- Penerbangan selama 10 jam itu membuatkan Chengdu lebih mudah diakses oleh dunia –
BEIJING, 1 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Air China Limited (dirujuk sebagai "Air China" selepas ini) bakal memulakan perkhidmatan tanpa henti Chengdu-Frankfurt pada 19 Mei, 2013. Perkhidmatan baharu itu akan mengukuhkan kedudukan Chengdu sebagai hab pengangkutan udara barat daya China dan menawarkan pilihan lebih pantas dan berekonomi untuk pengembara antara barat daya China dan Eropah.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )
Chengdu adalah hab operasi wilayah Air China yang penting di barat daya China dan berada dalam laluan untuk lebih 62 penerbangan domestik, antarabangsa dan antara wilayah Air China. Ia adalah sebahagian daripada rangkaian laluan merentasi dunia pengangkut itu bersama Beijing yang merupakan hab utama dan Shanghai yang merupakan gerbang antarabangsa. Frankfurt adalah hab pengangkutan udara kedua terbesar di Eropah dan gerbang negara Jerman ke seluruh dunia. Ia digunakan oleh lebih 260 laluan udara. Ia juga menempatkan Ibu Pejabat Star Alliance dan Ibu Pejabat Rantau Eropah Air China. Dengan perkhidmatan Chengdu-Frankfurt baharu ini, bukan saja perjalanan antara kedua-dua bandar dan kedua-dua negara itu menjadi lebih mudah, tetapi juga mendapat faedah daripada rangkaian Star Alliance yang menyeluruh – dengan Star Alliance, para penumpang Air China boleh mengakses 1356 destinasi dalam lebih 193 negara dan wilayah dengan mudah.
Perkhidmatan tiga kali seminggu ini, CA431/432, akan ditawarkan menggunakan pesawat jarak jauh aliran utama Airbus A330-200 pada hari Selasa, Jumaat dan Ahad. Masa penerbangan adalah kira-kira 10 jam sahaja. Penerbangan itu akan bertolak dari Chengdu pada pukul 1:30 dan akan tiba di Frankfurt pada pukul 6:10 pada hari yang sama. Penerbangan pulang dijangka akan bertolak dari Frankfurt pada pukul 14:00 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Shuangliu Chengdu pada pukul 05:40 hari berikutnya. Jadual penerbangan itu disusun bagi memudahkan para penumpang mengakses penerbangan sambungan mereka di Frankfurt dan Chengdu selepas ketibaan mereka. Kapal terbang A330-200 mempunyai AVOD peribadi dalam semua kelas penerbangan dan kerusi boleh baring dalam Kelas Perniagaan.