omniture

Hasil LTI meningkat sebanyak 5.1% QoQ dan 20.4% YoY;

LTI
2021-07-19 11:04 34

Keuntungan bersih meningkat sebanyak 19.3% YoY

Dividen khas bernilai INR10 setiap saham pada penyenaraian selama 5 tahun 

MUMBAI, India, 19 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global mengumumkan hasil Suku Tahunan Pertama bagi Tahun Kewangan 2022 pada hari ini.

Dalam Dolar AS: 

  • Hasil berjumlah USD470.2 juta; pertumbuhan pada kadar 5.1% QoQ (Suku Tahunan ke Suku Tahunan) dan20.4% YoY (Tahun ke Tahun)
  • Pertumbuhan Hasil Mata Wang Malar pada kadar 4.8% QoQdan17.8% YoY

Dalam Rupee India: 

  • Hasil berjumlah INR34,625 juta; pertumbuhan pada kadar 5.9% QoQ dan 17.4% YoY
  • Pendapatan Bersih berjumlah INR4,968 juta; pengurangan sebanyak 9.0% QoQdan pertumbuhan sebanyak 19.3% YoY

Pulangan Modal 

  • Dividen khas bernilai INR10 setiap saham sempena memperingati genap 5 tahun penyenaraiannya di bursa saham di India

"Kami berbesar hati untuk melaporkan pertumbuhan berjujukan S1 terbaik kami pada kadar 5.1% yang didorong oleh pertumbuhan menyeluruh di seluruh vertikal, barisan perkhidmatan, piramid pelanggan dan geografi kami. Perancangan yang kukuh dan permintaan tinggi yang berterusan meyakinkan kami terhadap pertumbuhan masa depan kami.

"S1 juga menandakan ulang tahun ke-5 pelancaran IPO LTI dan Ahli Lembaga Pengarah kami telah mengisytiharkan dividen khas bagi memperingati peristiwa ini. Sepanjang 5 tahun yang lalu, kami telah menghasilkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) hasil USD sebanyak 13.5% dan keuntungan bersih melebihi dua kali ganda. Saya berbangga dengan cara kami terus berinovasi dan menghasilkan pertumbuhan tahun ke tahun yang terkemuka dalam industri. Saya juga teruja apabila kami mengukuhkan keupayaan kejuruteraan digital kami dengan mengalu-alukan penyertaan Cuelogic Technologies ke dalam keluarga LTI." 

- Sanjay Jalona, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan 

Perjanjian Diperoleh Terkini 

  • Sebuah syarikat pengedaran tenaga Fortune 500 Global telah memilih LTI bagi urus niaga perkhidmatan keselamatan terurus termasuk L1 SOC dan sokongan lengkap untuk semua aplikasi keselamatan. Sebagai sebahagian daripada penglibatan ini, LTI akan membolehkan operasi keselamatan berpandukan kecerdasan ancaman untuk mengurangkan risiko perniagaan
  • Sebuah syarikat utama dalam pasaran tenaga boleh diperbaharui serta minyak & gas di Timur Tengah telah memilih LTI melalui kerjasama strategiknya dengan peneraju transformasi digital serantau untuk penghijrahan ke awan, pemodenan dan pengurusan keseluruhan landskap IT-nya
  • LTI telah dipilih dalam satu perjanjian perkhidmatan terurus IT yang lengkap merangkumi penyediaan penyelesaian bagi proses dan alatan, operasi keselamatan dan pemantauan untuk unit yang dinyahlabur oleh sebuah syarikat pengeluar dan pembekal global bagi bahan kimia khusus yang berpangkalan di Amerika Utara
  • Anak syarikat salah satu bank terbesar di Asia telah memilih untuk bekerjasama dengan LTI bagi sokongan pelaksanaan, penyepaduan dan penyelenggaraan platform perbankan swasta mereka menggunakan Temenos Wealth
  • Sebuah syarikat terkemuka semikonduktor global yang berpangkalan di Eropah telah bekerjasama dengan LTI untuk mereka bentuk semula dan menyelaraskan proses perniagaannya dengan SAP S/4HANA bagi menjadikannya lebih berskala, cekap, tangkas dan fleksibel
  • Sebuah syarikat multinasional yang menyediakan penyelesaian berkaitan tenaga yang berpangkalan di Amerika Utara telah memilih LTI untuk mengubah proses 'pejabat depan' iaitu bahagian pentadbiran utama dan 'pejabat tengah' iaitu bahagian kewangan, menggunakan SAP S/4HANA yang membolehkan pemudahan operasi, peningkatan pengalaman pelanggan dan pengoptimuman kos
  • Sebuah syarikat insurans kasualti dan hartanah Amerika Utara telah memilih LTI untuk sokongan rangkaian dan pengurusan pangkalan data bagi memastikan sokongan operasi yang lancar selama 24 jam sehari. Ini akan membantu mempercepat perjalanan penyelesaian awan mereka
  • Sebuah syarikat broker insurans yang berpangkalan di Amerika Utara telah memilih LTI untuk mengubah dan mendigitkan operasi perniagaannya dalam salah satu segmen pertumbuhan utamanya. Ia merangkumi proses pengenalpastian, penjualan dan perkhidmatan untuk menjadikannya moden dan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan, meningkatkan perniagaan dengan cekap dan mendorong keputusan perniagaan melalui data dan analisis
  • Sebuah syarikat penyedia penyelesaian perkhidmatan, penyampaian dan pembuatan bersepadu Amerika Utara bagi syarikat produk farmaseutikal, biologi dan kesihatan pengguna telah memilih LTI untuk menyokong penggunaan dan sistem ERP bagi memastikan kecekapan operasi dan penyelesaian yang menjimatkan kos
  • Indeks pasaran saham yang terkenal di dunia telah memilih LTI sebagai rakan niaga kejuruteraan dan infrastruktur awan untuk menyokong perjalanannya dalam penerimagunaan awan yang berbilang tahun

Anugerah dan Pengiktirafan 

  • LTI diiktiraf oleh Gartner 2021 Magic Quadrant bagi Oracle Cloud Application Services, Worldwide (Perkhidmatan Aplikasi Awan Oracle Seluruh Dunia)
  • LTI Leni diiktiraf oleh Forrester Research sebagai vendor pengesanan anomali sampel dalam The Forrester Tech Tide™: Customer Insights Methods, Q2 2021
  • LTI Diiktiraf sebagai Peneraju oleh ISG Provider Lens™ ServiceNow Ecosystem Partners Report, US 2021
  • LTI Leni diiktiraf sebagai Representative Vendor (Vendor Perwakilan) oleh Gartner Market Guide for Augmented Analytics Tools, Austin Kronz et al.,28 June 2021

Gartner Magic Quadrant for Oracle Cloud Application Services, Worldwide, Katie Gove  et al., 24 May 2021 

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu 

Sorotan Perniagaan Lain

  • Ahli Lembaga Pengarah pada mesyuarat yang diadakan pada 15 Julai 2021 telah mengisytiharkan dividen khas sebanyak INR10 setiap saham ekuiti (Nilai Muka sebanyak INR1) sempena memperingati genap 5 tahun penyenaraiannya di bursa saham di India
  • LTI mengambil alih Cuelogic Technologies iaitu sebuah syarikat Kejuruteraan Digital dan Penyumberluaran Pembangunan Produk
  • LTI memenangi pelbagai anugerah dalam kedudukan Institutional Investor 2021 Rest of Asia ex-Mainland China Executive Team.  LTI telah disenaraikan antara 3 syarikat terbaik dalam semua kategori jualan dalam bidang Teknologi/Perkhidmatan & Perisian IT: #2 Best CEO, #3 Best CFO, #3 Best ESG, #2 Best IR Program dan #1 Best IR Professional. Ia juga diiktiraf dalam senarai 'Most-Honored' Companies Asia List 2021 (Syarikat Asia 2021 'Paling Dihormati')
  • LTI telah diiktiraf sebagai Global Innovation Partner of the Year (Rakan Inovasi Global Tahun Ini) oleh Snowflake, Syarikat Awan Data
  • LTI Syncordis telah diiktiraf sebagai Temenos Service Partner of the Year (Rakan Perkhidmatan Temenos Tahun Ini)

Tentang LTI 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 435 pelanggan berjaya dalam dunia yang kian menumpu. Dengan operasi di 31 buah negara, kami berusaha keras untuk pelanggan kami dan mempercepat transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang mendayakan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingan untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks meliputi semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 36,000 warga LTI membolehkan pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Dapatkan maklumat lanjut di http://www.Lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 India:EQLTI
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Social Media Telecommunications Dividends Earnings Data Analytics