omniture

Penghubungan Khidmat Pelanggan Baharu GMC Software Membolehkan Syarikat Insurans Menyelesaikan Kes-kes Mereka 64 Peratus Lebih Pantas

GMC Software Technology AG
2013-06-03 09:00 157

APPENZELL, Switzerland, 3 Jun 2013 /PRNewswire/ --

GMC Software Technology (GMC), peneraju pemenang anugerah dalam Pengurusan Komunikasi Pelanggan (CCM) dan pengurusan output, hari ini telah mengumumkan ketersediaan umum penyelesaian interaktif terbaharu mereka untuk urusan surat-menyurat pusat khidmat pelanggan mereka. Penghubungan Khidmat Pelanggan adalah sebuah aplikasi canggih baharu yang memberi industri insurans sebuah prasarana umum untuk mengurus dan menyunting semua jenis surat-menyurat khidmat pelanggan dengan serta-merta.

 (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130603/618311 )

Berasaskan GMC Inspire, penyelesaian ini direka sebagai satu penyelesaian platform urusan surat-menyurat tunggal automatik sepenuhnya. Penghubungan Khidmat Pelanggan membolehkan semua wakil khidmat pelanggan insurans, agen dan kakitangan barisan hadapan pusat panggilan untuk mengekalkan penjenamaan berterusan, memberi respons pantas menangani semua isu pelanggan dan memastikan pematuhan.

Penghubungan Khidmat Pelanggan sesuai untuk perusahaan insurans yang mahu memberikan kakitangan mereka yang berhadapan dengan pelanggan keanjalan dan autonomi yang mereka perlukan untuk menilai situasi mana yang memerlukan perhatian segera. Selepas itu mereka boleh menjana komunikasi yang tersuai khusus dan menepati kehendak dengan serta-merta dan memberikannya melalui saluran pilihan pelanggan, dan kekal memastikan kejituan dan pengawalan kos. Syarikat-syarikat mendapat manfaat dengan menghapuskan proses manual dan penyelesaian pelbagai langkah. Hasilnya adalah kakitangan yang lebih produktif, pengurangan kos yang signifikan, pengurangan tekanan ke atas sumber IT dan para pelanggan yang lebih berpuas hati kerana kemampuan menyelesaikan urusan surat-menyurat kes 64% lebih pantas berbanding proses biasa.

"Kebanyakan syarikat insurans hari ini terbeban untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan. Mempunyai peralatan pengurusan komunikasi pelanggan yang betul bagi menyokong pelanggan, daripada sebut harga, pembaharuan, tuntutan hingga kepada polisi, bukan lagi satu kemewahan, tetapi sudah menjadi satu keperluan dalam pasaran yang bersaing hari ini," kata Henri Dura, Ketua Pegawai Eksekutif GMC Software Technology. "Kami sangat gembira kerana syarikat-syarikat insurans seluruh dunia telah belajar bergantung kepada GMC bagi membantu mereka memberi komunikasi saluran berbilang yang patuh dan terkawal bagi memastikan setiap proses hubungan antara syarikat insurans dengan pelanggan akan menghasilkan keputusan yang positif. Penghubungan Khidmat Pelanggan memenuhi keperluan untuk memberikan komunikasi pantas dan menepati masa kepada pelanggan, di waktu mereka memerlukannya dan dalam cara yang mereka inginkan bagi memacu pertumbuhan perniagaan."

GMC Software Technology AG: memberikan penyelesaian dalam bidang Pengurusan Komunikasi Pelanggan. Platform syarikat itu, GMC Inspire, membolehkan perusahaan menghantar komunikasi yang relevan pada masa yang tepat, melalui saluran pilihan setiap pelanggan bagi membantu perniagaan meningkatkan penglibatan pelanggan dalam pelbagai proses hubungan antara syarikat dengan pelanggan, memacu kesetiaan pelanggan serta kelancaran pemerolehan dan operasi.

GMC Software Technology berkhidmat untuk ribuan pelanggan seluruh dunia dalam industri perbankan, insurans, peruncitan, perkhidmatan perniagaan, telco/utiliti dan penjagaan kesihatan. Ia menerima pelbagai anugerah dalam bidang CCM, dan diiktiraf sebagai peneraju industri untuk inovasi. Lawati: http://www.gmc.net.

Logo GMC dan GMC Inspire adalah tanda dagangan GMC Software Technology

Media:
Korporat, APAC
GMC Software Technology
+44-(0)-845-223-2443
press@gmc.net
Negara Benua Amerika
Sterling Kilgore
+1-630-964-8500
sarmstrong@sterlingkilgore.com
EMEA
Chameleon PR
+44-(0)-20-7680-5500
gmc@chameleonpr.com

Source: GMC Software Technology AG
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services