omniture

Compliance Solutions Strategies Memperluas Kerjasama dengan aosphere

Compliance Solutions Strategies
2021-07-14 21:00 83

Melancarkan Integrasi Perkhidmatan Data Pasaran kepada Platform Pemantauan Pelaburan

NEW YORK, 14 Julai 2021 /PRNewswire/-- Compliance Solutions Strategies ("CSS"), sebuah platform Teknologi Kawal Selia terkemuka yang menyediakan penyelesaian dipacu teknologi yang membolehkan firma perkhidmatan kewangan memenuhi keperluan pematuhan kawal selia mandatori, hari ini mengumumkan kerjasama yang diperluas dengan aosfera LLP, sebuah syarikat gabungan Allen & Overy LLP, melalui integrasi penuh pelbagai Perkhidmatan Data Pasaran yang ditawarkan oleh aosphere dalam platform Pemantauan Pelaburan CSS.

Demi mematuhi sepenuhnya kewajipan terhadap pendedahan pegangan saham, pengurus pelaburan memerlukan capaian kepada data pasaran yang tepat dan kena pada masanya yang merangkumi pelbagai bidang seperti pengambilalihan syarikat, ambang didorong pengeluar (biasanya ditemui dalam tataurusan persatuan syarikat) dan data yang berkaitan dengan larangan jualan singkat sementara.

Rangkuman Perkhidmatan Data Pasaran untuk Pendedahan Pegangan Saham mengukuhkan kedudukan CSS sebagai penyedia penyelesaian Teknologi Kawal Selia bertaraf dunia kepada  pengurus aset institusi dan dana lindung nilai, dengan platform pemantauan pelaburan automatik yang menggandingkan secara unik kepakaran kawal selia dalaman yang tiada tandingnya dengan set data undang-undang industri dan pasaran berkaitan paling lengkap yang ditawarkan oleh aosphere.

"Kerjasama strategik kami dengan aosphere dibina atas modal intelek pasukan pakar undang-undang dan kawal selia kami lantas mempertingkatkan platform Pemantauan Pelaburan global kami dengan ketara," kata Doug Morgan, Ketua Pegawai Eksekutif CSS. "Dengan memanfaatkan kemampuan unik aosphere, seperti yang kami lakukan dengan integrasi Perkhidmatan Data Pasaran, akan terus membantu CSS mempercepat penyampaian ciri-ciri produk baharu pada tahun-tahun akan datang."

"Perkhidmatan Data Pasaran yang kami tawarkan menyediakan penyelesaian yang kukuh kepada para pelanggan yang perlu mematuhi peraturan pelaporan kawal selia yang rumit. Memperoleh data yang tepat dengan keberkesanan kos secara konsisten merupakan cabaran pelanggan yang utama dan kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan CSS untuk menawarkan perkhidmatan ini kepada pelanggan mereka. Kami tahu betapa pentingnya bagi pelanggan agar dapat melaksanakan kandungan undang-undang dan kawal selia dalam platform seperti platform Pemantauan Pelaburan CSS dan kami berharap agar keupayaan untuk menggunakan Data Pasaran ini akan menjadi pembangunan yang disambut baik bagi pelanggan CSS," kata Clare Godson, Pengarah Eksekutif aosphere.

Tentang CSS:

CSS ialah rakan kongsi Teknologi Kawal Selia global yang dipercayai yang menyatukan penyelesaian dipacu teknologi inovatif secara unik untuk menyokong firma perkhidmatan kewangan mengendalikan laluan yang jelas dan strategik melalui ruang kawal selia global yang kompleks dan berpecah-pecah. Penyelesaian dan perkhidmatan kami membantu firma-firma menepati tarikh akhir kawal selia sambil mengoptimumkan data, operasi dan teknologi pematuhan. CSS meliputi rangkaian penuh disiplin pematuhan global yang merangkumi pelaporan dana, pelaporan transaksi, pemantauan pelaburan, pengurusan pematuhan, perkhidmatan pematuhan dan perkhidmatan terurus dengan suatu pendekatan pelengkap dan berpusat terhadap pengurusan strategik data kawal selia yang dipanggil RBOR (Buku Rekod Kawal Selia). Syarikat ini kini memberikan perkhidmatan kepada lebih 600 pelanggan perisian dalam perkhidmatan kewangan vertikal yang terdiri daripada dana lindung nilai, pengurus aset tradisional dan pentadbir dana termasuk institusi sisi belian dan jualan Peringkat 1. CSS mengekalkan jejak global di seluruh Amerika Utara serta Eropah dengan pejabat perhubungan pelanggan di New York, London, Dublin, Amsterdam dan Stockholm. Untuk maklumat lanjut tentang CSS, sila layari: www.cssregtech.com.

Tentang aosphere LLP:

aosphere LLP, sebuah syarikat gabungan firma guaman antarabangsa Allen & Overy LLP yang terkemuka, mempunyai senarai pelanggan mengagumkan yang merangkumi lebih 500 bank pelaburan, pengurus aset dan dana utama dunia. aosphere mempunyai kepakaran dalam bidang utama seperti pendedahan pegangan saham (termasuk jualan singkat), sekatan pemasaran rentas sempadan, kerahsiaan data dan terbitan yang menyediakan produk langganan yang membantu para pelanggan mereka mengurangkan risiko undang-undang, kawal selia dan operasi. www.aosphere.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/748098/CSS_Logo.jpg?p=medium600

Source: Compliance Solutions Strategies
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Expansion New products/services Financial Technology