PORT HARCOURT, Nigeria, 3 Jun 2013 /PRNewswire/ --
Dengan sasaran pengeluaran sebanyak 500 tan sehari, kilang baharu akan memberi sumbangan besar kepada penyelesaian kekurangan penghasilan kaca terapung domestik
Egi MJG Float Glass, sebuah usaha sama antara Komuniti Egi (melalui Dewan Rakyat Egi), Mara Group, JS Group dan Ghani Group, mengumumkan upacara pecah tanah kilang kaca apung mereka yang pertama di Nigeria. Memandangkan permintaan yang meningkat di seluruh benua, kilang ini mungkin merupakan kilang yang pertama daripada beberapa kilang yang akan dibina dan dikendalikan oleh usaha sama itu, yang akhirnya akan menjadi asas kepada sektor pembuatan kaca Afrika Barat.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130531/618246-a )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130531/618246-b )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130531/618246-c )
Egi MJG Float Glass mengumpulkan kumpulan antarabangsa dengan sektor pelengkap dan kepakaran tempatan. Mara Group adalah konglomerat pelbagai sektor yang beroperasi di 19 buah negara Afrika, diasaskan oleh Ashish J. Thakkar. JS Group adalah konglomerat industri dengan pelaburan terutamanya dalam pembangunan ekonomi di seluruh Asia, Timur Tengah dan Afrika. Ghani Group adalah pembuat kaca terkemuka dengan kilang di UAE dan Pakistan, dan kapasiti pengeluaran melebihi 300,000 tan.
Hari ini, Nigeria kekurangan pembuatan kaca apung domestik dan sangat bergantung kepada hasil import dari Eropah, Amerika Selatan dan China. Pada masa yang sama, permintaan domestik meningkat akibat perkembangan pesat industri perumahan di negara tersebut, dan pada masa ini dianggarkan sebanyak 360,000 tan setahun.
Kilang pengeluaran di Rivers State berhasrat untuk menghasilkan 500 tan kaca apung sehari untuk aplikasi yang berbagai merangkumi penyelesaian seni bina hingga industri automotif. Input utama dan bahan-bahan mentah banyak terdapat di kawasan itu, terutamanya tapak tanah, gas asli, dan pasir silika. Jumlah keseluruhan pelaburan fasa pertama projek itu akan bernilai $110 juta, dan penambahan $100 semasa fasa pengembangan kedua.
Di upacara pecah tanah, Prashant Manek, Pengarah di Mara Group, mengisytiharkan: "Projek ini adalah langkah pertama menjadikan Nigeria berdikari dalam pembuatan kaca. Hasil daripada lokasi yang strategik dan bahan mentah tempatan yang sedia ada, kami sangat yakin dengan kemampuan yang kami ada untuk membina kilang bertaraf dunia dengan kos yang berdaya saing."
Ali Siddiqui, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JS Group, menyatakan: "Sejak tahun 2000, industri kaca apung global telah mengalami pertumbuhan yang kukuh. Secara khususnya, industri itu mempunyai potensi yang ketara di Afrika Barat dan projek ini adalah pelaburan strategik dalam membina sektor bahan binaan di Nigeria."
Peter Scully, CEO MJG EGI Float Glass, menambah: "Kilang baru ini bukan hanya satu peluang perniagaan yang strategik; ia juga akan memberikan impak positif kepada komuniti dari segi faedah peluang pekerjaan dan penugasan semula."
Tanah yang diperuntukkan bagi kilang pembuat kaca Rivers State adalah milik Komuniti Egi tempatan. Komuniti ini sangat menyokong projek ini, memandangkan keuntungan yang dijangka kepada kawasan itu, dan juga mereka sebagai pemegang saham yang bermakna dalam kilang tersebut.
Ketua Oris U. Onyiri, Presiden-Jeneral Dewan Rakyat Egi, menyimpulkan: "Kami amat teruja dengan pembangunan kilang ini, dengan pekerjaan yang akan diwujudkan dan transformasi yang akan dibawa kepada komuniti kami. Kami amat berbesar hati dan selesa dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat global yang dihormati ini."
Hubungi:
Sabina Lindstedt
Pengarah Komunikasi,Mara Group
+971-567-798-974
sl@mara.com
Sumber: Mara Group dan JS Group