omniture

National Institute for Health and Care Excellence (NICE) UK - Mengeluarkan Ringkasan Inovasi MedTech tentang 'Trublood®- Prostat' untuk Diagnosis Kanser Prostat Tidak Invasif Kepersisan yang Digelar Pakar sebagai 'Pembawa Perubahan'

Datar Cancer Genetics
2021-07-14 15:51 31

LONDON, 14 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Datar Cancer Genetics, sebuah syarikat analisis dan diagnosis kanser tidak invasif yang terkemuka di dunia dengan Pusat Penyelidikannya yang terletak di Nasik, India, mengumumkan penerbitan Ringkasan Inovasi MedTech (MIB) yang diiktiraf antarabangsa daripada Institut Kebangsaan untuk Kecemerlangan Kesihatan dan Penjagaan (NICE) United Kingdom tentang ujian 'Trublood®- Prostate' yang bertanda CE untuk digunakan sebagai triaj kepersisan pesakit bagi mengelakkan biopsi invasif yang tidak diperlukan.

Trublood® is an non-invasive liquid biopsy for diagnosis of prostate cancer
Trublood® is an non-invasive liquid biopsy for diagnosis of prostate cancer

MIB diterbitkan sebagai siri "panduan NICE" kepada hospital Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) UK dan kumpulan pengamal / pembayar klinikal yang sedang mempertimbangkan untuk menggunakan teknologi inovatif. Ringkasan NICE menyorot perkara berikut:

  • "Aspek inovatifnya adalah bahawa Trublood®-Prostate menggunakan pemprofilan imunositokimia (ICC) untuk mencirikan Sel Tumor Beredar (CTC) khusus Adenokarsinoma Prostat yang diasingkan daripada darah pesakit.
  • Siri penjagaan yang disasarkan ialah sama ada untuk triaj pesakit bergejala yang disyaki menghidap kanser prostat sebelum menjalani biopsi prostat invasif konvensional atau untuk mendapatkan diagnosis pesakit bergelaja yang disyaki menghidap kanser prostat yang tidak sesuai untuk menjalani biopsi prostat pada latar primer, sekunder dan tertiari.
  • Trublood®- Prostate merupakan ujian diagnostik in vitro pertama berdasarkan C-ETACS dan CTC yang diasingkan daripada sampel darah.
  • Trublood®-Prostate berpotensi untuk menjadi ujian diagnostik invasif minimum yang inovatif bagi mengesan kanser prostat.
  • Kesemua pakar bersetuju bahawa Trublood®-Prostate berpotensi untuk digunakan sebagai tambahan kepada prosedur penjagaan standard.
  • Para pakar juga mengatakan bahawa ujian darah yang boleh membezakan antara pesakit lelaki yang perlu dan tidak perlu menjalani biopsi atau yang membolehkan diagnosis dibuat tanpa menjalani biopsi akan membawa perubahan kepada penjagaan kanser prostat yang ada pada masa ini.
  • Seorang pakar mengatakan bahawa aspek inovatif ini merupakan teknik pemerkayaan CTC dan ciri pusing ganti selama 8 hari teknologi ini adalah berguna.
  • Seorang pakar menambah bahawa pada masa hadapan, ujian diagnostik boleh digunakan bersama-sama PSA sebagai alat saringan kepersisan untuk kanser prostat.
  • Seorang pakar mengatakan bahawa Trublood®-Prostate berpotensi untuk meningkatkan ketepatan diagnosis bagi individu yang mempunyai nilai PSA serum dalam julat pertengahan (iaitu antara 4 -10)."

Trublood®-Prostate ialah biopsi cecair berasaskan darah yang tidak invasif untuk triaj diagnostik individu yang berisiko tinggi menghidap kanser prostat. Ia mengesan sel khusus Prostat iaitu Kumpulan Sel Berkaitan Tumor yang Beredar (C-ETAC) yang sentiasa ada dalam darah individu penghidap kanser prostat dan tidak dapat dikesan pada individu sihat atau penghidap kanser prostat yang tidak berbahaya. Ia mempunyai peratus ketepatan pengesanan Adenokarsinoma Prostat sebanyak 99.50% dengan kepekaan pada kadar 100% dan kadar kekhususan sebanyak 99.33%. Ujian ini akan tersedia dari bulan Ogos 2021 pada harga kira-kira EUR 810.

Lebih 4.4 juta biopsi prostat dijalankan setiap tahun di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, kira-kira 75% kes kanser prostat dianggap tidak perlu menjalani biopsi secara retrospektif kerana keadaan tumor prostat tidak berbahaya atau mengganggu. Oleh itu, kira-kira 3.3 juta daripada keseluruhan biopsi prostat boleh dielakkan. Biopsi prostat tidak terlepas daripada risiko prosedur dan diagnosis yang tepat walaupun mana-mana biopsi kelihatan ringan pada pesakit. Bilangan biopsi yang berkurangan juga menunjukkan pengurangan yang ketara pada belanja pengurusan dan infrastruktur pengurusan kanser tersebut sekali gus mengurangkan masa menunggu dan rujukan pakar. 

Dr. Tim Crook, Pakar Onkologi Perubatan, Hospital Broomfield, Chelmsford (UK) menyatakan bahawa "Trublood®-Prostate ialah ujian inovatif yang tidak invasif untuk kanser prostat yang menawarkan kepekaan dan kekhususan yang tiada tandingan serta tanpa risiko dan morbiditi yang dikaitkan dengan biopsi tisu. Kebergunaan Trublood®-Prostate jelas menunjukkan potensi teknologi berasaskan CETAC untuk mengesan permulaan pelbagai jenis kanser lain dengan implikasi pada diagnosis dan saringan kanser".

Dr. Vineet Datta, Pengarah Eksekutif Datar Cancer Genetics menyatakan, "Kami teruja untuk melihat MIB NICE tentang penggunaan Trublood®-Prostate. NICE dianggap sebagai pihak berkuasa terkemuka di dunia dalam menilai teknologi perubatan inovatif dan menggunakan proses yang ketat untuk menilai hasil klinikal dan ekonomi. Kami amat berbangga kerana Trublood®-Prostate diiktiraf sebagai sebuah inovasi untuk menguruskan kanser prostat yang disyaki dengan lebih baik. Ringkasan ini akan membantu para pembuat keputusan dalam sektor penjagaan kesihatan di United Kingdom dan di seluruh dunia untuk mempertimbangkan penerimagunaan Trublood® dalam menguruskan individu bergejala dengan lebih cekap. Kami terus komited untuk memenuhi standard kualiti terbaik dan mendorong inovasi dalam teknik diagnosis tidak invasif untuk kanser yang sukar dan memerlukan biopsi."

Tentang Datar Cancer Genetics

Datar Cancer Genetics ialah sebuah syarikat penyelidikan kanser terkemuka yang mengkhusus dalam teknik tidak invasif bagi menghasilkan diagnosis, keputusan rawatan dan pengurusan kanser yang lebih baik. Datar Cancer Genetics memiliki Kolej Ahli Patologi Amerika (College of American Pathologists, CAP) yang canggih, sebuah kemudahan yang mendapat pensijilan CLIA, ISO15189, ISO9001 dan ISO27001. Syarikat ini mempunyai operasi di United Kingdom, Jerman dan India.

Sila hubungi: Dr. Vineet Datta- drvineetdatta@datarpgx.com

Laman web: datarpgx.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1572835/Datar_Cancer_Genetics_Logo.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1572837/trublood_prostate_cancer.jpg?p=medium600

 

Source: Datar Cancer Genetics
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research