omniture

Laporan GSMA Baharu Menekankan Peluasan Jurang yang Semakin Melebar Antara Pasaran Mudah Alih Eropah dan Amerika Syarikat

GSMA Menggesa Perubahan Peraturan Besar-besaran bagi Memacu Pelaburan dan Inovasi Baharu, Termasuk Penguntukkan Spektrum Baharu dan Pengalihan Halangan bagi Penggabungan Pasaran
GSMA
2013-05-30 22:43 321

LONDON, 30 Mei 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini telah mengeluarkan laporan baharu, "Prestasi Wayarles Mudah Alih di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat" yang mengkaji kesuburan pasaran mudah alih Eropah dan mendedahkan bahawa kini Eropah jauh ketinggalan di belakang Amerika Syarikat daripada segi pengaturan kedudukan teknologi mudah alih generasi seterusnya dan perkhidmatan canggih yang dibolehkan melalui teknologi mudah alih. Laporan itu, yang ditulis dengan kerjasama Navigant Economics, menerokai pelbagai faktor yang telah menyumbang kepada kepimpinan mudah alih Eropah yang hilang dan menawarkan saranan polisi yang direka untuk menetapkan semula kedudukan EU (Kesatuan Eropah) sebagai pusat pelaburan dan inovasi mudah alih.

"Eropah adalah pemimpin awal dalam mudah alih, dengan pelbagai syarikat merintis inovasi yang kini memberi faedah kepada lebih 3.2 bilion lelaki dan wanita seluruh dunia," kata Anne Bouverot, Ketua Pengarah, GSMA. "Namun begitu, laporan ini mengesahkan realiti muram bahawa Eropah telah kehilangan taringnya dalam teknologi mudah alih dan tidak memberikan prestasi yang baik jika dibandingkan dengan ekonomi-ekonomi maju lain, termasuk Amerika Syarikat. Walaupun ada banyak faktor yang mungkin telah menyumbang terhadap kedudukan semasa Eropah, sudah jelas bahawa perubahan polisi yang lebih menggerakkan akan membawa peningkatan dan menghasilkan faedah besar untuk pengguna EU dan memacu pertumbuhan ekonomi."

Perbandingan Dua Pasaran Mudah Alih: EU vs. AS

Seawal lima tahun lalu, pasaran mudah alih Eropah memberi prestasi yang sama bagus, atau lebih hebat daripada Amerika Syarikat. Namun, sejak itu, situasi telah terbalik secara dramatik, seperti yang ditunjukkan oleh perbandingan ketara antara dua pasaran itu dalam laporan ini:

  • Secara purata, pengguna AS membelanjakan lebih banyak wang setiap bulan berbanding pengguna Eropah dan menggunakan perkhidmatan mudah alih dengan lebih giat, menggunakan lima kali lebih banyak minit panggilan suara dan hampir dua kali ganda data.
  • US mendahului dalam pengaturan kedudukan teknologi generasi seterusnya; menjelang hujung tahun 2013, hampir 20 peratus daripada hubungan AS akan menggunakan rangkaian LTE, dibandingkan dengan kurang daripada dua peratus di EU.
  • Purata kelajuan hubungan data mudah alih di AS kini adalah 75 peratus lebih laju berbanding yang ada di Eropah dan menjelang tahun 2017, ia akan menjadi dua kali ganda lebih laju.
  • Pelaburan mudah alih di Amerika Syarikat telah jauh meninggalkan pelaburan di Eropah, dengan perbelanjaan modal di AS meningkat sebanyak 70% sejak 2007 tetapi menurun di Eropah dan jurang ini semakin melebar.

"Walaupun ada beberapa faktor lain yang membawa kepada prestasi yang berbeza ini, sebahagian daripada sebabnya mungkin adalah kerana struktur pasaran mudah alih yang kurang cekap di Eropah berbanding di AS," kata  Jeffrey Eisenach, Pengarah Urusan Navigant Economics. "Polisi kawal selia EU telah menghasilkan struktur pasaran yang berpecah-belah dan menghalang para pengendali daripada merebut ekonomi skala dan skop yang menguntungkan dan merencat pertumbuhan ekosistem mudah alih."

Fokus Terhadap Galakan Pelaburan dan Inovasi

Perubahan peraturan asas diperlukan bagi memulihkan pertumbuhan dalam industri mudah alih Eropah. Secara khususnya, apa yang diperlukan adalah fokus terhadap menggalakkan pelaburan dan inovasi, dan bukan terhadap pengurusan harga secara langsung. GSMA menawarkan saranan-saranan berikut bagi mencipta sebuah persekitaran kawal selia yang baharu dan progresif yang berpadanan dengan realiti ekonomi semasa:

Utamakan Peruntukan dan Keharmonian Spektrum – Keutamaan serta-merta Suruhanjaya Eropah sepatutnya adalah menangani perkembangan lembab yang dihadapi oleh pelancaran Dividen Digital pertama, di mana sebahagian besar daripada Negara-negara Ahli telah terlepas tarikh akhir peruntukan tersebut. Dalam tahun-tahun akan mendatang, Eropah berhadapan dengan kekurangan spektrum yang signifikan dan ia perlu diselesaikan sekarang. Keperluan yang kritikal yang perlu ditangani oleh Suruhanjaya Eropah adalah memastikan peruntukan jalur 700MHz bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih masa hadapan dan, apa yang lebih penting lagi ialah ia dilancarkan sejajar dengan pelan jalur terharmoni di peringkat antarabangsa.

Membolehkan Penggabungan Berkesan – Suruhanjaya patut mengurangkan halangan terhadap penggabungan berkesan pasaran-pasaran mudah alih dengan memperkemas ulasan gabungan dan mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati terhadap pengenaan langkah-langkah pemulihan. Sikap pilih kasih terhadap pendatang baharu patut dihentikan dan kuasa pasaran patut dibenarkan menetapkan bilangan pemain yang optimum.

Memacu Pasaran Tunggal Eropah untuk Mudah Alih – Pasaran tunggal Eropah untuk mudah alih boleh bertindak sebagai pemboleh penting untuk pertumbuhan. GSMA percaya Suruhanjaya Eropah mesti melancarkan amalan kawal selia besar-besaran bagi menetapkan pendekatan ringkas dan lembut terhadap peraturan seluruh Eropah. Ini akan membawa kepada ulasan lengkap terhadap cara peraturan dilaksanakan pada peringkat kebangsaan dan akan mengenalpasti bidang yang boleh dikoordinasikan secara efektif pada peringkat Eropah, seperti perlindungan pengguna. Insentif bagi mencetuskan pelaburan mudah alih patut diperkenalkan serta-merta, termasuk penghapusan sekatan perancangan dan perkongsian rangkaian dan pemberian subsidi bagi liputan luar bandar.

Menarik Pelaburan dan Inovasi ke Eropah – Suruhanjaya Eropah perlu menghasilkan segera pelan berani yang bakal menetapkan kedudukan Eropah sebagai pusat inovasi dan pelaburan mudah alih, memfokus semula polisinya untuk menggalakkan inovasi dan menggunakan faedah potensi unik sebuah pasaran tunggal. Suruhanjaya patut mencipta satu siri inisiatif perkongsian awam/swasta dengan pembolehan teknologi mudah alih seluruh Eropah yang berpandangan jauh dan disasarkan untuk merangsang pertumbuhan, membina penglibatan sosial dan menggalakkan pelaburan dalam teknologi dan perkhidmatan baharu.

"Kami percaya pelaksanaan perubahan polisi besar-besaran ini adalah penting bagi mengembalikan kepimpinan Eropah dalam teknologi mudah alih, memacu pertumbuhan dan pelaburan baharu dalam industri kita dan, lebih penting lagi, menjana faedah sosio-ekonomi penting untuk para penduduk serata EU," tambah Bouverot lagi.

Laporan penuh boleh didapati di http://www.gsmamobilewirelessperformance.com/.

Mengenai GSMA

GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih seluruh dunia.  Dengan kehadiran di lebih dari 220 buah negara, GSMA menyatukan hampir 800 buah pengendali mudah alih di seluruh dunia, dengan lebih 230 buah syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, pembekal peralatan, syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti.  GSMA juga menguruskan acara terkemuka industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, portal dalam talian bagi industri komunikasi mudah alih di www.mobileworldlive.com.

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research