sesi penandatanganan antarabangsa secara langsung yang melibatkan syarikat Fortune Global 500."
Dalam sesi penandatanganan digital secara langsung, kedua-dua pihak telah bersetuju dengan satu usahasama yang akan menyaksikan jumlah pelaburan sebanyak RMB 100 juta (USD 15.4 juta) untuk membangunkan dan melancarkan pusat pendidikan perubatan regeneratif biologi yang bertaraf dunia untuk pengurusan penyakit dan estetika di Bandar Yantai, China.
Projek berjuta dolar tiba pada ketika di mana perubatan regeneratif biologi telah muncul dengan pantas sebagai bidang yang penting, di peringkat global dan di China, tatkala kebimbangan kesihatan yang meningkat. Kolaborasi ini akan melengkapi usaha untuk meningkatkan sumber, latihan, dan pengetahuan dalam perubatan regeneratif bersepadu dalam wilayah ini untuk memenuhi permintaan semasa dan masa hadapan.
EWA diwakili oleh Pengerusi Kumpulannya, Prof. Dato' Sri Dr. Mike Chan, dalam sesi penandatanganan yang dihoskan oleh Jawatankuasa Parti Wilayah Shandong dan diselia oleh Pejabat Kerajaan Perbandaran, bersama dengan wakil-wakil daripada syarikat Fortune Global 500 yang termasuk Pengerusi Lembaga Eksekutif Continental, Naib Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Pirelli, dan Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik Saint-Gobain.
"Beban penyakit kronik dunia meningkat dengan pantas. Perubatan regeneratif ialah masa hadapan dan masa kini. Untuk menangani keperluan masa hadapan, latihan pendidikan adalah penting; bilangan profesional perubatan dan pengamal kesejahteraan atasan perlulah memenuhi permintaan yang akan datang," kata Prof. Dato' Sri Dr. Mike Chan, Ketua Jawatankuasa Saintifik bagi Perubatan Regeneratif Persatuan Perubatan Pencegahan, Regeneratif dan Anti Penuaan Eropah (European Society of Preventative, Regenerative and Anti-Aging Medicine, ESAAM).
European Wellness Academy
Terletak di Jerman, Switzerland, Greece dan Malaysia, EWA ialah badan berdaftar CPD dengan cawangan latihan dan pembangunan premium yang berkisarkan modaliti Perubatan Bio-Regeneratif termaju untuk pengamal dan penyelidik. Akademi ini mempunyai bertahun-tahun pengalaman klinikal gabungan yang meluas dan pasukan akademik teras terdiri daripada doctor perubatan bertauliah dan para saintis, dengan pelbagai afililiasi dan akreditasi antarabangsa.