omniture

Suruhanjaya Perancangan Nunavut Menyiarkan Kemas Kini Draf Pelan Penggunaan Tanah 2021 dengan Matlamat untuk Melindungi Alam Sekitar dan Menggalakkan Kesejahteraan Penduduk

Nunavut Planning Commission
2021-07-09 19:07 386

IQALUIT, Nuvanut, 9 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Bersempena dengan sambutan Hari Nunavut pada hari esok, Suruhanjaya Perancangan Nunavut (Nuvanut Planning Commission, NPC) telah mengeluarkan Draf Pelan Penggunaan Tanah 2021 yang dikemas kini iaitu yang terbesar di dunia dan meliputi satu perlima daripada keluasan tanah Kanada menyamai kira-kira 2.1 juta kilometer persegi daratan dan perairan.

Draf Pelan Penggunaan Tanah Nunavut (NDLUP) yang terkini ini merupakan hasil perundingan dan penglibatan besar-besaran Inuit, komuniti dan organisasinya, kerajaan persekutuan dan wilayah, organisasi alam sekitar dan hidupan liar serta kumpulan industri.

"Kami teruja untuk menyiarkan draf pelan yang dikemas kini ini yang menggunakan pendekatan mantap dalam memulihara dan melindungi kehidupan dan alam sekitar Nunavut yang terancam sambil menyokong pembangunan ekonomi yang mapan," kata Pengerusi Suruhanjaya, Andrew Nakashuk. "Ia menggambarkan tentang luahan yang kami dengar daripada warga Nunavut (Nunavummiut) dan mewakili kepentingan seluruh rakyat Kanada."

Draf Pelan Penggunaan Tanah Nunavut 2021 menetapkan garis panduan untuk penggunaan dan pembangunan sumber yang bertanggungjawab dalam Kawasan Penempatan Nunavut dan turut direka untuk:

  • Melindungi habitat hidupan liar yang kritikal iaitu karibu, burung hijrah, walrus, beruang kutub dan ikan paus yang diancam oleh perubahan iklim dan faktor-faktor lain;
  • Mengenal pasti bidang kepentingan komuniti yang utama; 
  • Menyokong peluang pembangunan ekonomi termasuk koridor infrastruktur Manitoba - Kivalliq;
  • Memberi pengecualian hak milik mineral sedia ada; dan
  • Memberi kepastian kepada pemilik tanah dan pengguna tentang lokasi dan masa sesuatu projek dan aktiviti ekonomi boleh dilaksanakan. 

NPC telah menerima pembiayaan sebanyak $2.5 juta daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Utara Kanada untuk mengadakan suatu pusingan pembicaraan umum tambahan di wilayah Kivalliq dan Kitikmeot untuk mengumpulkan lebih banyak maklum balas orang awam tentang draf pelan tersebut sebelum ia dihantar untuk kelulusan.

"Draf Pelan Penggunaan Tanah Nunavut merupakan dokumen yang sentiasa dikemas kini yang memberi bimbingan dan panduan masa hadapan kepada kami dengan menentukan dasar dan peranan penggunaan tanah yang menggalakkan pemuliharaan, pembangunan ekonomi dan kesihatan serta kesejahteraan penduduk," kata Pengarah Eksekutif NPC, Sharon Ehaloak. "Pihak Suruhanjaya amat sukacita menerima pembiayaan ini untuk memastikan bahawa kami menggunakannya dengan betul dan pelan kami ini menggambarkan sejarah dan budaya Nunavut serta penduduknya."

Draf Pelan Penggunaan Tanah 2021 dan latar belakang tentangnya boleh didapati di: https://www.nunavut.ca/ 

Tentang Suruhanjaya Perancangan Nunavut (NPC) Suruhanjaya Perancangan Nunavut (NPC) bertanggungjawab untuk pembangunan, pelaksanaan dan pemantauan pelan penggunaan tanah bagi penggunaan dan pembangunan sumber di dalam Kawasan Penempatan Nunavut. NPC telah ditubuhkan pada tahun 1993 di bawah Perjanjian Nunavut.  

Hubungan Media: Mike Murphy, Quinn Public Affairs, mike@quinnpublicaffairs, 613-220-9885

 

Source: Nunavut Planning Commission
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Conservation/Recycling Public Interest