omniture

Negara menaruh harapan kepada bintang tenis yang dalam perjalanan ke Tokyo untuk meraih kejayaan dalam Sukan Olimpik

International Tennis Federation
2021-07-21 18:47 24

- Pemain Nombor Satu Dunia Novak Djokovic dan Ashleigh Barty menerajui pertandingan sengit di Tokyo 2020 

- Tujuh orang bekas pemenang pingat Sukan Olimpik dan 11 orang juara perseorangan Grand Slam akan bersaing untuk merebut pingat emas

- Para pemain yang mewakili 46 buah negara menuju ke Tokyo bagi Acara Tenis Sukan Olimpik, 24 Julai - 1 Ogos 

LONDON, 21 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Senarai akhir penyertaan bagi Acara Tenis Sukan Olimpik kini telah diterbitkan setelah para pemain terbaik dari seluruh dunia mula tiba di Jepun untuk bertanding mewakili negara-negara mereka di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Para pemain yang mewakili 46 buah negara akan bertanding untuk memenangi kejuaraan Sukan Olimpik ketika ia membuat persiapan untuk dilangsungkan pada hari Sabtu, 24 Julai di Ariake Tennis Park. Tujuh daripada pemain tersebut – Petra Kvitova, Elena Vesnina, Bethanie Mattek-Sands, Andy Murray, Kei Nishikori, Rajeev Ram dan Novak Djokovic – kesemuanya berharap untuk mengulangi atau meneruskan kejayaan masa lalu sebagai pemenang pingat pada Sukan Olimpik sebelum ini.

Terdapat juga beberapa pemain yang bakal membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik ini yang berharap untuk beroleh kejayaan menaiki podium pada kali pertama penyertaan, seperti Daniil Medvedev, Stefanos Tsitsipas, Alexander Zverev, Ashleigh Barty, Naomi Osaka dan Aryna Sabalenka merupakan antara mereka yang bertanding dalam Sukan Olimpik pertama mereka. Acara yang amat kompetitif ini terdiri daripada sepuluh orang pemain wanita terbaik dan tujuh daripada sepuluh orang pemain lelaki terbaik bagi musim 2021.

Sebagai ahli utama pasukan pemenang Piala Davis pada tahun 2010, Djokovic merupakan pemain yang tidak asing lagi dalam meraih kejayaan di peringkat dunia untuk Serbia dan beliau berhasrat untuk memperbaiki pencapaian pingat gangsa semasa Beijing 2008 dengan menambah pingat emas keempat untuk negaranya bagi keseluruhan acara sukan. Djokovic berkata: "Saya amat berbangga dapat berangkat ke Tokyo dan menyertai pasukan kebangsaan kami dalam perjuangan untuk merebut pingat emas di pentas Sukan Olimpik. Bagi saya, bermain untuk Serbia sentiasa menjadi kegembiraan dan motivasi yang istimewa dan saya akan melakukan yang terbaik untuk membuat kami semua berasa gembira!"

Manakala pemain Nombor Satu Dunia, Ashleigh Barty berharap untuk meraih kejayaan dalam penyertaan pertama Sukan Olimpiknya. Beliau berkongsi perasaan teruja dan bangga beliau dengan itftennis.com: "Saya berpendapat mewakili negara anda merupakan suatu penghormatan yang paling tinggi. Anda bermain untuk sesuatu yang lebih besar daripada diri anda sendiri; anda bermain untuk membuat orang berasa bangga dan itu bukan hanya dengan keputusan tetapi juga dengan sikap."

Senarai ini dilengkapkan susulan tarikh akhirnya pada 16 Julai untuk jumlah penyertaan akhir – penggantian bagi penarikan diri untuk penyertaan perseorangan dan beregu kini akan terdiri daripada pemain yang telah berada dalam senarai tersebut.

David Haggerty, Presiden ITF berkata: "Para pemain ini tahu pengalaman yang unik dan istimewa ketika mewakili negara mereka di Davis Cup, Billie Jean King Cup dan lain-lain acara kelayakan Olimpik dan kami amat bernasib baik kerana walaupun menghadapi cabaran sejak 18 bulan yang lalu, kami kini berada di Tokyo bagi Sukan Olimpik. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta dan berharap pengalaman mereka di Tokyo bakal mencipta kenangan sepanjang hayat."

Undian akan dibuat pada hari Khamis, 22 Julai dan disiarkan di laman web ITF. Penyertaan untuk 16 pasangan beregu campuran Sukan Olimpik ini akan ditentukan di lokasi pada 27 Julai.

Maklumat lanjut tentang proses kelayakan boleh didapati di sini. Senarai penyertaan akhir boleh didapati di sini.

 

 

Source: International Tennis Federation
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Sporting Events Sports Not for profit Future Events Public Interest