omniture

Wipro dan Efma Lancarkan Laporan Pemasaran Digital Perbankan Runcit Global 2013 Terulung

Wipro Ltd
2013-05-31 00:39 223

PARIS dan BANGALORE, India, 31 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Laporan Mendapati Pemasaran Digital Bakal Memacu Gelombang Pertumbuhan Seterusnya dalam Perbankan Runcit

Wipro Ltd. (NYSE:WIT), sebuah syarikat utama global dalam Teknologi Maklumat, Rundingan dan Penyumberan Luar bekerjasama dengan Efma, sebuah organisasi global tanpa untung yang menyatukan lebih daripada 3,300 syarikat perkhidmatan kewangan runcit dari lebih 130 buah negara, hari ini melancarkan laporan pemasaran digital perbankan runcit pertama semasa persidangan Minggu Pengedaran Efma di Brussels.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121129/579804 )

Laporan ini, yang pertama dalam sebuah siri, adalah berdasarkan kaji selidik global bank-bank meliputi saluran pemasaran dan digital.

Pertambahan pesat saluran digital mengubah cara pelanggan menggunakan perkhidmatan perbankan, dengan kaedah digital bakal muncul sebagai saluran utama untuk berinteraksi. Melihat kepada trend ini, bank-bank menumpu kepada inisiatif pemasaran digital bagi menyasarkan segmen pelanggan yang semakin bertambah ini. Pemasaran berdasarkan lokasi, konteks dan kelakuan khusus kepada kejadian masa sebenar, dipacu oleh analitik bakal menjadi kebiasaan di masa hadapan.

Rajan Kohli, Naib Presiden dan Ketua – Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan, Wipro Ltd, berkata, "Teknologi digital, media sosial dan letusan data sedang mendefinisikan semula model penglibatan pelanggan. Jika kita lihat pada perbelanjaan pemasaran seperti yang dilaporkan oleh bank-bank dalam kaji selidik kami, pengiklanan tradisional hanya mewakili 55 peratus daripada jumlah perbelanjaan pemasaran. Ketua-ketua pegawai pemasaran yang kami wawancara telah menjelaskan bahawa peranan seorang ketua pegawai pemasaran sedang berubah dengan pengadaptasian bank-bank kepada pembangunan saluran-saluran dan keupayaan-keupayaan baharu."

Wipro dan Efma telah mencipta indeks keupayaan pemasaran digital terulung yang menanda aras keupayaan pemasaran digital bank-bank berbanding dengan yang terbaik dalam kelasnya. Hanya 13 peratus daripada bank-bank yang disoal selidik ini menunjukkan tahap kematangan tertinggi dalam pemasaran digital. Indeks itu mengukur tahap kematangan bank-bank berdasarkan lapan keupayaan berbeza; penilaian dilakukan terhadap keupayaan bank dalam pengurusan data, penghantaran tawaran, proses-proses pemasaran dan penggunaan analitik. Indeks itu juga menyebut bahawa kebanyakan bank tidak mengamalkan pemasaran berpandukan kejadian masa sebenar dan kebolehan untuk menumpu kepada personalisasi.

Kajian itu juga mendapati bahawa media sosial belum lagi menjadi sebahagian daripada pemasaran arus perdana dan masih belum dianggap sebagai saluran interaksi pelanggan yang utama. Dalam kaji selidik kami, kami mendapati usaha media sosial kebanyakannya diuruskan oleh jabatan pemasaran diikuti dengan pasukan penjenamaan dan komunikasi. Perbelanjaan media sosial untuk lebih daripada 80 peratus bank-bank yang menjalani kaji selidik juga adalah kurang daripada 500,000 Euro setahun.

Dengan trend penggunaan saluran digital lebih kerap oleh pengguna yang tidak boleh dielakkan, laporan Wipro/Efma menyarankan bahawa bank-bank patut:

  • Mempertimbang bagaimana mereka menjangka interaksi pelanggan dengan bank dalam tempoh lima tahun dari sekarang, terutamanya bagaimana mereka menjangka pelanggan akan membeli produk kewangan mereka pada masa depan;
  • Menilai dengan teliti keupayaan pemasaran digital semasa oleh bank mereka mengikut dimensi-dimensi yang telah dikenal pasti dalam kajian ini bagi mengenalpasti kawasan yang mempunyai kelemahan;
  • Membangunkan pelan pelaburan dalam keupayaan pemasaran digital yang bakal memastikan bahawa bank mereka berada dalam posisi bagi mendahului atau berada seiring dengan para pesaing dan kelakuan pelanggan yang berubah;
  • Mengawasi dengan teliti pembangunan dalam "data besar" dan mengambil langkah permulaan untuk menguji beberapa aplikasi teknologi baharu yang sudah tersedia, di mana perlu.

Laporan lengkap, termasuk pandangan daripada para profesional perbankan digital utama mengenai kontur pemasaran digital yang sedang berubah boleh diakses daripada http://www.wipro.com/landing-pages/Global-Retail-Banking-Digital-Marketing-Report-2013.aspx

Mengenai Efma

Sebagai organisasi global tanpa untung, Efma menyatukan lebih daripada 3,300 buah syarikat perkhidmatan kewangan runcit daripada lebih 130 buah negara. Dengan keahlian yang terdiri daripada hampir satu pertiga daripada semua bank-bank runcit besar seluruh dunia, Efma telah terbukti sebagai sumber yang bernilai untuk industri global, menawarkan ahli-ahlinya akses eksklusif untuk pelbagai sumber, pangkalan data, kajian, artikel, berita semasa dan penerbitan. Efma juga memberi banyak peluang perangkaian melalui kumpulan kerja, komuniti dalam talian dan juga pertemuan antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut:  http://www.efma.com atau info@efma.com

Mengenai Wipro Ltd.

Wipro Ltd. (NYSE:WIT) adalah sebuah syarikat Teknologi Maklumat, Perundingan dan Penyumberan Luar utama yang menyediakan kaedah penyelesaian bagi membolehkan para pelanggannya menjalankan urus niaga dengan lebih baik. Wipro menghasilkan kesan perniagaan yang cemerlang melalui pengalamannya yang lama bertapak dalam industri dan pandangan 360 darjah "Perniagaan Melalui Teknologi"- membantu klien mencipta perniagaan yang berjaya dan mudah tersesuai. Sebagai sebuah syarikat yang dikenali di seluruh dunia dengan portfolio perkhidmatannya yang menyeluruh, sebuah pendekatan pengamal untuk memberi inovasi dan sebuah komitmen untuk kemampanan di seluruh organisasi, Wipro mempunyai lebih 140,000 kakitangan dan klien di 54 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.wipro.com.

Kenyataan Ramalan dan Peringatan

Beberapa kenyataan dalam siaran ini mengenai prospek pertumbuhan masa depan kami adalah kenyataan ramalan, yang melibatkan risiko dan ketidakpastian yang mungkin boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan dalam kenyataan ramalan ini. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian mengenai turun naik pendapatan kami, hasil dan keuntungan, kebolehan kami untuk menjana dan mengurus pertumbuhan, persaingan sengit daripada perkhidmatan IT, keupayaan kami untuk mengekalkan kelebihan kos kami, peningkatan upah di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan para profesional berkepakaran tinggi, masa dan kos berlebihan pada kontrak kerangka dengan harga dan masa tetap, kepadatan pelanggan, kekangan imigrasi, kebolehan kami untuk menguruskan operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan penting kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi, kebolehan kami untuk melengkapkan dan menyepadukan pemerolehan berpotensi dengan berjaya, liabiliti untuk kerosakan atas kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat yang kami laburkan secara strategik, penarikan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik, peperangan, kekangan sah dalam mengumpul modal atau memperoleh syarikat di luar India, penggunaan harta intelek kami yang tidak diluluskan, dan keadaan ekonomi biasa yang mungkin memberi kesan pada perniagaan dan industri kami. Risiko-risiko tambahan yang mungkin boleh memberi kesan terhadap keputusan operasi kami di masa hadapan digambarkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Dari semasa ke semasa, kami mungkin akan membuat kenyataan tambahan secara bertulis dan lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan laporan kami pada pemegang saham. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini mana-mana kenyataan ramalan yang mungkin akan dibuat untuk kami atau wakil kami dari semasa ke semasa.

Hubungi:

Karine Coutinho    
Efma        
+33-1-47-42-69-82    
karine@efma.com    

Dirk Lewis
Wipro Ltd.
+91-7760983976
dirk.lewis@wipro.com

Sumber: Wipro Ltd

Source: Wipro Ltd
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Survey, Polls & Research