omniture

Airbiquity Berkembang Ke Pasaran Tambahan yang Memerlukan Perkhidmatan Pengurusan Data dan Perisian Melalui Udara (OTA) Bergred Industri

Airbiquity
2021-07-20 16:00 30

Airbiquity akan menyediakan tahap penyepaduan pengurusan, keselamatan dan teknikal OTA yang lebih tinggi untuk pelbagai pasaran berasaskan kenderaan bukan automotif

SEATTLE, 20 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Airbiquity®, peneraju global dalam perkhidmatan kenderaan terhubung, hari ini mengumumkan pengembangannya ke pasaran berasaskan kenderaan bukan automotif terpilih untuk menjana aliran pendapatan baharu. Oleh kerana syarikat-syarikat semakin menyepadukan perisian ke dalam produk mereka dan memanfaatkan data untuk perkhidmatan baharu, penyelesaian pengurusan data dan perisian melalui udara (OTA) menjadi sangat penting bagi pengeluar peralatan asal (OEM) untuk memastikan produk sentiasa terkini dan mengoptimumkan prestasi. Sebagai perintis dalam penyampaian perkhidmatan kenderaan terhubung berasaskan awan dan perisian telematik automotif, Airbiquity berada pada kedudukan yang unik untuk menggunakan teknologi perisian OTAmatic® dan kepakaran penyepaduan teknikalnya pada pasaran lain yang memerlukan keupayaan OTA yang canggih.

OTAmatic, platform perisian OTA dan pengurusan data Airbiquity telah dibangunkan pada mulanya untuk pasaran automotif. Tetapi platform teras OTAmatic ini juga boleh disesuaikan untuk digunakan dalam kebanyakan pasaran berasaskan kenderaan yang lain—khususnya bagi yang memerlukan OTA bergred perindustrian dengan tahap penyepaduan keselamatan dan teknikal yang lebih tinggi. Airbiquity secara khusus menyasarkan pasaran berikut dalam usaha mengembangkan perniagaannya:

  • Kenderaan Pengangkutan Peribadi: Skuter, Motosikal, ATV
  • Kenderaan Pengendalian Bahan: Automasi Gudang
  • Kenderaan Luar Lebuh Raya: Pembinaan, Pertanian, Perlombongan, Perhutanan
  • Lain-lain Peranti Bernilai Tinggi: Peranti dan Sistem Elektronik yang Kompleks Termasuk Robot Autonomi

"Manfaat OTA automotif adalah jelas: Meningkatkan kualiti produk, prestasi dan kecekapan operasi. Kami bermatlamat untuk membantu OEM bukan automotif memanfaatkan teknologi ini dengan cekap dan merealisasikan manfaat yang sama dengan melakukan peningkatan tambahan kepada platform teras OTAmatic kami," kata Kamyar Moinzadeh, Presiden merangkap CEO Airbiquity. "Kami bekerjasama dengan OEM automotif terbaik di dunia dan sentiasa menerajui inovasi telematik. Ini merupakan masa yang tepat untuk menerapkan asas inovasi kami, memanfaatkan kepakaran teknologi dan penyepaduan kami serta berkembang ke pasaran baharu dengan platform perisian dan pengurusan data OTAmatic."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Airbiquity dan OTAmatic, sila layari www.airbiquity.com.

Tentang Airbiquity
Airbiquity® ialah peneraju global dalam perkhidmatan kenderaan terhubung dan pelopor dalam pembangunan dan kejuruteraan teknologi telematik automotif. Sebagai peneraju inovasi automotif, Airbiquity membangunkan teknologi perisian kenderaan terhubung berasaskan awan yang paling maju dalam industri dan menyokong kesemua kes penggunaan utama termasuk kemas kini perisian melalui udara (OTA) dan pengurusan data dengan menggunakan OTAmatic®. Melalui kerjasama dengan Airbiquity, pembuat kenderaan dan pembekal automotif telah menggunakan program perkhidmatan kenderaan terhubung yang amat boleh skala, boleh diurus dan selamat bagi berjuta-juta buah kenderaan untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka di lebih 60 buah negara di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Airbiquity di www.airbiquity.com atau sertai perbincangan di @Airbiquity.

SILA HUBUNGI: Jen Roane, airbiquity@barokas.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/177305/airbiquity_logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Airbiquity
Keywords: Auto Corporate Expansion