omniture

Sekolah Perniagaan IMD Keluarkan Pemeringkatan Daya Saing Dunia Ulang Tahun ke-25

IMD
2013-05-30 14:25 136

LAUSANNE, Switzerland, 30 Mei 2013 /PRNewswire/ -- IMD, sekolah perniagaan global berkedudukan tinggi yang bertapak di Switzerland, hari ini mengumumkan ulang tahun ke-25 pemeringkatan daya saing dunia, dengan melihat kepada 60 ekonomi dalam tahun 2013. 10 negara teratas yang berdaya saing bagi tahun 2013 adalah: AS (1), Switzerland (2), Hong Kong (3), Sweden (4), Singapura (5), Norway (6), Kanada (7), UAE (8), Jerman (9), dan Qatar (10).

Lihat semua pemeringkatan di:
http://www.worldcompetitiveness.com/Press

Kata laluan (sensitif huruf): wcy25IMD

Sorotan Pemeringkatan 2013

AS meraih kembali kedudukan No.1 pada tahun 2013, kesan daripada pemulihan sektor kewangan, lambakan inovasi teknologi dan syarikat yang berjaya.

China (21)dan Jepun (24) juga meningkatkan daya saing mereka. Untuk Jepun, Abekonomi menunjukkan impak awal ke atas dinamika ekonomi mereka.

Di Eropah, negara-negara yang bersaing paling sengit termasuklah Switzerland (2), Sweden (4) dan Jerman (9), di mana kejayaan mereka bergantung kepada pengilangan berorientasikan eksport, kepelbagaian ekonomi, perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang kukuh dan disiplin fiskal. Negara-negara lain di Eropah dikekang hebat oleh program-program jimat cermat yang menangguhkan proses pemulihan dan ia menimbulkan persoalan mengenai garis masa pelaksanaan langkah-langkah penjimatan ini.

Ekonomi-ekonomi BRICS mengalami nasib yang berbeza-beza. China (21) dan Rusia (42) meningkat naik dalam pemeringkatan tersebut, sementara India (40), Brazil (51)dan Afrika Selatan (53) menurun. Ekonomi-ekonomi baharu kebanyakannya masih kekal banyak bergantung kepada pemulihan ekonomi global, yang masih tertangguh.

Di Amerika Latin, Mexico (32) menyaksikan kebangkitan kecil dalam daya saingnya yang kini perlu diutuhkan melalui pelaksanaan berterusan perubahan semula bentuk struktur.

"Walaupun zon euro masih tersekat, kemunculan semula AS yang kuat pada kedudukan teratas pemeringkatan daya saing, dan berita baik dari Jepun, telah memulihkan semula debat mengenai jimat-cermat," kata Profesor Stephane Garelli, pengarah Pusat Daya Saing Dunia IMD. "Perubahan semula bentuk struktur tidak dapat dielakkan, tetapi pertumbuhan masih kekal sebagai sebuah prasyarat untuk berdaya saing. Tambahan pula, langkah-langkah jimat-cermat yang terlalu ketat selalunya memberi kesan buruk terhadap populasi. Akhirnya, negara-negara ini perlu memelihara kepaduan sosial bagi menghasilkan kesejahteraan."

"Memang benar, kadar daya saing rantau Eropah semakin merosot, tetapi Switzerland, Sweden, Jerman dan Norway merupakan kejayaan cemerlang. Amerika Latin juga mengecewakan, tetapi ada banyak syarikat-syarikat global yang hebat dalam rantau itu. Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan sangat berbeza daripada segi strategi daya saing dan prestasi mereka, tapi BRICS masih kekal sebagai negara-negara dengan peluang yang tinggi," kata Garelli.

"Akhirnya, pedoman penting untuk berdaya saing adalah mudah sahaja: hasilkan, pelbagaikan, eksport, labur dalam prasarana, didik, sokong SME, kuatkuasakan disiplin fiskal dan yang paling utama, kekalkan kepaduan sosial."

Pusat Daya Saing Dunia IMD adalah sebahagian daripada IMD

IMD adalah sebuah sekolah perniagaan berkedudukan tinggi. Kami pakar dalam menghasilkan pemimpin-pemimpin dunia melalui pendidikan eksekutif berimpak tinggi. Mengapa pilih IMD? Kami fokus 100% terhadap penghasilan eksekutif dunia sebenar. Kami menawarkan kecemerlangan Switzerland dengan perspektif global. Kami mempunyai pendekatan yang anjal, terkhusus dan berkesan (http://www.imd.org). Diterbitkan sejak tahun 1989, Buku Tahunan Daya Saing Dunia adalah laporan tahunan utama untuk daya saing negara-negara dunia.

HUBUNGI

Matthew Mortellaro
Telefon: +41-21-618-03-52
E-Mel: press.room@imd.org

SUMBER: IMD

Source: IMD
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research