omniture

Pasukan Luncur Sukan Olimpik Amerika Syarikat dan Jepun akan Berlatih di PerfectSwell®

American Wave Machines, Inc.
2021-07-13 19:12 25

SOLANA BEACH, California, 13 Julai 2021 /PRNewswire/ -- American Wave Machines, Inc. (AWM) mengumumkan bahawa latihan Sukan Olimpik bagi pasukan sukan luncur Jepun dan Amerika Syarikat akan berlangsung di PerfectSwell® Shizunami  (静波サーフスタジアムPerfectSwell®) yang terletak di Makinohara, Jepun.  Para atlet akan berlatih pada ombak dan inovasi PerfectSwell® yang belum pernah dilihat sebelum ini.

WE ARE TeamUSA
WE ARE TeamUSA

Fakta Pantas 

Keluasan Lokasi: 2.3 ekar
Keluasan PerfectSwell®: 2 ekar

Ombak Baharu Terbaik: 

  • Drainer: Dua gelungan ombak selama lebih 3 saat pada ombak yang sama
  • WedgePop: Bahagian udara yang terbesar
  • Highball: Ombak yang menjadi impian setiap peluncur profesional, yang menyediakan peluang untuk pelbagai gerakan dan langkah penamat yang amat besar
  • Roundhouse: Ombak tenang di bahagian tengah yang sesuai untuk latihan 'cutback' tradisional yang bergulung menjadi gelungan baji
  • Wedge (Terkini): Sebuah papak panjang yang meningkatkan masa gelungan ombak.

Kemajuan Teknologi: Ukuran ombak, Parameter Reka Bentuk Ombak tambahan, Peningkatan Perisian Utama; Herotan Temporal menghasilkan ketepatan yang luar biasa.

Jadual: 12-13 Julai Latihan Pasukan Olimpik Jepun, 16-19 Julai Latihan Pasukan Olimpik AS

Pukulan dan kepelbagaian ombak PerfectSwell® serta peluang latihan yang belum pernah berlaku sebelum ini dan boleh diulang oleh para atlet profesional dalam persekitaran terkawal yang selamat untuk memastikan tahap kesihatan dan keselamatan tertinggi yang mematuhi sekatan kerajaan.  Semasa latihan, PerfectSwell® dapat meniru keadaan ombak dan format persaingan yang diramalkan bagi Sukan Olimpik yang akan dianjurkan di lautan di Pantai Tsurigasaki yang juga dikenali sebagai Pantai Shidashita di Chiba, berhampiran Tokyo. Pertandingan acara luncur Sukan Olimpik dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 28 Julai. Dalam format yang sama seperti program pelayaran, acara luncur akan mempunyai tempoh menunggu selama 16 hari (25 Julai-9 Ogos) bagi pertandingan berdasarkan kedudukan anak tangga.

Tentang American Wave Machines
Teknologi luncur American Wave Machines, Inc. dilindungi oleh 39 paten dalam 11 buah bidang kuasa. Lokasi SurfStream® mempunyai kapasiti seramai 100 orang manakala kolam luncur PerfectSwell® berkeluasan 1 ekar dengan kapasiti seramai 1,000 orang. Sejak tahun 2007, lebih 4,000,000 sesi telah berjaya dijalankan di semua lokasi American Wave Machines di seluruh dunia.

Tentang PerfectSwell® Shizunami Surf Stadium
PerfectSwell® Shizunami Surf Stadium ditubuhkan berasaskan komuniti dan kebaktian. PerfectSwell® Shizunami akan terus menggalakkan semangat sukan luncur yang kuat yang telah pun berkembang di Shizunami.

Mahina Maeda laying down a frontside hack in preparation for surfing’s Olympic debut.
Mahina Maeda laying down a frontside hack in preparation for surfing’s Olympic debut.

 

Mahina Maeda riding the barrel in preparation for surfing’s Olympic debut.
Mahina Maeda riding the barrel in preparation for surfing’s Olympic debut.

 

Hiroto Ohhara smashing the lip and releasing his fins in preparation for surfing’s Olympic debut
Hiroto Ohhara smashing the lip and releasing his fins in preparation for surfing’s Olympic debut

 

Shun Murakami bottom turning to set up his next maneuver in preparation for surfing's Olympic debut.
Shun Murakami bottom turning to set up his next maneuver in preparation for surfing's Olympic debut.

 

Amuro Tsuzuki backside bottom turn on a peeling left in preparation for surfing's Olympic debut.
Amuro Tsuzuki backside bottom turn on a peeling left in preparation for surfing's Olympic debut.

 

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1571984/american_wave_machines_team_usa.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1571900/american_wave_machines_mahina_maeda.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1571905/american_wave_machines_mahina_maeda_2.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1571906/american_wave_machines_hiroto_ohhara.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1571902/american_wave_machines_shun_murakami.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1571907/american_wave_machines_amuro_tsuzuki.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1058606/American_Wave_Machines_Logo.jpg?p=medium600  

 

 

Source: American Wave Machines, Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories