omniture

Gabungan Bahan Buangan Plastik CGF Melancarkan Set Penuh "Peraturan Reka Bentuk Keemasan" untuk Menangani Bahan Buangan Plastik

The Consumer Goods Forum
2021-07-16 18:28 81

a

PARIS, 16 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Dengan wawasan bersama sebuah dunia yang tiada bahan buangan plastik berakhir di alam sekitar – darat atau laut – Forum Barangan Pengguna (CGF) melalui Gabungan Tindakan Bahan Buangan Plastik hari ini mengumumkan langkah kritikal terbaharu yang dibuat oleh ahli-ahli Gabungan untuk mentransformasikan hubungan industri dengan pembungkusan plastik. Kesemua 42 syarikat ahli Gabungan ini telah menerbitkan baki tujuh "Peraturan Reka Bentuk Keemasan", sebagai kesinambungan daripada pelancaran dua siri pertamanya pada Disember 2020. Ahli-ahli Gabungan komited melaksanakan setiap satu peraturan selepas mengenal pasti dan mengutamakan peluang dalam portfolio pembungkusan mereka sendiri yang membolehkan mereka membuat impak yang bersasar dan bernilai.

Berpandukan wawasan Yayasan Ellen MacArthur untuk ekonomi Plastik Baharu, yang disokong oleh CGF pada Oktober 2018, Gabungan ini komited untuk memacu kemajuan ke arah merealisasikan ekonomi kitaran. Untuk tujuan ini, semasa pelancarannya pada tahun lalu, Gabungan telah menggariskan wawasan kemajuan yang terkandung dalam empat keutamaan penting: reka bentuk semula pembungkusan, pembangunan rangka kerja bagi program-program Tanggungjawab Pengeluar Diperluas (EPR), menggalakkan inovasi kitar semula, dan merintis program-program baharu dalam pasaran maju dan pasaran peralihan untuk meningkatkan kadar kitar semula.

Memarakan keutamaan pertama mereka, ahli Gabungan kini telah memuktamadkan siri lengkap "Peraturan Reka Bentuk Keemasan", bagi reka bentuk pembungkusan plastik yang dicipta untuk mempercepatkan kemajuan ke arah penggunaan plastik yang kurang dan lebih baik. Komitmen secara sukarela, bebas dan terikat dengan masa ini akan mewujudkan nilai yang besar bagi industri dan sistem yang lebih luas, dan membina momentum yang perlu bagi mencapai perubahan lanjut reka bentuk yang diperlukan untuk mencapai sasaran yang dibentangkan dalam Komitmen Global Ekonomi Plastik Baharu.

Peraturan reka bentuk terbaharu ini menumpukan kepada penghapusan pembungkusan plastik yang tidak perlu, dengan mengurangkan ruang kepala dan bungkusan plastik melampau, serta meningkatkan nilai kitar semula dalam pelbagai jenis plastik, termasuk pembungkusan pentermobentukan PET, pembungkusan fleksibel pelanggan serta HDPE dan PP tegar.  Pembungkusan plastik perniagaan-ke-perniagaan juga akan disasarkan, dengan penghapusan semua pembungkusan yang tidak perlu yang tidak sampai kepada pelanggan. Peraturan ini juga merangkumi penggunaan arahan kitar semula pada pek yang jelas dan tepat, yang akan membantu pelanggan memastikan bahawa pembungkusan diasingkan mengikut penyelesaian akhir hayat yang sesuai.  Dua peraturan pertama dalam siri ini, yang diterbitkan pada Disember 2020, memberi tumpuan terhadap peningkatan nilai kitar semula botol PET dan menghapuskan elemen bermasalah daripada pembungkusan, misalnya hitam karbon, PVC (polivinil klorida) dan EPS (polistirena diperkembang), yang menyulitkan proses kitar semula.

Peraturan Reka Bentuk Keemasan adalah berdasarkan garis panduan reka bentuk yang biasa digunapakai, garis panduan reka bentuk peruncit, nasihat yang diterbitkan oleh badan-badan yang bereputasi baik, hasil kerja Pakatan Plastik dan undang-undang negara tertentu, dan telah diterima pakai oleh pakar-pakar daripada syarikat ahli yang telah menjadi sebahagian daripada arus kerja Reka Bentuk. Sepanjang proses ini, arus kerja ini telah disokong oleh panel pakar bebas dari serata dunia yang telah memberikan garis panduan tentang susunan kata peraturan tersebut, serta apabila pengecualian telah dibangkitkan, memberikan cadangan bagi penyelesaian teknikal.

Ahli Gabungan dari serata dunia, dengan hasil bersama lebih daripada 1 trilion euro dan mewakili lebih daripada 10 peratus pasaran pembungkusan plastik global, telah komited untuk mengguna pakai peraturan-peraturan ini di mana-mana sahaja yang boleh menjelang 2025. Ahli-ahli telah diminta supaya dengan sukarela bertekad untuk melaksanakan perubahan reka bentuk ini menjelang 2025 dan supaya melaporkan kemajuan mereka setiap tahun, dalam proses yang sejajar dengan Komitmen Global Ekonomi Plastik Baharu. Perincian mengenai apa yang terangkum dalam sembilan peraturan ini dan ahli mana yang telah mengguna pakai peraturan tersebut boleh didapati di laman web Gabungan.

Tindakan-tindakan mengenai reka bentuk ini diawasi oleh kepimpinan Gabungan. Gabungan ini ditaja pada peringkat Lembaga CGF oleh Alan Jope, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unilever, dan Galen Weston, Pengerusi Eksekutif Loblaw Limited. Jawatankuasa Pemandunya dipengerusikan bersama oleh Barry Parkin, Ketua Pegawai Perolehan dan Kelestarian Mars, Incorporated, serta Robert Nicol, Naib Presiden Hal Ehwal Korporat Walmart Kanada.

Ron Delia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amcor berkata, "Amcor mengalu-alukan Peraturan Reka Bentuk Keemasan ini sebagai penanda aras yang dikongsi bersama yang akan membantu meningkatkan kadar kitar semula dan mengurangkan bahan buangan di alam sekitar. Peraturan-peraturan ini benar-benar sejajar dengan komitmen Amcor untuk mereka bentuk semua produk kami supaya boleh dikitar semula atau digunakan semula menjelang 2025. Kami berbangga bahawa begitu banyak produk kami yang sudah mematuhi piawaian yang dipimpin industri dan kami sentiasa membuat pembaharuan penyelesaian pembungkusan bertanggungjawab yang diperlukan oleh pelanggan kami demi memarakan perjalanan kelestarian mereka.

Galen Weston, Pengerusi Eksekutif dan Presiden Loblaw Companies Limited berkata, "Peraturan Reka Bentuk Keemasan ini menawarkan kepada industri kita kejelasan dan peluang untuk memacu ekonomi kitaran dan menangani pencemaran plastik. Adalah menjadi tugas kita untuk memimpin, menjadi rakan, dan menegaskan kesegeraan supaya perubahan reka bentuk asas ini menjadi norma industri. Sistem yang lebih pintar bermula dengan pilihan bahan yang lebih pintar."

James Quincey, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Coca-Cola berkata, "Perlaksanaan Peraturan Reka Bentuk Keemasan CGF oleh Syarikat Coca-Cola mencerminkan kerjasama rapat segenap perniagaan kami dan pihak-pihak berkepentingan utama untuk memacu perubahan positif. Sama ada ia adalah contoh tempatan seperti botol rPET 100% tanpa label kami yang baharu untuk jenama air mineral semula jadi I LOHAS di Jepun ataupun sasaran global seperti matlamat pengurangan plastik baharu yang kami tetapkan pada awal tahun ini, kami sedang mengembangkan pembungkusan kami dan mencipta penyelesaian untuk memacu ekonomi kitaran."

Alan Jope, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unilever berkata, "Peraturan Reka Bentuk Keemasan CGF adalah satu takrifan penting bagi industri kita tatkala kita cuba meningkatkan pengitaran semula di seluruh dunia dan memastikan bahan buangan plastik tidak berada di alam sekitar. Ahli-ahli kami telahpun membangunkan pembaharuan bertaraf dunia untuk memastikan produk-produk kami boleh dikitar semula, tetapi kami perlu melangkah lebih jauh dan lebih cepat. Standard yang dikongsi bersama ini akan membantu memacu reka bentuk pembungkusan yang lebih baik, meningkatkan tindakan bersama dan mempercepatkan kemajuan ke arah model ekonomi kitaran."

42 syarikat ahli Gabungan Sisa Plastik adalah: Kumpulan ALDI SOUTH, Amcor, Barilla, Kumpulan Bel, Kumpulan Beijing Hualian, Carrefour, Syarikat Coca-Cola, Colgate-Palmolive, Danone, Dairy Farm, Essity, Ferrero, Grupo AlEn, Grupo Bimbo, GSK, Henkel, ICA, Jerónimo Martins, Johnson & Johnson Consumer Health, Kao Corporation, Land O'Lakes, Lenta, L'Oréal, Loblaw Companies Limited, Mars, Incorporated, McCain Foods, Merck Animal Health, Mondelēz International, Nestlé, NTUC Fairprice, PepsiCo, Procter & Gamble, Reckitt, Refresco, Rewe Group, Sainsbury's, SC Johnson, SIG Combibloc Group, Tetra Pak, Unilever PLC, Walgreens Boots Alliance, and Walmart.

Perihal Gabungan Tindakan ke atas Sisa Plastik Forum Barangan Pengguna

Gabungan Tindakan ke atas Sisa Plastik Forum Barangan Pengguna ("CGF") telah diasaskan pada 2020 dengan matlamat membangunkan pendekatan lebih berkitar terhadap pembangunan dan pemprosesan pembungkusan plastik dalam industri barangan pengguna. Perkembangan Gabungan membina sokongan Ekonomi Plastik Baharu Yayasan Ellen MacArthur 2018 CGF. Sebagai sebuah kumpulan 42 peruncit dan pengeluar komited dan inovatif yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), visi Gabungan yang ingin mempercepatkan kemajuan ke arah Ekonomi Plastik Baharu dirangkumi oleh matlamat utamanya untuk ahli-ahli berusaha ke arah melaksanakan langkah-langkah yang memberi impak melalui pemuafakatan pelbagai pihak berkepentingan yang akan membantu menjadikan ekonomi kitaran suatu norma dalam industri. Untuk maklumat lanjut tentang usaha CGF mengurangkan sisa plastik, sila lawati www.tcgfplasticwaste.com.

Mengenai Forum Barangan Pengguna

Forum Barangan Pengguna ("The Consumer Goods Forum, CGF") ialah sebuah rangkaian industri global berdasarkan pariti yang didorong oleh ahlinya bagi menggalakkan penerimaan amalan dan standard global yang mengendalikan industri barangan pengguna di seluruh dunia. Ia menyatukan CEO dan pengurusan kanan dari 400 peruncit, pengilang, pembekal perkhidmatan dan pihak berkepentingan lain merentasi 70 buah negara, dan ia mencerminkan kepelbagaian industri dari segi geografi, saiz, kategori dan format produk. Syarikat ahlinya merekodkan gabungan jualan sebanyak EUR 3.5 trilion dan secara langsung menggaji hampir 10 juta pekerja, dengan 90 juta lagi pekerjaan berkaitan yang dianggarkan di sepanjang rantaian nilai. Ia dikawal oleh Lembaga Pengarah, yang terdiri daripada 58 pengilang dan CEO peruncit. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.theconsumergoodsforum.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1279200/The_Consumer_Goods_Forum_Logo.jpg?p=medium600

Source: The Consumer Goods Forum
Keywords: Environmental Products & Services Mining/Metals Publishing/Information Service Conservation/Recycling Environmental Issues Environmental Policy