omniture

Festival Internazionale del Musical (Festival Teater Muzikal Antarabangsa) Mengumumkan Acara Sambutan Sulung Teater Muzikal Kontemporari Global di Milan, Itali Pada Musim Panas 2022

Festival Internazionale del Musical
2021-07-14 17:41 27

MILAN, 14 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Roberto Righi, Ketua Pegawai Eksekutif Milano Music Awards (MMA) bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah MMA dan Broadway International Group telah mengumumkan Festival Internazionale del Musical (Festival Teater Muzikal Antarabangsa) sulung iaitu sebuah acara sambutan global yang menampilkan kreativiti artis dan penerbit teater muzikal kontemporari berbakat dari seluruh dunia di Milan, Itali pada Musim Panas 2022.

Pemenang Anugerah Academy dan Tony, Whoopi Goldberg ditampilkan dalam video khas yang memperkenalkan Festival tersebut dengan penampilan pemenang Anugerah Tony iaitu Ben Vereen dan bintang teater muzikal dari seluruh dunia dengan persembahan lagu ikonik "Magic to Do" daripada teater muzikal Pippin disertai iringan muzik Stephen Schwartz, pemenang Anugerah Grammy dan Academy. Klik di sini untuk menonton dan berkongsi video tersebut.

Untuk Festival Sulung ini, beberapa orang penerbit muzik terkenal akan dijemput untuk membuat persembahan dalam teater-teater terkenal di Milan dan wilayah Lombardy sepanjang tempoh dua minggu pada Musim Panas 2022. Festival ini akan merangkumi Acara Gala yang menampilkan para penghibur dan penyampai bagi meraikan penerima Anugerah Pencapaian Muzikal Sepanjang Zaman. Para penerima anugerah akan diumumkan pada musim luruh tahun 2021.

Dengan sokongan padu kerajaan bandar Milan dan wilayah Lombardy serta industri seni tempatan dan ikon fesyen Itali, Festival ini akan merangkumi hab Broadway dan West End London serta kesenian dan seniman teater muzikal di seluruh dunia, dari Eropah hinggalah ke Asia, Amerika Latin dan kawasan lain.

Giuseppe Sala, Datuk Bandar Milan berkata: "Milan merupakan bandar semula jadi yang menempatkan semua ekspresi kreativiti dan kecantikan. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan ini untuk edisi pertama Festival Teater Muzikal Antarabangsa dan jumpa anda di Milan pada tahun 2022."

Fabrizio Carbon, Ahli Lembaga Pengarah MMA berkata: "Kami teruja mengalu-alukan komuniti muzik antarabangsa ke bandar kami yang indah dan mempunyai sejarah yang panjang serta terkenal sebagai pusat seni dan perdagangan."

Simone Genatt, Pengerusi Broadway International Group berkata, "Teater muzikal merupakan suara antarabangsa yang hebat yang mengatasi jurang budaya dan menyatukan kita. Broadway International Group berbangga dapat bekerjasama dengan rakan seangkatan dan rakan-rakan kami di Milan serta di seluruh dunia dalam menjayakan Festival baharu yang menarik ini."

Maklumat yang lebih khusus termasuk peraturan tentang kelayakan dan butiran lanjut tentang logistik akan diumumkan pada bulan Oktober 2021.

www.festivalinternazionaledelmusical.com 
www.milanomusicalawards.com 

Ikuti Festival ini diFacebook, Instagram dan YouTube.

Klik di sini untuk memuat turun aset video dan foto.

Sila Hubungi untuk Pertanyaan Media: Chris Boneau / Heath Schwartz
cboneau@bbbway.com; hschwartz@bbbway.com

 

Source: Festival Internazionale del Musical
Keywords: Entertainment Music Future Events