omniture

Guidepoint memperkenalkan pejabat global terbaru di Sydney, Australia

Guidepoint
2021-07-14 09:00 47

SYDNEY, 14 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Guidepoint, sebuah rangkaian pakar yang terkemuka, hari ini mengumumkan pengembangan jejaknya di persada global dengan pembukaan pejabat terbaru syarikat di Sydney, Australia.

Guidepoint adds to its global footprint with new office in Sydney, Australia
Guidepoint adds to its global footprint with new office in Sydney, Australia

"Ini menandakan perkembangan yang amat memberangsangkan dalam pertumbuhan Guidepoint. Sydney merupakan peluang yang unik untuk menyampaikan kemampuan penyelidikan kami yang sangat prihatin kepada sekumpulan pelanggan baharu dalam pasaran yang penting ini," kata Hakan Sundstrom, Pengarah Urusan merangkap Ketua Guidepoint, Asia Pasifik.

Terletak di Sydney CBD yang merupakan hab perniagaan, perdagangan dan peruncitan berprestij di bandar ini, pejabat Guidepoint akan menempatkan pasukan tempatan baharu yang ditubuhkan secara khusus untuk memenuhi keperluan pakar firma perundingan, dana pelaburan dan perbadanan multinasional terkemuka.

Di bawah pucuk pimpinan Sasha Krishna secara langsung selaku Pengarah merangkap Ketua Guidepoint Australia dan New Zealand, pejabat Guidepoint Sydney akan menempatkan para pengurus kanan projek, pakar penyelidikan, perkhidmatan pelanggan dan profesional pembangunan perniagaan.

"Keperluan terhadap pengetahuan khusus tentang pelbagai topik, kini kurang mendapat perhatian di Sydney. Kami berharap untuk menambah nilai yang tinggi kepada perniagaan tempatan, menghubungkan syarikat dengan pakar global dan tempatan secara lancar dan memperkasakan mereka untuk membuat keputusan yang lebih bermaklumat," kata Encik Krishna.

Guidepoint teruja mengalu-alukan kedatangan para pekerja ke pejabat Sydney yang canggih dan baharu selepas sekatan pergerakan yang sedang dikuatkuasakan pada masa ini dihentikan.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Guidepoint Sydney di LinkedIn di Guidepoint Australia, atau untuk berhubung dengan wakil Guidepoint Australia, sila hantarkan e-mel kepada kami di sydney@guidepoint.com.

Tentang Guidepoint

Guidepoint ialah sebuah rangkaian pakar yang terkemuka yang menghubungkan pelanggan dengan pakar subjek terpilih daripada rangkaian profesional global mereka. Perkhidmatan Guidepoint yang pelbagai memperkasakan pelanggan kami untuk mengakses industri baharu, mengikuti topik trend semasa dengan pantas, mendayakan penerokaan subjek penting secara terperinci dan menawarkan pengesahan pemahaman berdasarkan kualiti. Senarai pelanggan multinasional kami termasuk firma perundingan, dana lindung nilai dan firma ekuiti swasta terkemuka serta syarikat-syarikat awam di dalam senarai Fortune.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guidepoint.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1571859/guidepoint_sydney_office.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/165294/guidepoint_global_llc_logo.jpg?p=medium600

 

Source: Guidepoint
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Corporate Expansion