omniture

Kementerian Kewangan Arab Saudi: Pegawai IMF Sahkan Pemulihan Ekonomi Berterusan Arab Saudi

Saudi Ministry of Finance
2021-07-09 16:44 33

RIYADH, Arab Saudi, 9 Julai 2021 /PRNewswire/-- Pegawai IMF telah mengesahkan pemulihan ekonomi Arab Saudi yang berterusan dan kadar inflasi Indeks Harga Pengguna (CPI) yang perlahan dengan menyatakan bahawa mereka mengunjurkan pertumbuhan KDNK bukan berasaskan minyak bakal mencapai kadar 7% pada tahun ini dan 3.6% pada tahun 2022. IMF menjangkakan bahawa sektor swasta akan menerajui pertumbuhan pada tahun ini dengan mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 5.8% dan akan berterusan dalam jangka panjang dan sederhana dengan pertumbuhan purata sebanyak 4.8%. Pernyataan ini merupakan Kesimpulan perundingan Artikel IV 2021 yang dikeluarkan baru-baru ini. Pegawai tersebut memuji tindak balas Kerajaan Arab Saudi yang tegas dan pantas terhadap Pandemik Covid-19 dan penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Krisis yang cepat untuk mengurus dan menyelaraskan usaha agensi kerajaan serta pembaharuan besar-besaran yang telah dilaksanakan terlebih awal dalam kerangka kerja Wawasan 2030 Arab Saudi, yang memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi Arab Saudi mengatasi pandemik dan pendigitan yang semakin meningkat dalam perkhidmatan kerajaan dan kewangan, pembaharuan untuk meningkatkan mobiliti pasaran buruh serta penimbal dasar yang kukuh telah menunjukkan bahawa ekonomi negara dipersiapkan dengan baik untuk mengendalikan krisis COVID. Selain itu, Program Sokongan Pembiayaan Sektor Swasta yang dilancarkan oleh Bank Pusat Arab Saudi telah memberi sokongan kepada PKS dalam menghadapi cabaran pandemik.

Pegawai IMF tersebut turut mengesahkan bahawa dasar-dasar untuk menyokong ekonomi bukan berasaskan minyak telah berjaya dan pembentukan Jawatankuasa Tertinggi Tindak Balas Krisis adalah penting untuk menguruskan krisis dengan berkesan dan proaktif serta langkah-langkah awal yang ketat dalam membendung dan mengurangi penyakit telah menghadkan kes dan kadar kematian.

Bagi prestasi ekonomi semasa, pegawai tersebut percaya bahawa program kerjasama "Shareek" akan menawarkan insentif melalui sistem cukai, akses kepada kredit dan peraturan kawal selia baharu untuk menggalakkan pelaburan. Selain itu, mereka juga percaya bahawa pembaharuan dalam pasaran buruh (pembatalan sistem tajaan Kafala) akan menghasilkan pasaran yang lebih kompetitif dan menarik bagi ekspatriat berkemahiran tinggi. Tentang pembaharuan berterusan untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi kaum wanita, pegawai tersebut mengunjurkan kadar peningkatan penglibatan tenaga kerja wanita yang berterusan (dengan mata yang meningkat sebanyak 13 peratus kepada lebih 33 peratus di sepanjang dua tahun lalu). Mereka turut meramalkan bahawa kredit untuk sektor swasta akan berkembang dengan kukuh yang digalakkan melalui pinjaman perumahan dan PKS. Pegawai tersebut menjangkakan bahawa undang-undang keselamatan sosial baharu ini akan menjadi langkah penting dalam mengukuhkan rangka kerja untuk menyediakan sokongan pendapatan bagi golongan kurang berkemampuan.

Pegawai IMF tersebut menunjukkan bahawa tenaga boleh diperbaharui di Arab Saudi berpotensi besar dan ini bakal menarik pelabur swasta asing dan domestik. Mereka mengalu-alukan pengumuman kerajaan tentang Strategi Iklim Arab Saudi dan komitmen kepemimpinan negara tersebut untuk mengurangkan pelepasan GHG.

Dari segi kewangan dan ketelusan awam, para pegawai IMF ini mengesahkan bahawa perkembangan yang signifikan telah dibuat baru-baru ini untuk meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan dalam perolehan awam termasuk melalui "Platform Etimad". Ia memulakan pembaharuan pasaran modal pada kadar yang mengagumkan untuk meningkatkan kecairan dan kedalaman pasaran ekuiti dan bon tempatan termasuk memberi akses yang lebih besar kepada pelabur asing dan memperkenalkan produk derivatif kewangan. Pegawai IMF tersebut menyatakan bahawa kecairan sistem Perbankan berada pada tahap yang sangat baik.

Pernyataan Kesimpulan bagi rundingan Artikel IV 2021 menyentuh tentang rangkuman kewangan dan teknologi kewangan yang menunjukkan bahawa sektor teknologi kewangan di Arab Saudi mencapai kematangan yang pantas dengan sokongan daripada SAMA dan CMA. Pernyataan Kesimpulan ini menunjukkan bahawa kadar pertukaran tetap kekal menjadi pilihan terbaik kerana Arab Saudi mempunyai rizab yang tinggi dan lebih daripada mencukupi untuk kekal pada kadar yang tetap.

Tuan Yang Terutama Menteri Kewangan, Tuan Mohammed Al-Jadaan menyatakan bahawa Pernyataan Kesimpulan tersebut menyorot tentang petunjuk ekonomi Arab Saudi semasa dan akan datang dan kejayaannya dalam mengatasi halangan dan cabaran yang banyak yang dihadapi oleh dunia pada tahun ini dan tahun lalu. Ini menyumbang kepada pencapaian kewangan mapan yang meningkatkan keteguhan dan keutuhan ekonomi negara. Tuan Yang Terutama menekankan tentang peri pentingnya peranan pembaharuan ekonomi dan struktur yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam Wawasan 2030 Arab Saudi dan keberkesanannya dalam mencapai ekonomi mapan dan komprehensif. Pegawai IMF tersebut turut memuji usaha Kerajaan Arab Saudi untuk mengurangkan kesan ekonomi, sosial dan kesihatan akibat pandemik Covid-19.

Adalah penting untuk mengetahui bahawa pegawai misi IMF ini telah mengeluarkan pernyataan terdahulu tentang kesimpulan rundingan Artikel IV 2021 untuk Kerajaan Arab Saudi, yang telah dijalankan pada bulan April 2021. Pernyataan Kesimpulan ini mengesahkan hasil awal yang telah dicapai oleh pernyataan terdahulu.

Source: Saudi Ministry of Finance
Keywords: Banking/Financial Service Advocacy Group Opinion Economic news, trends, analysis