omniture

SenseTime Melancarkan Hab Inovasi AI Antarabangsa SenseTime di Singapura Untuk Menyokong Perjalanan Digitalisasi SEA

SenseTime
2021-07-19 22:04 121

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Julai 2021 /PRNewswire/ -- SenseTime, sebuah syarikat kecerdasan buatan (AI) global yang terkemuka, hari ini melancarkan SenseTime International AI Innovation Hub (Hab Inovasi AI Antarabangsa SenseTime, "Hub") di Singapura untuk bertindak sebagai lokus di Asia Tenggara untuk melanjutkan keupayaan AI mereka. Syarikat ini juga mengesahkan lagi komitmennya untuk memupuk bakat AI berpangkalan di Singapura melalui dua Memoranda Persefahaman (MoU), satu dengan Business China dan satu lagi dengan Institute of Technical Education (ITE) Singapura, bagi menyokong pembinaan keupayaan AI di Singapura. Pelancaran Hab tersebut dirasmikan oleh Tetamu-Kehormat Cik Sun Xueling, Menteri Negara, Kementerian Pendidikan, Singapura yang turut menyaksikan kedua-dua penandatanganan MoU berkenaan.

Guest of Honour Ms Sun Xueling, Minister of State, Ministry of Education Singapore, and Mr Martin Huang, Managing Director of SenseTime International, initiating the SenseTime International AI Innovation Hub launch sequence with their right hands.
Guest of Honour Ms Sun Xueling, Minister of State, Ministry of Education Singapore, and Mr Martin Huang, Managing Director of SenseTime International, initiating the SenseTime International AI Innovation Hub launch sequence with their right hands.

Dengan AI yang diunjurkan akan mencapai peningkatan KDNK sebanyak 10 hingga 18 peratus di seluruh Asia Tenggara dan menyumbang hampir US$1 trilion untuk ekonomi rantau ini pada tahun 2030[1], Hab di Singapura akan membawakan teknologi AI dan Visi Komputer syarikat serta berperanan sebagai makmal hidup yang imersif untuk membantu perniagaan memanfaatkan kuasa AI bagi menggiatkan ekonomi digital Asia Tenggara dan menyerlahkan peluang baharu melalui kecerdasan terhubung.

Bagi meningkatkan ekosistem AI di Singapura melalui pemupukan bakat, SenseTime akan turut bekerjasama dengan Business China dan ITE bagi menyediakan pengetahuan AI dan pengalaman amali kepada mahasiswa pengajian tinggi tempatan, pelajar pasca siswazah dan orang dewasa yang berminat dengan AI untuk membangunkan keupayaan teknikal mereka dalam bidang tersebut.

"Status Singapura sebagai hab kewangan global dan potensi pertumbuhannya yang sangat besar untuk menjadi pusat inovasi AI di Asia Tenggara menjadikannya lokasi yang strategik dalam jejak pengembangan SenseTime. Bagi mencapai tujuan ini, kami menubuhkan Hab kami di Singapura untuk membuka jalan dan menonjolkan komitmen kami terhadap inovasi dan penerimaannya oleh perniagaan di rantau ini. Dengan asal usul kami dalam dunia akademik, kami berharap dapat membawa inovasi yang lebih asli dan teknologi AI yang bertanggungjawab untuk menggiatkan ekonomi digital Asia Tenggara," kata Dr Xu Li, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, SenseTime Group. 

"Dengan lebih 70 peratus pengguna Asia Tenggara bersetuju bahawa AI adalah sangat penting untuk masa depan[1] rantau ini, terdapat keperluan yang kritikal untuk kerajaan dan penyedia AI melengkapkan tenaga kerja di seluruh rantau ini dengan kemahiran AI asas. Justeru itu, SenseTime turut melanjutkan komitmen kami untuk menggalakkan dan memudahkan pembangunan AI di seluruh rantau ini melalui Hab Inovasi AI Antarabangsa kami bagi memperkasa generasi seterusnya dengan keupayaan untuk berkembang maju dalam era yang mengutamakan digital," kata En. Martin Huang, Pengarah Urusan, SenseTime International.

Pelancaran Hab

Pelancaran Hab membantu perniagaan di Asia Tenggara bereksperimen lebih banyak dengan AI dan mencari penyelesaian berpandukan AI yang praktikal untuk masalah dunia sebenar bagi mempercepatkan transformasi digital.

Hab tersebut mempunyai lapan zon berbeza yang menampilkan aplikasi AI dunia sebenar untuk penyelesaian realiti terimbuh dan realiti gabung, pendidikan, rawatan kesihatan dan penglibatan pelanggan; pengunjung diundang untuk mengasyikkkan diri mereka dalam persekitaran yang dikuasakan oleh teknologi SenseTime yang utama dalam industri dan membayangkan kemungkinan yang begitu luas yang didayakan melalui AI.

Sorotan utama Hab tersebut termasuk:

AI Education
AI Education

Pendidikan AI 

Pengunjung akan dapat menyaksikan sendiri SenseTime Edu, iaitu penyelesaian Pendidikan AI komprehensif SenseTime beraksi termasuk platform pembelajaran modul berasaskan web SenseStudy dan modul pengekodan amali dengan robot SenseRover Mini dan SenseStorm. Pameran tersebut akan membolehkan pengunjung, khususnya pendidik untuk menemui kaedah bagi memperibadikan pembelajaran AI demi memenuhi keperluan gaya pembelajaran pelajar mereka.

Augmented Reality for Tourism and Culture
Augmented Reality for Tourism and Culture

Realiti Terimbuh untuk Pelancongan dan Kebudayaan 

Zon imersif yang menampilkan platform Realiti Terimbuh (AR) SenseTime, SenseMARS yang menghubungkan dunia maya dan dunia sebenar untuk menyampaikan pengalaman dan interaksi yang baharu kepada pengguna akhir.

Pengunjung boleh berinteraksi dengan simulasi AR bangunan Merlion dan Marina Bay Sands dan mengambil foto kenang-kenangan dengan tempat tarikan tersebut. Teknologi AR ini juga telah digunakan untuk memperhebatkan pameran muzium dan pemasangan seni, seperti skrin digital interaktif "Smile2Vote" sempena Minggu Seni Singapura 2020.

Augmented Reality for Entertainment and Retail
Augmented Reality for Entertainment and Retail

Realiti Terimbuh untuk Hiburan dan Peruncitan 

Zon pengalaman yang menampilkan SenseMARS, yang menyokong ekspresi yang amat tepat dan pengecaman gerak badan walaupun di bawah pencahayaan melampau untuk interaksi realiti gabung yang lancar.

Pengunjung disajikan dengan pengalaman hiburan dan peruncitan AR baharu, termasuk pencarian jalan interaktif dan pengiklanan AR, yang dijayakan melalui enjin kemasan-siap (rendering) pasca-pemprosesan yang hebat daripada SenseMARS.

Mendorong Ahli Profesional AI Global Bersama-sama Business China

Bagi melengkapkan generasi baharu belia dan bakat Singapura dengan kecekapan untuk menavigasi landskap AI di China dan selanjutnya, serta membolehkan belia dan bakat Cina untuk membiasakan diri mereka dengan landskap ekonomi dan perniagaan di Singapura, SenseTime menandatangani MoU dengan Business China untuk bersama-sama memberi peluang latihan amali dan pertukaran antarabangsa kepada bakat-bakar dari kedua-dua negara.

Di bawah MoU ini, SenseTime akan menyertai Skim Pertukaran Pelatih Belia (Youth Interns Exchange Scheme, YES) Singapura-China untuk menyediakan mahasiswa pengajian tinggi dari Singapura dan China dengan peluang latihan amali masing-masing di pejabat-pejabat SenseTime China dan Singapura. Melalui beberapa aktiviti yang dirancang dengan teliti, seperti program latihan dan forum teknologi yang diadakan bersama usahawan teknologi Cina dan penggiat industri, peserta-peserta akan memperoleh pengalaman merentas sempadan secara langsung yang bermakna.

SenseTime akan turut melancarkan program baharu untuk memperkenalkan landskap perniagaan China kepada pelajar-pelajar di bawah Program Pasca-Siswazah Industri (IPP) bagi memupuk kumpulan bakat dengan pemahaman yang baik mengenai persekitaran ekonomi, perniagaan, sosial, budaya dan pendidikan China.

"Walaupun latihan amali boleh menjadi batu loncatan untuk kerjaya profesional seseorang pelajar, ia juga dapat membantu syarikat-syarikat membangunkan kumpulan bakat muda yang cerah masa depannya. Justeru itu, Business China berasa sukacita dapat bekerjasama dengan SenseTime untuk menawarkan program latihan amali di pejabat Singapura mahupun China. Memandangkan pelajar-pelajar yang berada di Singapura boleh memohon latihan amali di China dan sebaliknya, ini merupakan peluang yang berharga untuk memupuk bakat arif Singapura-China, salah satu objektif strategik utama Business China dalam landskap AI yang berkembang pantas ini. Kami percaya bahawa persetujuan ini akan memainkan peranan yang penting dalam memupuk kecekapan AI yang profesional dan keupayaan untuk menghargai budaya tempatan dan persekitaran operasi di Singapura, China dan rantau ini, demi memudahkan kolaborasi rentas sempadan," kata Cik Tin Pei Ling, Ketua Pegawai Eksekutif, Business China.

Memupuk Bakat AI Tempatan bersama ITE

Bersempena dengan pelancaran Hab ini, SenseTime melanjutkan komitmennya untuk menggalakkan dan memudahkan pendidikan AI di Singapura melalui penandatanganan MoU dengan ITE untuk bersama-sama membangunkan kecekapan AI kepada pelajar dan kakitangan.

Sebagai sebahagian daripada MoU selama dua tahun ini, SenseTime dan ITE bermatlamat untuk melengkapkan pelajar, kakitangan dan pelajar dewasa ITE dengan kecekapan teknikal AI melalui:

  • Sokongan dalam pembinaan kecekapan AI untuk pendidik di ITE dengan menyediakan kurikulum Pendidikan AI SenseStudy melalui program Latih-Pelatih (Train-the-Trainer);
  • Latihan Industri Dipertingkat kepada pelajar ITE untuk ditempatkan bersama rakan kongsi SenseTime bagi meneroka dan mengusahakan projek-projek bukti-konsep (POC) industri AI dengan bimbingan dan pementoran;
  • Program Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) untuk pelajar dewasa dalam bidang Visi Komputer dan Bandar Pintar, dengan sijil diberikan selepas tamat kursus tersebut.

"Perkongsian yang berharga ini akan membolehkan ITE memanfaatkan pengetahuan SenseTime mengenai teknologi pembelajaran mendalam dan visi komputer bagi mengukuhkan kecekapan AI dalam kalangan pelajar, kakitangan dan pelajar dewasa kami. Kami berasa teruja untuk memajukan perjalanan AI kami dengan sokongan daripada SenseTime," kata Cik Low Khah Gek, Ketua Pegawai Eksekutif, ITE

Latar Belakang SenseTime

SenseTime ialah sebuah syarikat global terkemuka yang memfokuskan untuk membangunkan teknologi AI bertanggungjawab yang dapat memajukan ekonomi dunia, masyarakat dan umat manusia demi masa depan yang lebih baik.

Kami telah melakar beberapa kejayaan teknologi yang penting, salah satu daripadanya ialah sistem komputer yang pertama seumpamanya di dunia bagi mencapai ketepatan pengesanan yang lebih tinggi berbanding mata manusia. Dengan asal usul kukuh kami dalam dunia akademik, kami melabur dalam penyelidikan asas untuk meningkatkan pemahaman kami dan memajukan kecanggihan dalam teknologi AI serta merupakan salah satu penyumbang yang paling prolifik bagi kertas kajian yang berkaitan dalam komuniti penyelidikan.

Mendukung prinsip-prinsip panduan dalam Kod Etika AI kami, pasukan global kami yang terdiri daripada individu-individu berbakat berdedikasi untuk membangunkan algoritma asal yang dapat membawa kesan positif kepada masyarakat. Ini menjadikan kami penyedia algoritma AI global yang terkemuka dan salah satu pengeluar algoritma AI yang paling cekap.

Teknologi pembelajaran mendalam dan visi komputer yang dibangunkan oleh kami telahpun memperkasa industri-industri mencakupi pendidikan, rawatan kesihatan, bandar pintar, automotif, kewangan, peruncitan, industri pintar, komunikasi dan hiburan. Hari ini, teknologi kami dipercayai oleh pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia bagi membantu menangani cabaran dunia sebenar. Melangkah ke hadapan, kami berusaha untuk memperkasa lebih banyak industri dengan platform AI kami dan membina ekosistem AI yang lebih kukuh bersama-sama industri dan dunia akademik.

Kami hadir dalam pasaran-pasaran termasuk Hong Kong, Tanah Besar China, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Taiwan dan Macau. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang SenseTime serta halaman LinkedIn, Twitter dan Facebook.

Latar Belakang Business China

Dilancarkan pada November 2007 oleh Penaung Pengasas dan Perdana Menteri Pengasas Singapura En. Lee Kuan Yew, misi Business China adalah untuk memupuk kumpulan rakyat Singapura dwibahasa dan dwibudaya inklusif melalui penggunaan bahasa Cina secara meluas sebagai medium komunikasi agar dapat mengekalkan warisan berbilang budaya kami dan membangunkan jambatan budaya dan ekonomi yang menghubungkan dunia dan China.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Business China atau dapatkan perkembangan terkini daripada saluran media sosial kami - Facebook, Instagram dan LinkedIn.

Latar Belakang Institute of Technical Education (ITE)

Institute of Technical Education (ITE) ditubuhkan sebagai sebuah institusi pasca-menengah pada tahun 1992, di bawah Kementerian Pendidikan. ITE merupakan penyedia utama kerjaya dan pendidikan teknikal serta pembangun penting bagi pensijilan kemahiran nasional dan pemahiran standard Singapura untuk ekonomi masa depan. Ia menawarkan tiga program penting - (1) Latihan Pra-Pekerjaan untuk belia selepas pendidikan menengah (2) Pendidikan dan Latihan Berterusan untuk pelajar dewasa dan (3) Program Berasaskan-Industri dan Pengajian-Kerja bersama majikan. Di bawah Model Tadbir Urus 'Satu Sistem ITE, Tiga Kolej', ITE mempunyai tiga Kolej - ITE College Central, ITE College East dan ITE College West. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami di https://www.ite.edu.sg.

 

Source: SenseTime
Keywords: Computer/Electronics Contracts STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)