omniture

Kemudahan Konigswinter Maxion Wheels Terima Anugerah Kecemerlangan Dunia Ford

Maxion Wheels
2013-06-01 23:10 113

NORTHVILLE, Michigan, 1 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Maxion Wheels ("Maxion" atau "Syarikat") hari ini telah mengumumkan bahawa kemudahannya di Konigswinter, Jerman telah mendapat salah satu daripada anugerah idaman Anugerah Kecemerlangan Dunia Perak ("WEA") daripada Ford Motor Company bagi mengiktiraf sumbangan kemudahan tersebut dalam memberikan produk berkualiti tinggi kepada Ford dalam tahun 2012.

Tony Brown, naib presiden kumpulan Ford untuk pembelian global, mengucapkan terima kasih kepada pembekal yang memenangi WEA itu kerana sumbangan mereka dalam membekalkan produk berkualiti tinggi, dan menyatakan bahawa pemenang anugerah itu telah memainkan peranan penting untuk kemajuan Ford melalui dedikasi mereka terhadap kecemerlangan.

"Kami gembira melihat kemudahan Konigswinter kami diiktiraf sebegini rupa oleh Ford, pelanggan global penting yang kami hargai setinggi-tingginya," kata Peter Klinkers, Presiden Maxion Wheels Divisyen EAAP. "Semua rakan sekutu kami di Konigswinter , sama seperti rakan-rakan sekerja mereka di seluruh dunia, bekerja keras bagi menyumbang kepada kejayaan Ford. Tahap keanjalan yang ditawarkan oleh kemudahan kami di Konigswinter menjadi contoh dan juga penentu bagi mendapatkan pengiktirafan penting ini daripada Ford. Kami sangat berterima kasih kepada Ford kerana memberikan pengiktirafan ini, dan juga kepada semua kakitangan kami yang menjadikan ia satu kenyataan."

Mengenai Maxion Wheels

Maxion Wheels adalah pengeluar utama dunia untuk roda aluminium dan besi bagi kereta penumpang dan trak ringan dan juga roda besi untuk trak komersil dan treler. Syarikat ini mempunyai operasi global dengan 25 buah kemudahan, termasuk kemudahan perniagaan, pejabat jualan, dan pengeluaran yang terletak dalam 15 buah negara di seluruh dunia. Syarikat ini menjual produk kepada setiap pengeluar besar kereta penumpang dan trak ringan di Amerika Utara, Asia dan Eropah serta kepada pelanggan kenderaan lebuhraya komersil di seluruh dunia.

Source: Maxion Wheels
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation Awards