omniture

UL dan Advanced Remanufacturing and Technology Centre, Singapura Bergabung Tenaga untuk Menangani Cabaran dan Peluang Mobiliti Baharu

UL
2021-07-17 03:38 414

Sidang Kemuncak Realizing the Future of Mobility Now maya pada 11-13 Ogos akan membantu pengeluar dan pembekal automotif menangani isu-isu yang berkaitan dengan kenderaan autonomi, terhubung, elektrik dan kongsi.

NORTHBROOK, Illinois, 17 Julai 2021 /PRNewswire/ -- UL, peneraju sains keselamatan global hari ini mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan Sidang Kemuncak Future of Mobility Now (Masa Depan Mobiliti Semasa) secara maya pada hari Rabu, 11 Ogos hingga Jumaat, 13 Ogos (SGT). Acara ini akan diadakan secara kerjasama dengan Advanced Remanufacturing and Technology Centre (ARTC), sebuah unit Agency for Science, Technology and Research (A*STAR), Singapura yang mendorong kerjasama antara sektor swasta dan awam untuk membawa penyelidikan canggih kepada penggunaan industri. Sesi ini akan memberikan pemahaman yang memberi tumpuan kepada cabaran keselamatan, perlindungan, kualiti, prestasi, kawal selia dan kelestarian yang berkaitan dengan ACES iaitu empat trend mega yang saling bergantung yang mengubah industri automotif: autonomi (Autonomy), kesalinghubungan (Connectivity), pengelektrikan (Electrification) dan mobiliti bersama (Shared mobility). Para penceramah merangkumi pemimpin pemikir daripada World Economic Forum®, Society of Automotive Engineers Industry Technologies Consortia® (SAE ITC), Foretellix, Hexagon Manufacturing Intelligence, KPMG, Stantec GenerationAV, Aurora Labs, National University of Singapore, Great Wall Motors dan Deepen AI serta banyak lagi.

UL, the global safety science leader, will host the virtual Future of Mobility Now Summit Wed., Aug. 11 to Fri., Aug. 13. The sessions will provide insight focusing on safety, security, quality, performance, regulatory and sustainability challenges related to ACES, the four interdependent mega-trends transforming the automotive industry: autonomy, connectivity, electrification and shared mobility.
UL, the global safety science leader, will host the virtual Future of Mobility Now Summit Wed., Aug. 11 to Fri., Aug. 13. The sessions will provide insight focusing on safety, security, quality, performance, regulatory and sustainability challenges related to ACES, the four interdependent mega-trends transforming the automotive industry: autonomy, connectivity, electrification and shared mobility.

"Memperkenalkan teknologi kenderaan autonomi yang inovatif di samping menyediakan manfaat kemudahan dan keselamatan yang dipertingkatkan serta memperkenalkan cabaran keselamatan baharu. Inilah sebabnya gabungan teknologi dan keselamatan mobiliti baharu memerlukan penyelesaian menyeluruh yang membantu dalam mewujudkan operasi yang selamat dan terjamin bagi sistem kenderaan yang semakin pintar dan kompleks," kata Sajeev Jesudas,  Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Komersial UL. "Tidak akan pernah ada masa yang paling menarik atau inovatif seperti sekarang memandangkan revolusi mobiliti baharu semakin meningkat setiap hari. Pada Sidang Kemuncak Realizing the Future of New Mobility (Merealisasikan Masa Depan Mobiliti Baharu) ini, kami tidak sabar untuk bersama-sama dengan ARTC mengetengahkan isu mobiliti baharu yang penting yang dapat membantu dalam memajukan penerimagunaan teknologi AV."

Sidang Kemuncak Future of Mobility Now ini akan menyediakan maklumat terkini tentang ujian, pensijilan pemeriksaan serta perkhidmatan latihan dan penilaian yang komprehensif berkaitan kenderaan autonomi kepada para pengeluar dan pembekal automotif. Ini merangkumi aspek-aspek yang mempengaruhi keselamatan siber, elektronik dalam kenderaan, sistem pendorongan kenderaan yang kompleks dan sistem bantuan pemandu yang canggih (advanced driver-assistance systems, ADAS) serta teknologi dan produk mikromobiliti baharu sepenuhnya.

Sorotan agenda Sidang Kemuncak Realizing the Future of New Mobility:

  • Autonomi, Kesalinghubungan dan Pengelektrikan – Masa Depan Pengangkutan.
    • Mengapakah Trend Mega ACES Saling Bergantung?
    • Masa Depan Keselamatan Siber bagi Kenderaan Terhubung dan Autonomi
  • Meletakkan Asas untuk Kenderaan Autonomi.
    • Penggunaan Kenderaan Autonomi dan Cabaran yang Dihadapi oleh Pengawal Selia/Pembuat Dasar
    • Indeks Kesediaan Kenderaan Autonomi
    • Peranan Simulasi dan AI dalam Penentusahan dan Pengesahan bagi Meningkatkan Keselamatan Kenderaan Autonomi
  • Menyelesaikan Cabaran Keselamatan Autonomi.
    • Inisiatif Pemanduan Selamat Forum Ekonomi Dunia
    • Menilai Keselamatan Autonomi
    • Keselamatan Kenderaan Autonomi merangkumi SAE® dan lain-lain Piawaian Aktiviti, Technical Reference 68 (TR-68) Singapura, UL 4600, Standard for Safety for the Evaluation of Autonomous Products (Piawaian Keselamatan untuk Penilaian Produk Autonomi), ISO/PAS 21448, Safety Of The Intended Functionality (SOFIT) and ISO 26262, Kenderaan jalan raya — Fungsi Keselamatan

Pendaftaran untuk Sidang Kemuncak Realizing the Future of Mobility Now Summit ialah percuma dan kini dibuka.

Tentang UL 
UL ialah peneraju sains keselamatan global. Kami menyampaikan perkhidmatan ujian, pemeriksaan dan pensijilan (TIC), latihan dan khidmat nasihat, penyelesaian pengurusan risiko serta pemahaman perniagaan yang penting untuk membantu para pelanggan kami yang berpangkalan di lebih 100 buah negara dalam mencapai matlamat keselamatan, perlindungan dan kelestarian mereka. Pengetahuan mendalam kami tentang produk dan kecerdasan di seluruh rantaian bekalan menjadikan kami rakan niaga pilihan kepada pelanggan dengan cabaran yang kompleks. Dapatkan maklumat lanjut di UL.com.

Untuk mendapatkan maklumat tentang pembangunan Piawaian dan aktiviti bukan berkeuntungan yang lain, sila layari UL.org.

Hubungan akhbar:
Steven Brewster
UL
ULNews@UL.com 
+1.847.664.8425

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1574988/ul_future_of_mobility_now_summit.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/325015/ul_enterprise_logo.jpg?p=medium600

Source: UL
Related Links:
Keywords: Auto Publishing/Information Service Transportation Future Events