omniture

Precision Aviation Group: David Mast Meraikan 25 Tahun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Precision Aviation Group
2021-07-21 18:33 25

ATLANTA, 21 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Dalam dunia yang bertukar ganti dan berkelajuan tinggi serta berkedudukan dalam barisan eksekutif pelbagai syarikat besar dan kecil, David Mast terserlah sebagai model kepemimpinan yang kekal di sebalik pertumbuhan pesat yang strategik. Jun 2021 menandakan tahun kedua puluh lima beliau sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Precision Aviation Group, Inc. yang beribu pejabat di Atlanta, Georgia AS dan dengan operasi sokongan sektor penerbangan yang memenangi anugerah di tiga benua. Rakan sekerja, rakan kongsi, pekerja dan rakan-rakan Mast baru-baru ini menganjurkan sebuah parti kejutan untuknya yang digelar sebagai "A Celebration of Leadership" (Suatu Keraian Kepemimpinan).

Kisah kejayaan David Mast sebagai CEO selama dua setengah dekad bermula dengan pendapatan yang kecil. Pada tahun 1996 ketika beliau pertama kali memulakan tugas, pendapatan yang diperoleh hanya $250 ribu. Pada ketika itu, PAG mempunyai 14 orang pekerja. Pada hari ini, PAG memiliki 402 orang kakitangan dengan unjuran pendapatan untuk tahun 2021 sebanyak $260 juta. Seseorang mungkin akan bertanya: Bagaimana seorang CEO dapat mengubah sebuah syarikat menjadi 1,000 kali ganda daripada saiznya sebelum ini? Memetik satu lagi ungkapan daripada CEO penerbangan yang telah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah PAG selama 12 tahun: "Ia tidak semudah sepertimana David Mast menampilkannya!"

Seorang siswazah Georgia Tech yang memiliki ijazah dalam pengurusan industri, kerjaya awal Mast merangkumi pengalaman dalam bidang jualan, kewangan dan pengurusan operasi dengan syarikat-syarikat seperti AT&T dan First Financial Management Corp. Perjalanan beliau dengan PAG bermula sebagai Pengurus Inventori, kemudian Pengurus Jualan yang meningkat ke jawatan Naib Presiden – Jualan & Pemasaran yang kemudiannya dinaikkan pangkat ke jawatan Presiden atas merit dan sumbangannya selama dua puluh lima tahun yang lalu. Menjelang tahun 1999, setelah tiga tahun menjawat jawatan CEO, PAG telah disenaraikan dalam "INC. 500" sebagai salah sebuah syarikat yang paling pesat berkembang di Amerika.

Pada tahun 1996, Mast mengambil risiko dengan "mempertaruhkan dirinya serta warga PAG" bahawa beliau boleh mengembangkan perniagaan ini dengan lebih agresif. Apabila syarikat "melonjak" dengan pendapatan yang mencecah $14 Juta, David menarik balik kisah pembentukan pelan hala tuju selama 5 tahun tersebut: "Bagaimana cara untuk kita mencapai hingga $50 Juta atau lebih dalam masa kurang daripada 60 bulan?" Dan sesungguhnya itulah yang terjadi.

Untuk terus membina perniagaan tersebut, David tahu beliau memerlukan tangki minyak yang lebih besar dengan lebih banyak bahan api untuk menggerakkan jentera PAG. Beliau berunding dengan bukan hanya satu tetapi tiga kumpulan pelabur Ekuiti Swasta secara berturut-turut dengan setiap satu siri selama kira-kira 5 tahun untuk memacu PAG ke hadapan. Beberapa peminat paling tegar David merupakan para pemegang saham institusi yang besar yang menganggap PAG sebagai pelaburan "Home Run". Dengan pusingan permodalan semasa beliau, Mast berhasrat untuk memacu PAG ke arah pertumbuhan dan nilai tinggi yang mencipta rekod. Beliau mempunyai tumpuan yang tajam untuk memajukan jenama, perniagaan, kerjaya para pekerjanya dan sudah pastinya, nilai pemegang saham PAG.

PAG   mempunyai sembilan anak syarikat yang beroperasi pada hari ini dengan 17 unit perniagaan di 13 buah lokasi domestik dan antarabangsa di 5 buah negeri di A.S yang berkembang jauh hingga ke Kanada, Brazil dan Singapura. Ini termasuklah 13 buah stesen pembaikan Part 145 yang diluluskan FAA. PAG telah menyempurnakan sepuluh (10!) pengambilalihan tambahan sejak tahun 2004 yang setiap satunya disepadukan dengan berkesan ke dalam kumpulan syarikat yang semakin berkembang. Sejak tahun 2002, PAG telah membangunkan 6 unit perniagaan anak syarikat luar negara dari awal sambil mematuhi nilai kualiti, keselamatan dan perkhidmatan pelanggan PAG yang benar dan telah dicuba. Pelbagai anugerah kecemerlangan dan berkualiti daripada OEM dan pelanggan utama lain memenuhi ibu pejabat Precision Aviation Group dan reputasi terhadap kualiti yang sangat baik merupakan salah satu legasi David Mast yang berkekalan.

David Mast sering disebut dalam akhbar sebagai suara pakar dalam industri."Kami ingin menjadi sebuah syarikat yang semakin baik setiap hari," kata Mast. "Iaitu dari segi majikan pilihan; dari segi kecekapan, penjagaan yang baik dan perniagaan yang berkembang dan berjaya. Dan sebahagian daripada falsafah itu benar-benar memberi tumpuan kepada cara kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami."

Memetik kata-kata bekas Ahli Lembaga Pengarah PAG: "David Mast dikenali sebagai pemimpin yang bijak, adil yang kadangkala mempunyai pemikiran tegas dan seorang pembangun perniagaan yang amat berjaya. Beliau juga dikenali sebagai majikan yang hebat oleh mereka yang mengenali beliau dengan baik. Ia jelas kelihatan pada semangat yang positif dan prestasi unggul organisasi PAG. Mast telah memupuk Budaya Berprestasi Tinggi dalam jangka panjang."

David Mast Precision Aviation Group CEO
David Mast Precision Aviation Group CEO

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1577045/Precision_Aviation_Group_Logo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1577046/david_mast.jpg?p=medium600

 

 

Source: Precision Aviation Group
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel Personnel announcements