omniture

Prodigy Technovations Umum Pelatih dan Penganalisis Protokol QSPI, SMI, SM Bus dan JTAG

Prodigy Technovations Pvt Ltd
2021-07-21 00:00 83

BANGALORE, India, 20 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Prodigy Technovations Pvt. Ltd. yang berpangkalan di Bangalore, India  memperkenalkan PGY-QSPI-EX-PD, PGY-SMI-EX-PD, PGY-SMBus-EX-PD dan PGY-JTAG-EX-PD. Pelatih dan Penganalisis Protokol bas bersiri ini adalah untuk pembangunan antara muka bagi aplikasi pengguna, automotif dan 5G. PGY-EX-PD ialah kumpulan instrumen terkemuka yang membolehkan jurutera reka bentuk dan ujian menguji reka bentuk spesifikasi QSPI, SMI (MDIO), SM Bus dan JTAG dengan melakukan konfigurasi PGY-EX-ED sebagai tuan/hamba yang menjana trafik antara muka dengan keupayaan suntikan ralat dan penyahkodan paket Protokol. Ini membolehkan jurutera pengesahan silikon untuk mencirikan dan mengesahkan antara muka menggunakan alat yang mudah dan menyingkatkan masa ke pasaran. Produk-produk ini memperkukuh teknologi Prodigy Technovations yang sedia ada iaitu I3C, SPMI, RFFE, I2C, SPI dan Pelatih serta Penganalisa Protokol UART.

 

Pemandangan Berbilang Domain dalam perisian memberikan pemandangan yang lengkap terhadap aktiviti protokol antara muka ini dalam satu GUI. Pengguna boleh membina pelatih dengan mudah untuk menjana trafik menggunakan GUI atau skrip. Pada penganalisis tersebut, pengguna boleh menetapkan syarat pencetus yang berbeza untuk merakam aktiviti protokol yang khusus dan menyahkod komunikasi antara Tuan dan Hamba. Hasil yang dinyahkod dipaparkan dalam diagram pemasaan dan tetingkap penyenaraian protokol dengan autokorelasi. Paparan maklumat yang komprehensif ini menjadikan ia sebagai suatu tawaran penyelesaian yang terbaik dalam industri serta mudah digunakan untuk menyahpepijat reka bentuk bas bersiri ini.

Ciri Utama Pelatih dan Penganalisis Protokol PGY- QSPI, JTAG, SMI dan SM Bus

  • Kebolehan untuk melakukan konfigurasi Tuan/Hos dan Hamba/Peranti
  • Menjana Paket protokol yang berbeza
  • Suntikan ralat seperti ralat CRC, ralat pariti dan ralat ACK/NACK
  • Sokongan kadar data yang maksimum
  • Skrip untuk automasi

Untuk maklumat produk yang terperinci sila layari,  http://www.prodigytechno.com/ 

Prodigy Technovations Pvt. Ltd. merupakan ahli yang menyumbang kepada MIPI Alliance dan juga merupakan ahli Persatuan JEDEC, PCISig dan SD.

Harga, ketersediaan: 

Pelatih dan Penganalisis Protokol PGY- QSPI, JTAG, SMI dan SM Bus kini boleh dipesan. Produk akan dihantar dalam tempoh 6 hingga 8 minggu. Untuk Penilaian dan Harga, sila hantarkan kepada contact@prodigytechno.com

Tentang Prodigy Technovations 

Prodigy Technovations ialah penyedia penyelesaian analisis protokol yang inovatif bagi teknologi arus perdana dan baru muncul seperti eMMC, SD, SDIO, UHS II, UFS2.0/3.0/4.0 Kami menyediakan penyelesaian Penyahkodan Protokol dan ujian lapisan PHY pada peralatan Ujian & Pengukuran. Usaha syarikat yang terus dijalankan termasuklah kejayaan pelaksanaan penyelesaian Analisis protokol yang inovatif dan komprehensif menggunakan teknologi perkakasan terkini.

Video: https://mma.prnasia.com/media2/1577457/Silicon_Validation.mp4

 

Source: Prodigy Technovations Pvt Ltd
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services