omniture

St Kitts dan Nevis Umum Program Bantuan Pendapatan Berjumlah $15 juta untuk Menampung Kewangan Rakyat Ketika pandemik

CS Global Partners
2021-07-12 12:28 1991

LONDON, 12 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Ketika penularan pandemik COVID-19 ini, kerajaan St Kitts dan Nevis memastikan rakyatnya diberi bantuan kewangan dengan memperkenalkan satu siri strategi fiskal. Baru-baru ini, kerajaan tersebut telah mengumumkan program bantuan pendapatan yang besar berjumlah $15 juta yang akan diagihkan setiap tiga bulan dengan jumlah $1,000 kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan. Ini merupakan pakej kewangan terkini yang dirancang untuk mengurangkan kesan kesulitan ekonomi yang dihadapi akibat pandemik.

Selain daripada menyediakan bantuan pendapatan, Perdana Menteri Timothy Harris turut mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah penting seperti mengecualikan sewa komersil untuk perniagaan kecil, memperkenalkan sejumlah peruntukan kepada pengendali bas dan melaksanakan penundaan pembayaran bil elektrik kediaman. Sejak bermulanya pandemik, kerajaan telah komited dalam menyediakan bantuan kewangan dan sosial terutamanya kepada golongan penduduk yang paling rentan termasuk memperkenalkan pakej rangsangan berjumlah $120 juta pada tahun lalu.

"Keutamaan kami adalah untuk membantu golongan yang paling memerlukan pada saat ini dan menyokong seberapa ramai yang boleh," kata Perdana Menteri Harris ketika sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini. "Dalam erti kata lain, kami ingin bersikap adil dan saksama dari segi jangkauan bantuan yang disediakan oleh kerajaan."

Salah satu pendukung utama ekonomi di sepanjang tahun lalu ialah Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan St Kitts dan Nevis. Inisiatif yang menjana pendapatan daripada para pelabur kaya yang ingin mendapatkan kewarganegaraan kedua ini telah digunakan untuk memastikan pulau-pulau ini bertahan semasa menghadapi kemerosotan pelancongan.

"Kalau tidak kerana program CBI ini, mungkin kami tidak dapat bertindak balas terhadap impak COVID-19 dengan jayanya," kata PM Harris pada tahun lalu.

Secara khususnya, CBI telah membantu membiayai Program Pembasmian Kemiskinan (PAP), sebuah inisiatif yang menyediakan isi rumah berpendapatan rendah dengan sara hidup bulanan sebanyak $500. PAP telah dilanjutkan pada bulan Julai yang lalu dan telah membantu beribu-ribu keluarga di seluruh pulau sejak ia dimulakan.

Ditubuhkan pada tahun 1984, St Kitts dan Nevis telah mengendalikan Program CBI yang paling lama dilaksanakan di dunia. Dengan pengalaman selama lebih tiga dekad, program ini telah meraih kepercayaan daripada para pelabur di seluruh dunia terutamanya di rantau seperti Asia Tenggara. Bagi para pelabur kaya yang ingin mempelbagaikan aset mereka sambil mengakses lebih banyak kebebasan perjalanan, CBI St Kitts dan Nevis menawarkan laluan mudah untuk mencapai matlamat ini di bawah Dana Pertumbuhan Lestari.

Setelah memperoleh kewarganegaraan, pelabur berhak untuk tinggal, bekerja dan belajar di negara ini serta bebas melakukan perjalanan ke hampir 160 buah destinasi tanpa visa atau dengan visa semasa ketibaan dan boleh mewariskan kewarganegaraan mereka secara turun-temurun.

Sila hubungi: +447867942505, pr@csglobalpartners.com, www.csglobalpartners.com

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel Socially Responsible Investing