omniture

Hab kripto CV Labs yang berpangkalan di Switzerland mengumumkan kerjasama dengan Black Ocean, sebuah syarikat kewangan berorientasikan institusi

Black Ocean
2021-07-15 20:59 55

ZUG, Switzerland, 15 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Black Ocean, sebuah platform yang menyediakan kecairan dan diinkubasi oleh institusi perdagangan kuantitatif berfrekuensi tinggi VRM, telah mengumumkan kerjasama strategik dengan CV Labs, sebuah perniagaan ekosistem rantaian blok Switzerland yang juga merupakan inkubator yang menyediakan khidmat nasihat, kerja bersama dan acara kepada syarikat permulaan dan pelanggan korporat.

CV Labs and Black Ocean announced the partnership
CV Labs and Black Ocean announced the partnership

Black Ocean  menyediakan bursa, dana dan pelabur institusi dengan penyelesaian 'dark'pool', kecairan dan pelaksanaan aliran pesanan. Bagi pelanggan runcit, Black Ocean menawarkan perkhidmatan DeFi seperti pad pelancaran IDO, perdagangan berkeumpilan DEX, perlombongan kecairan dan pasaran NFT.

Kerjasama ini bermatlamat untuk menyokong dan membangunkan projek rantaian blok baharu serta syarikat permulaan kripto. Sebagai sebahagian daripada ekosistem VRM, Black Ocean akan bekerjasama dengan CV Labs untuk pelbagai inisiatif dalam industri rantaian blok, contohnya menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk inkubasi peringkat awal syarikat permulaan dan penyelesaian bergred profesional untuk pelanggan korporat.

Ekosistem VRM terdiri daripada VRM Quant, VRM Research, Black Ocean dan token FLy, token asal ekosistem VRM. VRM ialah sebuah firma HFT yang melancarkan VRM Research - hala tuju yang menyediakan pelanggan peruncitan dengan maklumat pasaran, penyelesaian isyarat dagangan dan laporan analisis daripada pusat perdagangan peringkat atasan. Kerjasama antara VRM Research dan CV Labs akan merangkumi laporan pasaran, acara dan seminar yang dianjurkan bersama hinggalah kepada program latihan dan bimbingan.

Ketahui lebih lanjut tentang VRM:
Laman Web Twitter Medium

Tentang CV Labs

CV Labs  ialah perniagaan ekosistem rantaian blok khusus dan ruang kerja bersama CV VC, sebuah firma Modal Usaha Niaga rantaian blok di Switzerland. Dengan lebih 150 buah syarikat permulaan didaftarkan di kesemua premisnya di Zug, Switzerland, Vaduz, Lichtenstein dan Dubai, UAE, hab kerja bersama CV Labs menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti inkubasi peringkat awal untuk syarikat permulaan, perkhidmatan inovasi untuk pelanggan korporat, modul pendidikan keusahawanan dan rantaian blok, pemasaran kandungan dan acara yang disasarkan untuk meletakkan syarikat rantaian blok ke dalam ekosistem serta khidmat nasihat yang membantu syarikat rantaian blok menubuhkan kedai di Crypto Valley dan di tempat-tempat lain.

CV Labs menawarkan syarikat permulaan dan para usahawan dengan dua perkhidmatan utama: CV Labs Incubator, sebuah program intensif selama 10 minggu di Zug, Switzerland yang terletak di tengah-tengah Crypto Valley serta ruang Kerja Bersama CV Labs yang menempatkan lebih 150 projek rantaian blok terkemuka dalam industri.

Ketahui lebih lanjut tentang CV Labs:
Laman web LinkedInYouTube

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1573968/cv_labs_x_black_ocean.jpg?p=medium600

Source: Black Ocean
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Joint ventures Blockchain Financial Technology