omniture

ELITechGroup Mengambil Alih GONOTEC, Sebuah Syarikat yang Menerajui Pasaran Osmometri Takat Sejuk Beku

ELITechGroup
2021-07-15 20:00 38

LOGAN, Utah, 15 Julai 2021 /PRNewswire/ -- ELITechGroup, peneraju pasaran global dalam teknologi osmometer berasaskan tekanan wap, mengumumkan pengambilalihan GONOTEC iaitu sebuah syarikat peneraju pasaran yang terkemuka dalam teknologi osmometer takat sejuk beku.

Pembelian syarikat tersebut menyatukan dua peneraju pasaran osmometri yang menawarkan industri dengan pelbagai penyelesaian osmometri bagi memenuhi keperluan khusus serta membolehkan pakar perubatan mendiagnosis penyakit dengan lebih cepat dan tepat sekali gus menentukan rawatan yang sewajarnya untuk para pesakit.

Selain itu, ELITechGroup kini mempunyai kewujudan langsung di pasaran Jerman yang membolehkan ia menawarkan keseluruhan portfolio produk dan penyelesaian secara langsung kepada para pelanggan.

"Pengambilalihan strategik GONOTEC mengembangkan kemampuan global syarikat dalam menyampaikan produk yang inovatif kepada segmen pasaran diagnostik in vitro, bioteknologi, kimia, alam sekitar, makanan & minuman, farmaseutikal dan penyelidikan.  Dengan gabungan inovasi selama lebih 90 tahun, kami berhasrat untuk menjadi syarikat osmometri nombor satu di dunia," kata Bryce McEuen, Naib Presiden Biomedical Systems. "Selain itu, pengambilalihan ini meningkatkan kapasiti dan memperluas kehadiran geografi kami bagi memenuhi keperluan makmal dengan tahap perkhidmatan dan sokongan pelanggan yang terunggul."

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian osmometri kami, sila layari Osmometers.com.

Tentang ELITechGroup
ELITechGroup ialah sebuah kumpulan pengilang dan pengedar bahan uji dan diagnostik in vitro untuk sistem kimia klinikal, mikrobiologi, diagnostik molekul, hematologi, sitologi dan sistem ujian keringat seluruh dunia yang dimiliki secara persendirian.  Misi kami adalah untuk menambah baik penjagaan pesakit dengan memperkasakan makmal untuk melakukan lebih banyak pada masa yang lebih singkat dengan tepat, bagi membolehkan rawatan yang pantas dan tepat disampaikan kepada pesakit.

Sila Hubungi: Amanda Warren, Pengarah Pemasaran
Syarikat: ELITechGroup
Alamat: 370 West 1700 South, Logan, UT  84321
Nombor Telefon: +1.435.227.1422
E-mel: a.warren@elitechgroup.com
Laman Web: ELITechGroup.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1216939/ELITechGroup_Logo.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1573317/gonotec_Logo.jpg?p=medium600

Source: ELITechGroup
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers