omniture

LUXASIA, platform pengedaran kecantikan Asia Pasifik, dinamakan salah sebuah Syarikat Terurus Terbaik Singapura oleh Deloitte

LUXASIA
2021-07-14 05:54 253

SINGAPURA, 14 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Ini merupakan masa yang tepat untuk LUXASIA memenangi anugerah Syarikat-syarikat Terurus Terbaik Singapura yang berprestij daripada Deloitte tahun ini. Berhubung kepentingannya, Dr Wolfgang Baier, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LUXASIA, berkata, "Anugerah ini merupakan satu sokongan yang sangat padu terhadap usaha transformasi kami, pelaburan dan hasil yang dicapai sepanjang 5 tahun yang lalu. Kejayaan ini adalah ekoran daripada budaya 'Satu Pasukan' terbuka kami yang dikongsi bersama lebih daripada 2000 bakat dalam 15 pasaran. Kami berupaya untuk menggabungkan kepakaran pengurusan yang profesional dan keupayaan digital mendalam dengan semangat keusahawanan teras serta kecemerlangan mewah LUXASIA yang mencakupi lebih 4000 tempat jualan. Pengiktirafan yang berprestij oleh Deloitte ini, khususnya selepas penilaiannya yang teliti, merupakan bukti usaha berterusan kami dalam membina platform omni-pengedaran kecantikan yang utama di Asia Pasifik."

Chairman Mr Patrick Chong & Group CEO Dr Wolfgang Baier of LUXASIA receiving the Singapore’s Best Managed Companies award, conferred by Deloitte
Chairman Mr Patrick Chong & Group CEO Dr Wolfgang Baier of LUXASIA receiving the Singapore’s Best Managed Companies award, conferred by Deloitte

Edisi anugerah Singapura yang sulung ini berasal daripada program anugerah Syarikat-syarikat Terurus Terbaik global Deloitte yang mana kerangka penilaian yang ketat didasarkan oleh amalan global selama lebih daripada 25 tahun dalam 37 negara, menilai faktor-faktor perniagaan seperti strategi, kualiti pengurusan, keupayaan & inovasi, budaya & komitmen serta tadbir urus & kewangan.  LUXASIA amat berbangga menerima anugerah yang berprestij ini.

Bagi jenama-jenama mewah dan kecantikan khusus, Asia Pasifik merupakan tempat untuk bertapak dan ditembusi ketika ini. Pasaran kecantikan mewahnya dirancang untuk mencapai kadar pertumbuhan tertinggi di seluruh dunia yang dipacu oleh peningkatan pengguna kelas pertengahan yang semakin arif, penembusan mudah alih yang tinggi dan pemecutan pertumbuhan perdagangan sosial dan dalam talian. Jaringan omnisaluran LUXASIA yang unik dan luas memudahkan kemasukan pasaran yang amat cepat, perjalanan pertumbuhan hiper dan penglibatan pengguna yang berimpak.

Mengenai masa depan cerah yang menanti di hadapan, En. Patrick Chong, Pengerusi LUXASIA, menegaskan, "Kini kami bersedia untuk terus maju ke hadapan dengan rancangan kami untuk memperluas jejak geografi kami, membangun dan melabur dalam perbatasan baharu. LUXASIA yang telah berubah malah lebih bersedia untuk membantu jenama-jenama kecantikan mewah menyerlahkan potensi penuh Asia Pasifik dan membolehkan mereka berjaya." Kecekapan teras LUXASIA sebagai platform pengedaran omnisaluran mencakupi peruncitan mewah, e-dagang, perdagangan sosial, pengedaran dan pemasaran pengguna berpandukan data. Dengan kesemua ini, kini LUXASIA dapat memberi nilai yang lebih besar kepada semua rakan kongsi jenama.

Mengakhiri ucapan dengan rasa terima kasih, kedua-dua En Chong dan Dr Baier berkata, "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada lebih daripada 120 rakan kongsi jenama kecantikan mewah kami serta pelbagai rakan kongsi peruncitan dan perdagangan kami di seluruh rantau ini atas kepercayaan tinggi dan sokongan padu mereka selama ini."

Hubungi:

Brynner Jananto
brynnerjananto@luxasia.com
T:+65-6488-8928/M:+65-9856-7597

 

Source: LUXASIA
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Workforce Management/Human Resources Awards