omniture

Trina Solar terbit Kertas putih Vertex 210 2.0, menetapkan penanda aras untuk modul berkuasa tinggi dalam industri PV

Trina Solar Co., Ltd
2021-07-21 11:57 200

CHANGZHOU, China, 21 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pada 20 Julai 2021, penyedia penyelesaian menyeluruh bagi PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia Trina Solar menerbitkan Kertas Putih 2.0 Vertex 210 di peringkat global, yang bertujuan untuk membentangkan nilai kuasa ultra tinggi 210 secara komprehensif kepada industri.

Modul kuasa ultra tinggi 210 telah mendapat kejayaan yang signifikan dalam kapasiti pengeluaran, prestasi dan penerapan oleh pelanggan sejak Kertas Putih 1.0 Vertex 210 diterbitkan pada tahun lalu. Kertas Putih 2.0 memberi tumpuan untuk menjelaskan pelbagai aspek inovasi dan keandalan sepenuhnya pada modul kuasa ultra tinggi. Ia menetapkan penanda aras baharu dan memajukan lagi teknologi industri fotovoltan. https://www.trinasolar.com/sites/default/files/20210719165500.jpg

Inovasi 1: 210 memimpin dalam reka bentuk susun atur yang pelbagai untuk semua jenis aplikasi

Modul tradisional menerapkan reka bentuk susun atur 6*10 atau 6*12, sementara modul Vertex 210 memperkenalkan pelbagai reka bentuk susun atur 5*8, 5*10, 5*11, 6*10, dan 6*11, dan lain-lain, berdasarkan kepada ciri-ciri wafer silikon 210mm. Dari satu sudut, reka bentuk ini dapat dipadankan dengan teknologi sel potongan separuh atau potongan 1/3 untuk memberikan penyelesaian aplikasi yang berbeza kepada pelanggan. Dari satu sudut yang lain, susun atur ini direka untuk mengimbangi prestasi elektrik modul, untuk mengoptimumkan kawasan, berat dan sifat-sifat lain, dan untuk meningkatkan keserasian pemasangan. Ini juga akan dapat menghapuskan kos tambahan dan mengelakkan had bekalan bagi bahan utama. Di bawah semua jenis senario aplikasi, modul Vertex 210 adalah 40-90W melebihi tahap purata industri, mencipta lebih banyak nilai untuk pelanggan.

Inovasi 2: Modul kuasa rentetan tinggi direka berdasarkan logik sistem untuk meningkatkan nilai sistem

Faktor teras dalam mengurangkan kos BOS ialah meningkatkan kuasa rentetan. Dari sel dan modul ke rentetan, susunan dan keseluruhan loji kuasa PV, rentetan ialah unit litar asas bagi sistem PV. Kuasa rentetan dapat dipertingkatkan dengan signifikan berdasarkan kepada reka bentuk voltan rendah dan arus yang tinggi. Pada jumlah pemasangan yang sama, semakin tinggi kuasa rentetan, semakin sedikit rentetan yang diperlukan, oleh itu kos BOS berkurangan. Berikutan dengan kos BOS yang lebih rendah, kos penjejak, asas tiang, kabel dan buruh untuk hiliran juga turun. Kuasa rentetan modul 600W adalah 41% lebih besar daripada modul lain dalam industri, dan penjimatan kos BOS dapat menjadi setinggi 4 hingga 6%, dengan itu memberikan kelebihan keseluruhan yang ketara untuk mengurangkan lagi LCOE.

Modul kuasa ultra tinggi 600W+ direka khusus untuk loji kuasa berskala besar, dan dengan mempertimbangkan keseluruhannya daripada perspektif aplikasi sistem, mereka meningkatkan kuasa rentetan, dan mengurangkan kos BOS.

Inovasi 3: Penyelesaian pempakejan potret secara vertikal yang inovatif, kuasa muatan meningkat sebanyak 12%

Sejak modul Vertex 210 diterapkan di seluruh dunia, kos logistik, keselamatan pengangkutan dan kemudahan operasi menjadi penting. Untuk produk siri 600W+, Trina Solar mengubah kaedah pembungkusan kepada potret menegak, agar kelebaran modul tidak lagi dibatasi oleh ketinggian kontena. Kaedah pembungkusan ini dapat memanfaatkan kapasiti maksima dalaman kontena. Kuasa pemuatan adalah 12% lebih tinggi berbanding dengan lebih banyak kaedah ortodoks, menyebabkan penurunan sebanyak 11% dalam kos pengangkutan. Pembungkusan kilang dilengkapkan oleh peralatan automatik untuk memastikan keselamatan dan kecekapan, dan apabila palet modul diangkut, mereka akan disusun dengan rapat di dalam kontena untuk mengelakkan goncangan. Akhir sekali, pemindahan yang stabil dan andal dicapai di tapak projek untuk memastikan penghantaran yang selamat kepada pelanggan.

Di samping itu, modul 210 mempunyai lapan inovasi teknologi, yang merangkumi reka bentuk voltan rendah, keterhubungan berkepadatan tinggi dan alatan bantuan. Modul 210 memberikan jaminan keandalan sepenuhnya kerana produk ini juga disahkan sepenuhnya dari segi beban mekanikal yang dinamik, titik panas, suhu operasi dan banyak lagi. Anda boleh merujuk kepada perincian dalam Kertas Putih. https://pages.trinasolar.com/210VertexWhitepaper2.0.html

Nilai teknologi 210 terletak pada pembinaan platform teknikal 

210 bukan sekadar produk inovatif secara teknologi, bahkan juga memberikan nilai yang lebih besar kerana ia mengukuhkan platform teknologi produk yang sangat inovatif. Dengan platform ini, melalui kesinambungan inovasi dan R&D huluan dan hiliran,Trina Solar telah menyelesaikan masalah keandalan produk, jaminan bekalan bahan mentah dan keserasian yang sistematik dan telah mencapai pengoptimuman produk yang konsisten dan perindustrian yang cepat. Platform ini memberikan kebolehlaksanaan dalam reka bentuk modul fotovoltan dan penyelesaian untuk pelanggan yang berpotensi besar.

Sebagai penyedia penyelesaian menyeluruh PV dan tenaga pintar global yang terkemuka, Trina Solar, mematuhi misi "Tenaga Solar buat semua", berkomitmen pada inovasi yang konsisten untuk mencipta lebih banyak nilai dan menggesa seluruh industri untuk mempromosi pembentukan mekanisme dan ekosistem inovasi untuk membina dunia baharu dengan tenaga bersih.

Untuk kandungan yang lebih terperinci, anda dialu-alukan untuk memuat turun kertas putih ini: https://pages.trinasolar.com/210VertexWhitepaper2.0.html

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities New products/services