omniture

Authentix® Melengkapkan Pengambilalihan Strategic IP Information Pte Ltd (SIPI) yang Memperluas Pertumbuhannya dalam Perlindungan Jenama Digital

Authentix, Inc.
2021-07-15 16:29 35

ADDISON, Texas, 15 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Authentix, pihak berkuasa dalam perkhidmatan pengesahan dan maklumat mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih syarikat penyedia perlindungan jenama dan hak kandungan dalam talian yang terkemuka di Asia iaitu Strategic IP Information Pte Ltd (SIPI).

Selama lebih sepuluh tahun, SIPI telah menawarkan perkhidmatan canggih untuk jenama menjejaki saluran haram dengan produk dan pengeluar palsu, menggunakan alat dalam talian proprietari dan pelbagai perkhidmatannya yang merangkumi penguatkuasaan fizikal dan rampasan barangan cetak rompak. Dengan memanfaatkan pasukan penganalisis khusus dan teknologi platform canggih, SIPI dapat mengesan data perlanggaran dan aktiviti pemalsuan dengan segera untuk memberikan tindakan yang pantas dan laporan bermaklumat yang disepadukan kepada pangkalan pelanggan pemilik jenamanya yang semakin meningkat. SIPI kini memberikan perkhidmatan kepada lebih 200 jenama global dan bekerjasama dengan pelbagai firma undang-undang global yang utama serta pasukannya sendiri di New Delhi, Shenzhen, Paris, New York dan Geneva.

"Pengambilalihan strategik ini memperluas portfolio teknologi keselamatan digital kami yang merangkumi penyelesaian anti-pemalsuan dan hak kandungan dalam talian serta meningkatkan skop tawaran kepada pelanggan perlindungan jenama kami," kata Kevin McKenna, Ketua Pegawai Eksekutif Authentix yang turut menambah, "Elemen utama rancangan pertumbuhan kami termasuk penyepaduan kedua-dua perkhidmatan penyiasatan dan perlindungan hak cipta dalam talian dan SIPI ialah sebuah organisasi berkualiti tinggi yang amat bertepatan dengan keupayaan dan hala tuju strategik Authentix."

Pengasas merangkap Pengerusi SIPI, Bharat Dube (bekas Ketua Anti-pemalsuan Richemont Group) berkata, "Kami amat berbangga dapat bergabung tenaga dengan pasukan yang sangat berbakat dan berpengalaman di Authentix.  Penyelesaian menjejak dan mengesan canggih yang disediakan oleh Authentix dan digabungkan dengan penyelesaian penguatkuasaan dalam dan luar talian yang telah kami bangunkan dapat menawarkan perlindungan yang amat selamat kepada jenama terkemuka di dunia."

Ketua Pegawai Eksekutif SIPI, Bharat Kapoor menambah, "Dengan sokongan dan pembiayaan Authentix, kami yakin bakal menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan jenama dalam talian yang terkemuka di dunia."

SIPI akan kekal sebagai entiti operasi bebas yang mengekalkan jenama masing-masing dengan perancangan untuk disepadukan ke dalam kumpulan syarikat Authentix dan mengembangkan lagi gabungan set tawaran strategiknya serta memanfaatkan platform jualan Authentix yang lebih besar di pasaran.

Tentang SIPI:
Beribu pejabat di Singapura, SIPI menyediakan perkhidmatan pemantauan dan penguatkuasaan hak kandungan dan perlindungan jenama dalam talian yang diuruskan sepenuhnya untuk syarikat Fortune 500 dalam industri barangan mewah, fesyen, kosmetik, farmaseutikal, minuman keras, pembuatan, automotif dan media. SIPI mengendalikan Veri-Site, peneraju global dalam menyediakan risikan yang berkaitan dengan risiko tentang laman web jahat, pencurian harta intelek, jenayah siber, jenayah terancang rentas negara yang didayakan web dan entiti yang diluluskan untuk beroperasi dalam talian. Bahagian O2O ('dalam talian ke luar talian') SIPI memberi tumpuan kepada penyiasatan dan penguatkuasaan luar talian di China, India dan beberapa negara Asia yang lain.

Tentang Authentix:
Sebagai pihak berkuasa dalam penyelesaian pengesahan, Authentix berkembang maju dalam kerumitan rantaian bekalan. Authentix menyediakan penyelesaian pengesahan yang canggih untuk kerajaan, bank pusat dan produk komersial dengan memastikan ekonomi tempatan berkembang, keselamatan wang kertas kekal utuh dan produk komersial mempunyai peluang pasaran yang kukuh. Pendekatan kerjasama dan kepakaran sektor Authentix yang terbukti memberi inspirasi kepada inovasi yang proaktif, membantu pelanggan mengurangkan risiko untuk menggalakkan pertumbuhan pendapatan dan memperoleh kelebihan daya saing.  Beribu pejabat di Addison, Texas AS, Authentix, Inc. mempunyai pejabat di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Afrika yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.authentix.com. Authentix® ialah tanda dagangan berdaftar Authentix, Inc.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/429526/Authentix_Logo.jpg?p=medium600

Source: Authentix, Inc.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers