omniture

Kajian Baharu Menunjukkan Peningkatan Kadar Penyembuhan yang Ketara dengan Terapi Luka Oksigen NATROX®

Inotec AMD, Ltd.
2021-07-12 06:00 38

Rawatan ini memberikan harapan cerah kepada pesakit yang menghidap luka kronik berterusan

CAMBRIDGE, England, 12 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Inotec AMD, pengeluar Terapi Luka Oksigen NATROX®, berbesar hati untuk berkongsi hasil ujian rawak terkawal (RCT) yang baru diterbitkan[1]. Ujian ini melibatkan 145 orang pesakit dengan ulser kaki diabetik (DFU) yang tidak sembuh sebelum ini dan membandingkan kesan antara penjagaan standard dengan gabungan penjagaan standard dan Terapi Luka Oksigen NATROX®. Pesakit yang melengkapkan terapi ini menunjukkan kadar penyembuhan yang lebih tinggi sebanyak 71% dan kadar pengurangan saiz luka yang lebih tinggi sebanyak 73% dengan menggunakan NATROX®. Hasil kajian ini memberi harapan kepada pesakit yang menghidap luka kronik.

Tentang NATROX®

Terapi Luka Oksigen NATROX® ialah peranti perubatan kelas II yang menggunakan ciri-ciri penyembuhan semula jadi oksigen. Produk ini direka secara khusus untuk menyembuhkan luka kronik. Pada asalnya, ia dicipta oleh pengasas syarikat untuk membantu seorang ahli keluarga yang mengalami kesakitan teruk akibat ulser yang tidak sembuh dan Inotec telah ditubuhkan untuk mengubah kualiti kehidupan pesakit luka kronik melalui terapi oksigen topikal yang inovatif. Disebabkan saiznya yang kecil, peranti ini mudah dibawa ke mana-mana dan ini bermakna pesakit mendapat rawatan sepanjang masa yang mendorong kepada hasil penyembuhan yang lebih baik.

Tentang kajian ini

Inotec telah menaja kajian ini untuk menyelidik kesan NATROX® pada DFU yang tidak sembuh sebelum ini. Dijalankan di 19 buah lokasi di Amerika Syarikat, ujian ini melibatkan 145 orang pesakit dengan 54% daripadanya berumur melebihi 65 tahun. Penyelidik Utama kajian ini, Dr. Thomas Serena merupakan seorang pakar penyembuhan luka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dr. Serena ialah bekas Presiden American Professional Wound Care Association (Persatuan Profesional Penjagaan Luka Amerika) dan kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif SerenaGroup®, penyedia penjagaan luka yang terkemuka. Pesakit yang layak, mengalami luka kronik selama 23-24 minggu sebelum memasuki tempoh terapi selama 12 minggu dan lebih separuh daripada peserta dalam kumpulan NATROX® mempunyai sejarah amputasi terdahulu. Adalah diperhatikan bahawa kajian ini diteruskan walaupun wujudnya protokol COVID-19 baharu yang menunjukkan bahawa rawatan ini adalah mudah dan ringkas.

Penggunaan AI yang inovatif

Semasa kajian ini dijalankan, luka diukur menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengurangkan ketaksetaraan kajian dan memastikan konsistensi di seluruh lokasi. Klinisian mengambil gambar luka tersebut, kemudian program AI mengenal pasti saiz luka secara automatik dan mengesan kadar penyembuhan.

Hasil kajian

Lebih 52% daripada pesakit yang dirawat dengan NATROX® sembuh dalam tempoh terapi selama 12 minggu, menunjukkan kadar penyembuhan yang lebih tinggi sebanyak 71% dan kadar pengurangan saiz luka yang lebih tinggi sebanyak 73% berbanding kumpulan kawalan. Penyelidik kajian menyimpulkan bahawa penggunaan NATROX® menyebabkan kadar penyembuhan yang signifikan secara statistik pada pesakit yang menghidap luka kronik.  Penyelidik juga mendapati bahawa penggunaan terapi oksigen topikal yang mudah digunakan dalam persekitaran penjagaan di rumah boleh mengurangkan beban kewangan penjagaan luka dalam jangka panjang.

Kos yang tinggi

Kos kewangan untuk menguruskan DFU telah dikenal pasti dengan baik[2],[3],[4]; namun kos terbesar ialah kesannya terhadap kualiti kehidupan dan kematian pesakit. Pesakit bukan sahaja mengalami pengurangan pergerakan, kehilangan kebebasan dan kewujudan campur tangan klinikal yang berterusan, malah banyak laporan tentang tahap kesakitannya memberi kesan yang negatif kepada aktiviti harian dan tidur[5].

Mengapa ia penting

Diabetes sedang meningkat dan diramalkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa di Amerika Syarikat akan menghidap diabetik menjelang tahun 2050[6], dengan 1 daripada 4 orang mengalami DFU ketika hayat mereka[2]. 50% daripada semua DFU mengalami jangkitan dan 20% berakhir dengan amputasi[3]. Malangnya, separuh daripada pesakit yang menjalani amputasi meninggal dunia dalam tempoh 5 tahun[4]; justeru itu, mencari pilihan rawatan yang berjaya adalah penting. Kajian ini menunjukkan bahawa Terapi Luka Oksigen NATROX® berupaya menjadi piawaian baharu dalam penjagaan luka dan memberi harapan kepada pesakit yang mengalami luka jangka panjang.

Rujukan

Untuk melihat semua rujukan, lihat kisah ini di laman web kami: https://bit.ly/NATROXstudy

Tentang Inotec AMD, Ltd.

Inotec AMD Ltd ialah sebuah syarikat yang pakar dalam penjagaan luka dan berpangkalan di Cambridge, England. Ditubuhkan khusus untuk memperkenalkan teknologi baharu kepada para profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia dan mempromosikan penyembuhan yang lebih pantas dan lebih baik kepada pesakit, syarikat ini menjadikan NATROX® sebagai bahagian penting dalam rejim rawatan penjagaan luka global pada tahun-tahun akan datang. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: https://www.natroxwoundcare.com.

Hubungan media: 

Jane Clark
Naib Presiden Pemasaran Global dan Hal Ehwal Klinikal
marketing@natroxwoundcare.com  
+44 (0)1223 61830

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1560160/NATROX_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Inotec AMD, Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services