omniture

LOUIS XIII Memperkenalkan Dekanter Merah Ultra N°XIII Yang Jarang Ditemui Kepada Kelab Malam Paling Eksklusif di Dunia

LOUIS XIII COGNAC
2021-07-13 09:00 33

Dengan hanya 200 dekanter merah N°XIII tersedia di seluruh dunia, pengalaman luar biasa N°XIII terhad kepada satu dekanter bagi setiap kelab pada setiap malam: hanya 0.0000038361% orang di seluruh dunia mempunyai peluang merasai N°XIII.

Untuk halaman akhbar, klik di sini

SANGAT TERHAD

PARIS, 13 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Cognac LOUIS XIII ialah hasil pencapaian hidup generasi Pakar Pembuat Arak, mengadun eaux-de-vie terbaik menggunakan anggur yang ditanam secara eksklusif di Grande Champagne. Ia penting untuk LOUIS XIII dirasai sebagai suatu ritual, setitik demi setitik, untuk menghayati ekspresi rasa yang berpanjangan dan berkembang, dalam satu detik yang unggul. Pelanggan yang ingin mencuba nasib mereka dengan memesan satu daripada Pengalaman N°XIII boleh log masuk di Persatuan LOUIS XIII* atau secara terus melalui kelab malam terpilih. Duta Jenama LOUIS XIII akan menghubungi setiap pemohon untuk mengatur pengembaraan unik ini.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:https://www.multivu.com/players/uk/8918451-louis-xiii-introduces-ultra–rare-red-decanter-no-xiii/

MASA LANJUTAN DENGAN RITUAL ISTIMEWA

Masa merupakan bahan asas LOUIS XIII dan N°XIII dan membenarkan kita meneroka ekspresi masa yang baharu. Kehidupan malam dinikmati dan dipertingkatkan dengan ritual merasa N°XIII: dekanter kristal berwarna merah dengan nombor individu didedahkan di bawah tudung lampu LED. Disertai enam susunan gelas kristal berwarna merah yang ditempah tersusun di atas dulang yang berkilauan, menyerlah dalam khalayak ramai. LOUIS XIII dihidangkan menggunakan pipet, dikenali sebagai Spear, untuk melanjutkan ritual setitik-demi-setitik.

DEKANTER BUATAN TANGAN

LOUIS XIII telah bekerjasama dengan Saint Louis, untuk mencipta dekander merah N°XIII dan gelas cognac merah, rona merah terang yang hanya boleh dihasilkan menggunakan proses rahsia yang memerlukan penambahan emas. Keghairahan yang dikongsi untuk tradisi, savoir – faire dan inovasi, dihidupkan dalam dekanter yang jarang ditemui: ditiup, dipotong, dihiasi dan diukir dengan tangan, dan diberi nombor secara individu, dirapikan dengan paku dentelle nama jenama LOUIS XIII serta leher paladium. Menurut ritual merasa N°XIII, pelanggan boleh membawa pulang dekander N°XIII mereka (jika peraturan kelab dan undang-undang tempatan membenarkan) sebagai cenderamata yang berharga bagi malam yang paling tidak dapat dilupakan. Penyumbat yang dibenarkan oleh NFC memberi pemilik akses eksklusif kepada Persatuan LOUIS XIII dan semua manfaat keahliannya.

Harga jualan LOUIS XIII N°XIII yang disyorkan atas permintaan hanya tersedia di kelab malam.

* Persatuan LOUIS XIII ialah sebuah kelab ahli persendirian untuk pemilik dekanter Cognac LOUIS XIII.

SILA MINUM SECARA BERTANGGUNGJAWAB

communication.louisxiii-cognac@louisxiii-cognac.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/777273/LOUIS_XIII__Cognac_Logo.jpg?p=medium600  
Video: https://mma.prnasia.com/media2/1571882/LOUIS_XIII_Decanter.mp4  
Photo: https://mma.prnasia.com/media2/1571873/louis_xiii_decanter.jpg?p=medium600

 

 

Decanter: N°XIII by LOUIS XIII, the rare red decanter dedicated to select nightclub
Decanter: N°XIII by LOUIS XIII, the rare red decanter dedicated to select nightclub

 

 

Source: LOUIS XIII COGNAC
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Broadcast feed announcements New products/services